Now Reading
Khairul Aming Tampil Perjelas Isu Produk Tiada Sijil Halal

Khairul Aming Tampil Perjelas Isu Produk Tiada Sijil Halal

Khairul Aming berkata dia perlu mendapatkan skim sijil MeSTI terlebih dahulu sebelum melangkah ke proses seterusnya iaitu sijil halal.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Fenomena Khairul Aming, 32, kini kembali apabila influencer itu melancarkan produk makanannya yang kedua iaitu Dendeng Nyet Berapi.

Dengar sahaja Khairul Aming lancarkan produk baharu, sudah pasti rakyat Malaysia tidak melepaskan peluang untuk ‘bertarung’ bagi mendapatkannya. Sambutan meriah terhadap produk tersebut membuatkan usahawan berkenaan berjaya meraih keuntungan sebanyak RM1.2 juta pada hari pertama penjualan.

Baca Artikel Berkaitan:[Video] Khairul Aming Kongsi Post Mortem Sesi Jualan Pertama Dendeng Nyet Berapi

Bukan itu sahaja, produk yang sudah restock sebanyak 40,000 unit pada 16 Februari juga menjadi rebutan orang ramai apabila ia berjaya terjual dalam masa dua minit. Memang power!


Netizen Persoal Tentang Status Halal Produk Khairul Aming

Dalam pada ramai sedang berebut untuk membeli dendeng daging tersebut, namun ada juga individu yang mempersoalkan tentang status sijil halal bagi produk-produk keluaran Khairul Aming.

Pertanyaan yang diterima oleh Khairul Aming menerusi Instagram Story adalah, “Nak buat sijil halal susah ke? Dari dulu lagi tunggu produk Khairul Aming dapat sijil halal. Khairul Aming sendiri pun ada kata nak buat (sijil halal) semasa tahun 2022. Sampai sekarang belum ada.”

Cakna tentang persoalan yang ditimbulkan, Khairul Aming telah tampil memperjelaskan perkara tersebut.

Jelas influencer itu, segala yang dilakukan bagi bisnes tersebut dijalankan mengikut proses. Untuk langkah yang pertama, dia bersama pihak pengurusan produk harus memastikan skim sijil MeSTI diterima terlebih dahulu.

Sumber: X (@khairulaming)

Melalui pensijilan tersebut, premis kilang makanan akan dibimbing dalam membangun dan melaksanakan Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) sebelum pengiktirafan diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Khairul Aming berkata, proses itu mengambil masa dua tahun.

Bukan sehari dua nak siapkan kilang sebab nak set up flow, beli mesin, renovation, expansion dan lain-lain.

Khairul Aming.

Kilang Khairul Aming Terima Sijil MeSTI

Walaupun proses berkenaan ‘makan’ tempoh masa yang lama, Rasapop Sdn. Bhd. Kota Bharu, Kelantan iaitu kilang milik Khairul Aming telahpun menerima sijil MeSTI pada 31 Januari 2024 iaitu dua hari sebelum Dendeng Nyet Berapi dilancarkan.

Kejayaan menerima sijil tersebut juga adalah hasil bimbingan tidak putus daripada KKM selama hampir dua tahun.

Selepas ini, Khairul Aming akan menyasarkan sijil halal produk diikuti dengan Good Manufacturing Services (GMP) dan Hazard Analysis Critical. Control Point (HACCP) untuk tujuan eksport.

Di akhir perkongsian, usahawan itu menegaskan bahawa dia akan memaklumkan kepada orang ramai sekiranya mempunyai info semasa mengenai proses halal tersebut.

Sumber: Instagram (@khairulaming)

Khairul Aming Ucap Terima Kasih Kepada Pihak MeSTI

Khairul Aming menerusi satu lagi perkongsian dilihat menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan kerana memberi pelbagai tunjuk ajar bagi membina kilang yang bersih.

Bahkan, pihak tersebut juga telah ‘guide’ tentang keselamatan bagi setiap produk yang dikeluarkan.

Sumber: X (@khairulaming)

Pelancaran Dendeng Nyet Berapi Pecah 4 Rekod

Malam 2 Februari yang lalu, ramai rakyat Malaysia telah bersedia dengan peranti masing-masing bagi merebut peluang mendapatkan Dendeng Nyet Berapi Khairul Aming.

Usahawan itu melakar sejarah apabila pelancaran produk keduanya iaitu sebanyak 80,000 unit habis terjual dalam tempoh masa yang pendek, 3 minit 39 saat sahaja!

Sumber: Instagram (@khairulaming)

Menerusi pelancaran tersebut, Khairul Aming mendedahkan mereka berjaya memecahkan empat rekod luar biasa di laman TikTok iaitu:

  • Jualan RM1 juta terpantas di TikTok Shop Malaysia iaitu selama 3 minit 39 saat.
  • Jumlah tontonan tertinggi di TikTok Shop Malaysia iaitu seramai 228,000 pada satu masa.
  • Jumlah penonton keseluruhan terbanyak di TikTok Shop Malaysia iaitu sebanyak 3.4 juta tontonan.
  • Mencapai kadar Clikthrough Rate (CTR) tertinggi di TikTokShop Malaysia iaitu melebihi 400%.

Memang bangga dapat dilihat anak muda Malaysia semakin berkembang dalam dunia bisnes. Semoga maju jaya Khairul Aming!

Baca Artikel Berkaitan: Dendeng Khairulaming Dijual Semula Setinggi RM39.90 Dengan Alasan ‘Majlis Kenduri Cancel’

Baca Artikel Berkaitan: Selepas Sambal Nyet, Kini Khairul Aming Lancar Produk Baharu Telan Belanja Lebih RM2 Juta [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd