Now Reading
Dendeng Khairulaming Dijual Semula Setinggi RM39.90 Dengan Alasan ‘Majlis Kenduri Cancel’

Dendeng Khairulaming Dijual Semula Setinggi RM39.90 Dengan Alasan ‘Majlis Kenduri Cancel’

Daripada RM14.99 ke RM39.90 real fast.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Parah.

Itu ungkapan yang sesuai untuk menunjukkan bahawa segelintir individu tidak bertanggungjawab telahpun mengambil kesempatan terhadap penjualan produk kedua keluaran Khairulaming.

Dendeng Nyet Berapi yang pada asalnya dijual hanya RM14.99 kini dijual oleh ‘reseller’ tidak bertanggungjawab sehingga RM39.90.

Ya, mark up habis.


Netizen Berang, Dendeng Khairulaming Dijual Semula Dengan Harga Tak Munasabah

Berikutan isu berkenaan, netizen menerusi laman X telah meluahkan ketidakpuasan hati mereka terhadap apa yang diperlakukan oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab.

Nabil Fikran menerusi akaun miliknya (@nabilfikran10) pada 10 Februari lalu memuat naik ciapan dengan tangkap layar menunjukkan salah seorang seller menerusi Shopee telah menjual Daging Dendeng Nyet Berapi dengan harga yang sangat tinggi daripada asal.

Mahal sungguh.
(Sumber: X)

Malah, apa yang lebih menyakitkan hati orang ramai adalah alasan yang diberikan amat tidak logik.

“Kami beli untuk satu majlis tetapi majlis itu dihentikan. Jadi kami jual balik di sini. Kami minta maaf sebab harga tinggi. Kami terpaksa cover balik kerugian,” tulis penjual tersebut menerusi ruang description produk berkenaan.


Pelanggan Hanya Boleh Beli 6 Pek Dalam Satu Masa

Perkara tersebut membuatkan ramai berang gara-gara alasan yang diberikan. Ini kerana pelanggan hanya dibenarkan untuk membeli maksimum enam (6) pek sahaja dalam satu masa.

Jadi, mereka mempersoalkan dari mana datangnya kerugian jika setiap pihak hanya membeli 6 pek dan di manakah logiknya untuk 6 pek berkenaan digunakan untuk majlis besar-besaran?

“Dah lah benda itu sikit je, celah mana pulak cukup nak buat kenduri,” soal netizen.

Sumber: X

Macam-macam hal.


Dendeng Nyet Berapi Khairulaming Terjual Dalam Tempoh 3 Minit 39 Saat, Catat Jualan Lebih 1.2 Juta

Untuk makluman, pada 2 Februari lalu, Khairul Amin, 32, telah melakar sejarah apabila jualan produk keduanya iaitu Dendeng Nyet Berapi habis terjual dalam tempoh yang begitu pendek iaitu 3 minit 39 saat sahaja.

Lebih mengagumkan, produk tersebut mencatat jualan lebih RM1.2 juta sebaik sahaja ianya dilancarkan menerusi platform TikTok Shop di mana sebanyak 80,000 pek ibarat ‘disambar’ oleh para pelanggan pada waktu itu.

Pendek kata, jualan RM1.2 juta terpantas!

Terbaik, KA!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd