Now Reading
Dendeng Nyet Berapi Khairul Aming Dijual Dengan Harga RM39.90 Di Sebuah Pasaraya Di Sarawak

Dendeng Nyet Berapi Khairul Aming Dijual Dengan Harga RM39.90 Di Sebuah Pasaraya Di Sarawak

Khairul Aming walau bagaimanapun memaklumkan bahawa pihaknya tidak melantik mana-mana peruncit untuk urusan penjualan kedua-dua produk keluarannya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Influencer Khairul Aming telah menjadi satu fenomena dalam masyarakat. Sebut sahaja namanya, pasti orang ramai akan teringat Sambal Nyet Berapa yang dikeluarkannya pada awal tahun 2021.

Dia yang merupakan seorang usahawan juga baru sahaja mengeluarkan produk terbaharu Dendeng Nyet Berapi pada Januari tahun ini.

Pada Mac lalu, Khairul Aming telah menerima anugerah Malaysia Book Of Records kerana meraih RM1 juta terpantas dalam siaran live TikTok Shop menerusi penjualan produk itu.

Baca Artikel Berkaitan: Khairul Aming Terima Anugerah Malaysia Book Of Records, Raih RM1 Juta Terpantas Ketika Berniaga


Produk KA Dijual Dengan Harga Lebih 2 Kali Ganda Di Pasaraya Di Sarawak

Baru-baru ini, tular di laman X produk Dendeng Nyet Berapi dijual di sebuah pasaraya di Sarawak. Apa yang lebih mengejutkan lagi, ia dijual dengan harga RM39.90 sepaket berbanding RM14.99 harga dalam talian.

Sambal Nyet Berapi turut dijual dengan harga RM29.90 berbanding harga dalam talian RM13.99.

Bukan itu sahaja, kedua-dua produk itu turut diletakkan di satu kotak display khas.

Pengguna yang memuat naik isu tersebut berkata dia berharap agar Khairul Aming dapat menyelaraskan kos dan menurunkan harga kedua-dua produk itu.


Khairul Aming Beri Penjelasan

Sehubungan itu, Khairul Aming telah tampil memberi penjelasan mengenai isu tersebut.

Dia memaklumkan bahawa pihaknya tidak melantik mana-mana peruncit untuk menjual produk sambal dan dendeng itu.

Katanya lagi, kotak display berwarna merah itu tidak dicetak untuk pihaknya dan tidak diketahui asal-usulnya.

Khairul Aming juga mengingatkan orang ramai supaya hanya membeli produknya menerusi kedai dalam talian untuk mengelakkan isu terbeli sambal tiruan basi tiga tahun lepas.

Sumber: @khairulaming/ X

Lebih Murah Beli Secara Langsung Berbanding Di Pasaraya Itu

Dalam pada itu, timbul persoalan berapakah harga penghantaran bagi produk Khairul Aming ke Sarawak.

Beberapa individu memaklumkan bahawa kos penghantaran adalah tertakluk kepada jumlah produk yang dibeli kerana mengikut berat parcel.

Sebagai contoh, kos penghantaran bagi dua botol Sambal Nyet Berapi adalah sekitar RM18 dan RM27 bagi empat botol sambal.

Ini bermakna, adalah lebih murah bagi pengguna untuk mendapatkan produk Khairul Aming secara terus dari kedai dalam talian berbanding membeli di pasaraya terbabit.

Sumber: @afiefiefiefie/ X
Sumber: @onechutree/ X

Bagi mereka yang berminat, pastikan anda mendapatkan produk Khairul Aming menerusi Shopee (Khairulaming Brand) dan TikTok (@khairulamingbrand).

Kedua-dua Dendeng Nyet Berapi dan Sambal Nyet Berapi kebiasannya akan dijual setiap hari namun tertakluk kepada makluman oleh pihak Khairul Aming.

Sumber: Khairulaming Brand/ Shopee

Baca Artikel Berkaitan: Khairul Aming Tampil Perjelas Isu Produk Tiada Sijil Halal

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Khairul Aming Kongsi Post Mortem Sesi Jualan Pertama Dendeng Nyet Berapi


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd