Now Reading
Amerika Syarikat Gesa Gencatan Senjata Selama 6 Minggu Di Bumi Gaza

Amerika Syarikat Gesa Gencatan Senjata Selama 6 Minggu Di Bumi Gaza

Jelas Presiden AS Joe Biden, pentadbirannya sedang bekerjasama untuk membuat perjanjian bagi menghentikan pertempuran di Gaza.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Untuk pengetahuan umum, peperangan yang kini mencatatkan 130 hari di Palestin kelihatan semakin mengganas apabila Zionis Israel bertindak mengebom tanah Rafah di selatan Gaza.

Terdahulu, jutaan rakyat telah melarikan diri dan berlindung di sana selepas pihak Angkatan Pertahanan Israe (IDF) memaksa mereka untuk mengosongkan hampir keseluruhan Palestin.

Rafah yang terletak di sempadan Gaza dengan Mesir sebelum ini didakwa oleh IDF sebagai ‘kawasan selamat’ bagi rakyat Palestin untuk berlindung. Namun kini tidak lagi selepas rejim Israel menghapuskan kawasan tersebut dengan serangan udara.

Baca Artikel Berkaitan: Tempat Perlindungan Rakyat Palestin Di Rafah Diserang, Malaysia Kutuk Kekejaman Israel


Joe Biden Gesa Gencatan Senjata Selama 6 Minggu

Pada hari Isnin (12 Februari), Amerika Syarikat (AS), menggesa jeda (masa rehat) selama enam minggu buat pihak Palestin dan Israel dalam peperangan yang sedang berlaku di Gaza. Seruan itu adalah sebagai pemangkin ke arah gencatan senjata dalam tempoh masa yang lebih lama.

Menurut Presiden AS Joe Biden, pentadbirannya kini sedang bekerjasama dengan sekutu di rantau tersebut untuk membuat perjanjian bagi menghentikan pertempuran, pembebasan tebusan dan peningkatan aliran bantuan kemanusiaan ke bumi Gaza.

https://twitter.com/resist_05/status/1757232076619981075?s=

Dalam pada itu, Biden turut meluahkan kekecewaan selepas Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu bertindak mengabaikan nasihatnya serta menghalang usaha bagi mengurangkan krisis kemanusiaan di Palestin.

Baca Artikel Berkaitan: “Ini Tidak Akan Berlaku” – Netanyahu Tolak Seruan Gencatan Senjata Di Gaza

Sumber: X (@azaizamotaz9)/(@drtruthe)

Joe Biden Harap Netanyahu Setuju Untuk Lakukan Gencatan Senjata

Raja Jordan Raja Abdullah II bersama Biden dalam masa sama berbincang tentang cabaran yang dihadapi termasuklah serangan darat Israel di selatan Gaza serta ancaman bencana kemanusiaan terhadap penduduk Palestin.

Seperti yang dibincangkan Raja Abdullah dan saya hari ini (kelmarin), Amerika Syarikat sedang mengusahakan perjanjian antara Israel dan Hamas yang akan membawa tempoh tenang serta-merta di Gaza selama sekurang-kurangnya enam minggu.

Joe Biden.

Mengulas lanjut, Biden berkata dia yang telah menghabiskan masa siang dan malam bagi menangani isu itu percaya bahawa gencatan senjata tersebut mampu menyediakan asas untuk ‘membina sesuatu yang lebih bertahan’.

“Elemen utama perjanjian itu ada di atas meja. Terdapat jurang yang kekal, tetapi saya menggalakkan pemimpin Israel untuk terus berusaha bagi mencapai perjanjian itu. Amerika Syarikat akan melakukan segala yang mungkin untuk merealisasikannya,” ujar Biden lagi.

Sumber: X (@omarsuleiman504)

Sementara itu, Raja Abdullah turut menegaskan perkara sama di mana dia menggesa untuk melakukan gencatan senjata yang lebih meluas.

Kita tidak boleh berdiam diri dan membiarkan perkara ini berterusan. Kita perlukan gencatan senjata yang berkekalan sekarang. Perang ini mesti berakhir.

Raja Abdullah.

Lebih 20,000 Penduduk Palestin Terkorban

Kementerian Kesihatan Palestin menganggarkan sekurang-kurangnya 28,176 penduduk Palestin telah terbunuh dalam serangan secara berterusan oleh Zionis dan kebanyakan daripada mangsa terdiri daripada golongan wanita serta kanak-kanak.

Memetik Harian Metro, serangan Israel di bandar Rafah selatan Gaza telah membunuh kira-kira 100 nyawa tidak bersalah.

Baca Artikel Berkaitan: Israel Bom Hospital Di Gaza, Lebih 500 Nyawa Orang Tak Bersalah Terkorban


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd