Now Reading
[Video] Khairul Aming Kongsi Post Mortem Sesi Jualan Pertama Dendeng Nyet Berapi

[Video] Khairul Aming Kongsi Post Mortem Sesi Jualan Pertama Dendeng Nyet Berapi

Post mortem produk Dendeng Nyet Berapi itu melibatkan pengurusan dari segi acara pelancaran, penghantaran kepada pelanggan, pembungkusan dan maklum balas dari orang ramai.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tarikh 29 Januari menjadi hari bersejarah buat Khairul Aming selepas beliau melancarkan produk keduanya iaitu Dendeng Nyet Berapi.

Sesi jualan pertama bagi produk berkenaan mendapat sambutan yang sungguh luar biasa ketika siaran langsung dilakukan di laman TikTok Khairul Aming.

Baca Artikel Berkaitan: Selepas Sambal Nyet, Kini Khairul Aming Lancar Produk Baharu Telan Belanja Lebih RM2 Juta [Video]

Siapa sangka, produk itu telah habis dijual dalam tempoh tiga minit pertama dan berjaya mengumpul jualan bernilai RM1.2 juta.


Khairul Aming Kongsi Post Mortem Bagi Jualan Pertama Dendeng Nyet Berapi

Menerusi video dimuat naik oleh Khairul Aming di laman TikTok (@khairulaming), influencer ini berkongsi tentang post mortem mengenai jualan pertama Dendeng Nyet Berapi.

Post mortem itu melibatkan pengurusan dari segi acara pelancaran, penghantaran kepada pelanggan, pembungkusan dan maklum balas dari orang ramai.

#1. Acara Pelancaran Produk Dendeng Nyet Berapi

Khairul Aming mendedahkan mereka telah berjaya memecahkan empat rekod luar biasa semasa pelancaran di TikTok iaitu:

  • Jualan RM1 juta terpantas di TikTok Shop Malaysia iaitu selama 3 minit 39 saat.
  • Jumlah tontonan tertinggi di TikTok Shop Malaysia iaitu seramai 228,000 pada satu masa.
  • Jumlah penonton keseluruhan terbanyak di TikTok Shop Malaysia iaitu sebanyak 3.4 juta tontonan.
  • Mencapai kadar Clikthrough Rate (CTR) tertinggi di TikTokShop Malaysia iaitu melebihi 400%.

Khairul Aming memaklumkan rekod yang dicapai ini adalah lebih positif berbanding jualan Sambal Nyet kerana produk berkenaan dikatakan mengambil masa tempoh tiga bulan untuk mencapai jualan sehingga RM1 juta.

Sumber: TikTok @khairulaming

Selain itu, orang ramai turut memuji setup majlis pelancaran berkenaan yang lebih kemas dan teratur.

Malam tu juga kita dapat good feedback dari orang ramai mengenai live stream setup sebab kita pilih backdrop hitam, tempat letak produk hitam, baju melayu hitam, songkok semua hitam sebab kita nak bagi produk Dendeng Nyet sahaja yang menonjol berwarna kuning.

Khairul Aming.

Bukan itu sahaja, latar belakang berwarna hitam juga digunakan untuk memudahkan orang ramai membaca komen di siaran live TikTok.

#2. Proses Penghantaran Produk Kepada Pelanggan

Daripada jualan 80,000 dendeng, sebanyak 43,651 paket pembungkusan telah dikeluarkan dan dihantar kepada para pelanggan.

Disebabkan ramai yang tak sempat nak tambah paket untuk dibeli, maka sebanyak 75% bungkusan mempunyai sepaket dendeng manakala 25% lagi mempunyai dua hingga enam paket.

Khairul Aming.

Sehari selepas pelancaran, pekerjanya berjaya menghantar satu pertiga bungkusan dan kesemua paket berjaya diselesaikan untuk proses penghantaran dalam tempoh enam hari.

Sumber: TikTok @khairulaming

Walau bagaimanapun, hanya lima paket sahaja iaitu 0.01% yang dilaporkan mengalami kerosakan dan telah diganti dengan produk yang baru.

#3. Kualiti Dendeng

Hasil maklum balas yang diterima daripada pelanggan mendapati bahawa kebanyakan daripada mereka memberikan review lima bintang terhadap kualiti dendeng berkenaan.

Namun, wujud juga beberapa respon dari orang ramai yang boleh digunakan untuk memperbaiki penghasilan daging dendeng bagi pengeluaran seterusnya.

Ada yang minta kurangkan manis, tambahkan pedas, ada yang tak nak dia terlerai dan buat packaging ziplock.

Khairul Aming.

Selepas menerima respon dari orang ramai, Khairul Aming segera terbang ke Kelantan untuk berbincang dengan pasukannya bagi memperbaiki kualiti.

Di akhir video, Khairul Aming juga berterima kasih kepada orang ramai atas sokongan dan maklum balas yang diberikan.

https://www.tiktok.com/@khairulaming/video/7335702831665581313?lang=en

Wujud Pengguna Yang Jual Semula Dendeng Nyet Berapi Dengan Harga Lebih Mahal

Disebabkan Dendeng Nyet Berapi sedang menjadi ‘buruan’ orang ramai, wujud segelintir pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk menjual semula dendeng berkenaan dengan harga tidak munasabah.

Mana tidaknya, harga yang dijual semula adalah sekitar RM39.90 iaitu dinaikkan sehingga RM25, sedangkan harga asalnya adalah RM14.90 sahaja.

Lebih membengangkan orang ramai lagi adalah pihak tidak bertanggungjawab itu menggunakan alasan majlis kenduri ‘cancel’ sebagai punca dia menjual dengan harga tinggi.

Sumber: X (Twitter)

Baca Artikel Berkaitan: Dendeng Khairulaming Dijual Semula Setinggi RM39.90 Dengan Alasan ‘Majlis Kenduri Cancel’


Dendeng Nyet Berapi Akan Restock Untuk Pembelian Orang Ramai

Kepada anda yang tidak berpeluang membeli Dendeng Nyet Berapi pada sesi jualan pertama, bersedia pada malam esok (16 Februari) jam 9:00 malam.

Jualan produk tersebut akan ditambah sehingga 35,000 unit di platform Shopee menerusi siaran live.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd