Now Reading
Israel Akan Halang Usaha Elon Musk Untuk Tawar Starlink Ke Gaza

Israel Akan Halang Usaha Elon Musk Untuk Tawar Starlink Ke Gaza

Starlink SpaceX akan menyokong hubungan komunikasi di Gaza untuk organisasi bantuan yang diiktiraf antarabangsa.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada Jumaat lalu (27 Oktober), Israel telah melancarkan serangan bom secara besar-besaran di kawasan Semenanjung Gaza.

Susulan itu, rangkaian telekomunikasi di sana dilaporkan telah lumpuh sepenuhnya apabila talian pengantara, menara, serta rangkaian telah dibom oleh rejim Zionis.

Walau bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman menerusi perkongsian di laman Facebook semalam (29 Oktober) berkata talian Internet di sana sedang beransur pulih.


Elon Musk Tawar Perkhidmatan Starlink Agar Rakyat Palestin Boleh Akses Internet

Pada 28 Oktober lalu, pemilik syarikat SpaceX Elon Musk menawarkan perkhidmatan peranti satelit miliknya yang dikenali sebagai Starlink untuk menyambung talian Internet di kawasan Gaza.

Keputusan itu adalah susulan talian hubungan dengan dunia luar yang terputus akibat konflik antara Hamas dan Israel.

“Tiada terminal untuk sambungan komunikasi di Gaza,” kata Elon.

Tambahnya, Starlink SpaceX akan menyokong hubungan komunikasi di Gaza untuk organisasi bantuan yang diiktiraf antarabangsa.

Untuk info, keputusan bagi menyalurkan bantuan talian internet itu merupakan maklum balas terhadap kenyataan ahli Kongres Amerika Syarikat (AS) Alexandria Ocasio-Cortez yang berkata bahawa pengeboman ganas Israel telah menyebabkan seluruh komunikasi terputus dan tidak boleh diterima.

Kumpulan hak asasi manusia Human Rights Watch (HRW) juga menjelaskan bahawa penghapusan rangkaian telekomunikasi di Gaza membuka ruang yang lebih luas kepada Israel untuk melakukan keganasan sekitar wilayah tersebut.

“Ketiadaan perkhidmatan internet menyukarkan orang awam dan kumpulan hak asasi manusia menyiarkan bukti kekejaman dilakukan Israel di platform media sosial,” ujar penyelidik kanan HRW Deborah Brown.


Israel Akan Halang Usaha Elon Musk Untuk Tawar Starlink Ke Gaza

Dalam pada itu, Israel telah berikrar bahawa mereka bakal menghalang segala usaha oleh Elon tersebut kerana beranggapan ia hanya akan memberi keuntungan kepada pejuang Hamas.

Menteri Komunikasi Israel Shlomo Karhi berkata keputusan Elon akan menyukarkan pihak mereka untuk membebaskan tebusan yang kini ditahan di Gaza.

“Elon sepatutnya menyalurkan sokongan dan bantuan untuk pembebasan bayi, anak-anak serta warga emas yang diculik,” jelasnya.

Jelas beliau, pihak pengurusan pejabatnya bakal memutuskan sebarang hubungan dan talian dengan rangkaian Starlink.

Baca Artikel Berkaitan: Sengaja Ejek Warga Palestin Kerana Tiada Bekalan Air & Elektrik, Video Rakyat Israel Ini Dikecam Netizen

Baca Artikel Berkaitan: Israel ‘Tunduk’ Arahan Amerika Syarikat, Diminta Tangguh Serangan Darat Guna Kereta Kebal

Baca Artikel Berkaitan: Apa Maksud Slogan ‘From The River To The Sea, Palestine Will Be Free’?


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd