Now Reading
Khairul Aming Terima Anugerah Malaysia Book Of Records, Raih RM1 Juta Terpantas Ketika Berniaga

Khairul Aming Terima Anugerah Malaysia Book Of Records, Raih RM1 Juta Terpantas Ketika Berniaga

Khairul Aming telah menempa nama dalam Malaysia Book of Records atas usahanya dalam meraih jualan Dendeng Nyet Berapi bernilai RM1 juta terpantas dalam siaran live TikTok Shop.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada Februari lalu, influencer Khairul Aming tampil dengan produk kedua jualannya iaitu Dendeng Nyet Berapi yang mendapat sambutan cukup hangat di seluruh Malaysia.

Jualan produk terbaharunya itu telah dilakukan secara atas talian menerusi platform TikTok Shop Live dan meraih 3.3 juta orang penonton pada malam itu.

Sesi jualan tersebut sememangnya mencipta satu fenomena yang sungguh luar biasa dalam industri perniagaan.


Khairul Aming Raih Anugerah Malaysia Book Of Records

Kejayaan yang diperoleh oleh influencer ini telah melayakkan beliau untuk menerima salah satu anugerah yang penuh bermakna di Malaysia.

Memetik laporan Astro Awani, Khairul Aming telah menempa nama dalam Malaysia Book of Records atas usahanya dalam meraih jualan bernilai RM1 juta terpantas dalam siaran live TikTok Shop.

Sumber: Instagram @khairulaming

Bila saya dapat tahu daripada TikTok Shop yang kejayaan kami menjual 80,000 dendeng adalah terpantas di TikTok Shop Malaysia dan sekaligus mendapat penghargaan Malaysia Book of Records, ia sebenarnya satu pencapaian yang luar biasa.

Khairul Aming.

Anugerah yang diterima oleh Khairul Aming ini membuatkan dirinya merasakan ia adalah berkat dan hasil usaha bersama pasukan serta masyarakat yang tidak henti memberi sokongan kepada mereka.

Saya sangat berterima kasih kepada semua pihak dengan kemenangan ini. Ini hasil berkat usaha pasukan dan komuniti yang tanpa lelah menyokong saya.

Khairul Aming.

Dalam pada itu, Khairul Aming juga berharap untuk membuka kilang ketiga khusus bagi produksi produk Dendeng Nyet Berapi.

Khairul Aming turut berharap kejayaan yang ditempa ini dapat memberi inspirasi kepada para usahawan yang lain untuk menceburi dunia perniagaan.

Ia sebenarnya satu loncatan baru yang kita boleh buktikan sekarang ini. Kalau nak jual produk secara talian pun tidak akan menjadi satu masalah. Sekarang ini pun kita dah tolong banyak jual produk-produk daripada Perniagaan Kecil dan Sederhana (SME). Ada produk seperti ikan bilis, kuih bangkit dan macam-macam lagi. Saya nak ajak orang ramai untuk berniaga sekali dan sama-sama kita naikkan ekonomi setempat.

Khairul Aming.

Khairul Aming Bakal Cipta Konten Siri Terbaharu

Ketika ditanya oleh wartawan Astro Awani tentang rancangan seterusnya, Khairul Aming turut mendedahkan bahawa beliau akan tampil dengan satu siri konten terbaharu selepas bulan Syawal.

Konten tersebut adalah melibatkan perjalanan melancong (travelling).

Kita juga ada siri baru yang nak dilancarkan selepas raya dimana kita akan berpindah ke content travelling pula dan itu belum kita umumkan kepada orang ramai lagi, jadi ini adalah rahsia.

Khairul Aming.

Produk Dendeng Nyet Berapi Oleh Khairul Aming

Sumber: Instagram @khairulaming

Sebelum produk Dendeng Nyet Berapi ini dilancarkan, Khairul Aming dan pasukannya telah melakukan Research and Development (R&D) selama satu tahun yang melibatkan percubaan resepi, penggunaan mesin, pembungkusan dan cara penyimpanan.

Dengan kos lebih RM2 juta, produk Dendeng Nyet Berapi ini mula dijual kepada orang ramai bermula 2 Februari lalu jam 9:00 malam di siaran live TikTok Khairul Aming.

Untuk sesi jualan pertama, difahamkan hanya 80,000 unit sahaja yang tersedia.

Baca Artikel Berkaitan: Selepas Sambal Nyet, Kini Khairul Aming Lancar Produk Baharu Telan Belanja Lebih RM2 Juta [Video]

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Khairul Aming Beri Panduan Cara Simpan Dendeng Nyet Berapi

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Khairul Aming Kongsi Post Mortem Sesi Jualan Pertama Dendeng Nyet Berapi


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd