Kempen #IsraelCuak Tanda Sokongan Rakyat Malaysia Terhadap Palestin
Inisiatif itu mengiktiraf perjuangan rakyat Palestin dan bertujuan untuk memperkuatkan suara serta perjuangan mereka.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Satu gabungan organisasi bukan kerajaan (NGO), MyAqsa Defenders (MAD) telah menjalankan kempen Gelombang Mega #IsraelCuak sebagai solidariti dengan rakyat Palestin yang berani mempertahankan tanah air mereka.
Kempen tersebut menjemput semua pempengaruh, individu dan kumpulan yang sanggup menyokong perjuangan Palestin. Mereka boleh menyertai gerakan itu dan bantu ‘menggoyangkan’ Israel dengan menunjukkan solidariti bersama-sama rakyat Palestin.
Download poster ni, pakai # ni. Serangan media, juga adalah serangan https://t.co/js0A6WnLJW pic.twitter.com/VOLiIG2M1N
— Hazeman Huzir (@hazemanhuzir) October 9, 2023
Dalam satu kenyataan, MAD berkata inisiatif tersebut bertujuan untuk menggoncangkan media sosial dengan sokongan rakyat Malaysia yang padu.
Inisiatif itu sejajar dengan serangan berdarah terhadap Israel pada 7 Oktober oleh kumpulan Hamas di Palestin, yang menerima sokongan meluas di Malaysia.
Kempen Gelombang Mega #IsraelCuak Ingin Beri Tekanan Kepada Israel
Menurut Ahmad Fahmi Mohd Shamsudin, timbalan presiden Angkatan Belia Islam Malaysi (ABIM), matlamat utama kempen ini adalah untuk memberi sokongan moral terhadap rakyat Palestin di Gaza, Baitul Maqdis, dan seluruh dunia yang bercita-cita untuk menuntut semula tanah air mereka secara bermaruah.
Di samping itu, inisiatif ini juga bertujuan untuk memberi tekanan kepada entiti Israel yang wujud secara haram serta rakan sekongkolnya melalui kuasa media.
Rakyat Malaysia digalakkan supaya memuat naik poster #IsraelCuak di media sosial untuk menyertai insisiatif ini.
Ahmad Fahmi juga berkata bahawa mereka juga boleh menggunakan tanda pagar #IsraelCuak dan #MyAqsaDefenders.
Apa dan bagaimana Malaysia boleh bantu Palestin?
— azam azman (@azamazman90) October 9, 2023
Nak bagi duit? Boleh, tp negara Arab lagi kaya.
Nak hantar askar? Boleh, tp reciprocal effect lebih banyak mudarat.
Apa yg Malaysia ada?
Suara dan pengaruh..
PMX kene gunakan suara ni utk bawak tekanan kpd US dan Israel
Malaysia Bersolidariti Dengan Palestin
Rakyat Malaysia lantang mengkritik tindakan Israel terhadap Palestin.
Malah, Perrdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menekankan semula sokongan Malaysia terhadap perjuangan Palestin.
Dalam satu ciapan di laman X baru-baru ini, Anwar berkata bahawa masyarakat antarabangsa berterusan mengambil tindakan berat sebelah terhadap segala bentuk kekejaman dan penindasan yang dilakukan ke atas rakyat Palestin.
Rampasan tanah dan harta milik rakyat Palestin dibuat Zionis tanpa henti. Akibat ketidakadilan ini, ratusan nyawa yang tidak bersalah menjadi mangsa korban.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tambahnya lagi, rakyat Malaysia kekal bersolidariti dengan perjuangan rakyat Palestin.
Masyarakat antarabangsa berterusan mengambil tindakan berat sebelah terkait segala bentuk kekejaman dan penindasan kepada rakyat Palestin.
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) October 8, 2023
Rampasan tanah dan harta milik rakyat Palestin dibuat Zionis tanpa henti.
Akibat ketidakadilan ini, ratusan nyawa yang tidak bersalah… https://t.co/3O95zzWPZE
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.