Now Reading
Khairul Aming Bagi Duit Bonus ‘Berkepuk’ Kepada Staf, Siap Belanja Barang Dapur & Baju Raya Lagi!

Khairul Aming Bagi Duit Bonus ‘Berkepuk’ Kepada Staf, Siap Belanja Barang Dapur & Baju Raya Lagi!

Khairul Aming telah menutup kedua-dua kilang produk Sambal Nyet dan Dendeng Nyet pada Isnin lalu (1 April) untuk membawa staf membuat persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Khairul Aming adalah salah satu influencer yang dilihat sentiasa memberikan pengaruh positif kepada orang ramai di media sosial dengan melakukan pelbagai jenis kebaikan.

Sebelum ini, Khairul Aming pernah membawa kesemua stafnya pergi bercuti di sebuah resort untuk membolehkan para pekerja Sambal Nyet berehat dan melakukan apa sahaja aktiviti yang mereka mahu.

Layanan influencer ini terhadap pekerja-pekerjanya sedikit sebanyak menunjukkan betapa beliau menghargai usaha keras pekerja-pekerja dalam menjayakan penghasilkan produk miliknya iaitu Sambal Nyet.

Baca Artikel Berkaitan: Khairulaming Bawa Semua Staf Kilang Sambal Nyet Pergi ‘Retreat’ Dapat Pujian Ramai


Khairul Aming Belanja Staf Sempena Persediaan Hari Raya Aidilfitri

Dalam video terbaharu dimuat naik di laman TikTok (@khairulaming), cef selebriti ini sekali lagi dilihat memberi layanan istimewa kepada para pekerjanya bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Beliau menjelaskan mereka telah menutup kedua-dua kilang produk Sambal Nyet dan Dendeng Nyet pada Isnin lalu (1 April) untuk membawa staf membuat persiapan menjelang Syawal.

Beli Baju Raya
Sumber: TikTok @khairulaming

Antara aktiviti yang dilakukan semasa hari tersebut adalah membelikan mereka baju raya di gudang Jakel. Katanya boleh pilih apa sahaja corak dan warna pakaian serta tudung yang mahu dibeli. Tak perlu sedondon pun tak apa.

Macam biasa setiap tahun kita akan belikan baju raya. Alhamdulillah mereka gembira. Staf aku pun dah lebih 100 orang jadi memang penuh satu kedai.

Khairul Aming.
Beli Barangan Dapur
Sumber: TikTok @khairulaming

Kemudian, mereka dibawa ke pasar raya AEON untuk membeli barangan dapur untuk berhari raya.

Masa inilah ramai yang kalut nak call isteri, call mak ayah di rumah tanya barang apa lagi yang tak cukup untuk persiapan raya. Best tengok mereka shopping penuh troli.

Khairul Aming.

Jika diperhatikan di dalam video, macam-macam barang yang dibeli oleh pekerja Khairul Aming seperti tisu dapur, minyak, kicap, lampin pakai buang bayi, beras, ayam dan sebagainya.

Dalam kesibukan itu, influencer ini juga membantu beberapa orang pekerjanya yang kurang berpengetahuan untuk membeli barangan masakan.

“Nasib baik la bos dia suka masak,” kata Khairul Aming.

Beri Duit Raya Kepada Staf
Sumber: TikTok @khairulaming

Selepas selesai membeli barangan dapur di AEON, mereka pulang ke kilang untuk acara yang paling ditunggu-tunggu oleh semua pekerja iaitu pemberian duit bonus untuk hari raya.

Waktu ini semua muka dah gembira dan tersenyum dah. Kita kongsi rezeki dengan mereka.

Khairul Aming.

Dengan pemberian duit raya ini, Khairul Aming berharap ia sedikit sebanyak dapat membantu mereka untuk membuat persiapan raya dengan ahli keluarga yang lain.

Berbuka Puasa Di Buffet Hotel
Sumber: TikTok @khairulaming

Aktiviti terakhir mereka adalah majlis berbuka puasa di sebuah hotel yang menyediakan hidangan buffet.

Memang meriah sungguh mereka berbuka puasa di sana. Meja penuh dengan makanan iftar yang diambil di buffet hotel tersebut.

Kalau buffet tak perlu cakap. Mereka kalau makan memang penuh satu meja. Memang selera tinggi semua ya. Tapi tak apa, bagi je mereka enjoy dan have fun.

Khairul Aming

Sebelum mengakhiri video, influencer ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang memberi sokongan secara berterusan kepada perniagaannya.

Dalam kesempatan itu, Khairul Aming juga mengucapkan selamat hari raya kepada anda semua!

Video yang dimuat naik kurang dari 24 jam itu telah mendapat perhatian ramai sehingga meraih 3.9 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@khairulaming/video/7353239421971385601?lang=en

Netizen Tertanya-tanya Jumlah Bonus Raya Yang Diberikan

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang tertanya-tanya jumlah duit raya yang diberikan oleh Khairul Aming kepada para pekerjanya selepas melihat wang ‘berkepuk-kepuk’ dalam satu sampul.

“Mana staf KA dalam ni bagitahu la berapa duit raya tu. Tak lena nak tidur selagi tak boleh kira berapa korang dapat bonus,” kata netizen.

Ada juga yang cuba untuk meneka kononnya duit bonus itu bernilai RM1,000 untuk seorang.

Dalam pada itu juga netizen yang membuat gurauannya kononnya bertanya jika Khairul Aming mempunyai kerja kosong dan mahu menambah staf.

“KA perlukan doktor persendirian tak? Saya sudi bekerja dengan KA,” tanya netizen.

Sumber: TikTok @khairulaming

Dapat majikan yang baik juga satu rezeki dari Tuhan, betul tak?

Mana tahu berkat menjaga kebajikan pekerja dengan baik boleh menjadi asbab rezeki sesebuah syarikat semakin bertambah.

Baca Artikel Berkaitan: “Pernah 4 Kali Gagal Bisnes” – Khairulaming Kongsi Cerita Inspirasi Perjalanan Hidup Selama 10 Tahun

Baca Artikel Berkaitan: Khairul Aming Terima Anugerah Malaysia Book Of Records, Raih RM1 Juta Terpantas Ketika Berniaga

Baca Artikel Berkaitan: “The Real Influencer” – Khairul Aming Sumbang RM100,000 Hasil Jualan Sambal Nyet Untuk Bantu Palestin


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd