Now Reading
McDonald’s Malaysia Sumbang RM1 Juta Buat Rakyat Palestin

McDonald’s Malaysia Sumbang RM1 Juta Buat Rakyat Palestin

McDonald’s Malaysia menghulurkan sumbangan RM1 juta kepada Dana Kemanusiaan Palestin yang dilancarkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

mcdonalds malaysia palestin (1)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Situasi peperangan yang berlaku di Palestin telah menyayat hati pelbagai pihak kerana ramai mangsa termasuk bayi, kanak-kanak dan wanita yang terkorban.

Susulan itu, masyarakat dari seluruh dunia giat menjalankan usaha untuk membantu perjuangan rakyat Palestin dengan menghulurkan dana dan bantuan seperti makanan, pakaian dan perubatan.

Antara rakyat Malaysia yang tidak ketinggalan untuk memberikan sumbangan dan menyebarkan kesedaran di media sosial termasuklah cef selebriti Khairul Aming, Daiyan Trisha dan Vivy Yusof.

Artikel Berkaitan: Digelar ‘Opportunist’ Selepas Keluarkan Semula Koleksi ‘dUCk Palestine’, Vivy Yusof Tampil Beri Penjelasan

Artikel Berkaitan: “The Real Influencer” – Khairul Aming Sumbang RM100,000 Hasil Jualan Sambal Nyet Untuk Bantu Palestin


McDonald’s Malaysia Beri RM1 Juta Kepada Dana Kemanusiaan Palestin

Dalam satu kenyataan terbaharu yang dikeluarkan oleh McDonald’s Malaysia semalam (17 Oktober), restoran makanan segera itu juga mengesahkan sumbangan mereka sebanyak RM1 juta kepada Dana Kemanusiaan Palestin.

Dana tersebut baharu sahaja dilancarkan di bawah Jabatan Perdana Menteri selaras dengan hasrat kerajaan yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2024 pada Jumaat lalu (13 Oktober).

Usul Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memperuntukkan RM10 juta kepada Dana Kemanusiaan Palestin adalah sejajar dengan komitmen kami untuk menyokong mereka yang terjejas akibat konflik di Gaza.

McDonald’s Malaysia.

Dalam pada itu, McDonald’s Malaysia berharap sumbangan yang diberikan menerusi Dana Kemanusiaan Palestin itu dapat memberi sokongan kepada misi bantuan di Gaza dengan memenuhi keperluan kritikal di sana.

Bantuan yang dihulurkan ini termasuklah dari segi tempat tinggal, makanan, perubatan dan bantuan pemindahan jika ia diperlukan oleh pasukan keselamatan.

Komitmen kami tertumpu sepenuhnya kepada menyediakan keperluan asas kepada mereka yang dalam kesusahan. Kami yakin semangat kerjasama dapat membantu dalam masa yang genting.

McDonald’s Malaysia.

Selain itu, restoran makanan segera ini juga memberi galakan kepada pekerja-pekerja mereka untuk menyertai usaha pengumpulan dana kepada Palestin.


McDonald’s Di Negara Islam Sumbang Bantuan Kepada Palestin

Dalam pada itu, McDonalds di negara-negara Islam termasuklah Qatar, Turkiye, Oman dan Arab Saudi turut mengeluarkan kenyataan dengan tidak memihak kepada Israel.

Malah, mereka juga telah menyumbang dana kepada rakyat Palestin seperti jumlah berikut:

  • McDonald’s Turkiye: $1,000,000 (RM4,747,500)
  • McDonald’s Arab Saudi: $530,000 (RM2,516,175)
  • McDonald’s Oman: $100,000 (RM474,750)
  • McDonald’s Qatar: $270,000 (RM1,281,825)

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd