Now Reading
Apa Maksud Slogan ‘From The River To The Sea, Palestine Will Be Free’?

Apa Maksud Slogan ‘From The River To The Sea, Palestine Will Be Free’?

Slogan ‘From The River To The Sea’ itu sering dilaungkan oleh orang ramai sebagai tanda bersolidariti bersama Palestin.

Maksud Di Sebalik Slogan 'From The River To The See, Palestine Will Be Free' (1)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Serangan udara oleh tentera Israel yang membedil rakyat Palestin telah meragut sekurang-kurangnya 6,546 orang mangsa sehingga ke hari ini (26 Oktober) dan mendapat kecaman dari seluruh dunia.

Tanpa mengira bangsa dan agama, masyarakat seluruh dunia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak berperikemanusiaan oleh rejim Zionis terhadap Palestin.

Dari Malaysia sehingga ke negara Timur Tengah serta negara barat, slogan yang sama dilaungkan sebagai tanda bersolidariti kepada Palestin iaitu ‘From The River To The Sea, Palestine Will Be Free’.


Maksud Di Sebalik Slogan ‘From The River To The Sea, Palestine Will Be Free’

Laungan slogan ini bukan sahaja kedengaran di perhimpunan aman dan protes sahaja, malah ia turut disebarkan di media sosial.

Tetapi, apa sebenarnya maksud di sebalik slogan berkenaan?

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok (@sinar_my), seorang pendakwah dikenali sebagai Ustaz Izmir Fareez berkongsi erti sebenar di sebalik slogan itu ketika ditemu bual bersama penyampai radio Sinar FM.

Menurutnya, slogan tersebut merupakan slogan politik Palestin yang membawa maksud di sebalik bentuk wilayah sebenar milik Palestin.

Kalau anda perasan, slogan itu menyebut perkataan sungai dan laut. Ia sebenarnya merujuk kepada Sungai Jordan sehingga ke Laut Mediterranean.

Kalau tengok peta Palestin, di sebelah kanan Palestin tu Jordan. Di sebelah kiri tu adalah Laut Mediterranean. Maknanya dalam kata-kata ‘From The River To The Sea’ itu adalah daripada Sungai Jordan ke Laut Mediterranean itu adalah kepunyaan Palestin.

Ustaz Izmir Fareez.
Sumber: Free Malaysia Today

Pendakwah berkenaan juga menceritakan sejarah di sebalik tanah Palestin sebelum ia dipecahkan kepada beberapa buah negara yang dilihat pada hari ini.

Jelasnya ketika zaman Nabi Muhammad SAW, beberapa negara termasuklah Palestin, Jordan, Syria dan Lubnan adalah di bawah satu kawasan yang sama bernama Syam.

Namun selepas kejatuhan kerajaan Tukri Uthmaniyyah pada tahun 1924, negeri Syam tersebut telah dipecahkan mengikut penjajahan British.

Kemudian pada tahun 1948 pula, Palestin jatuh ke tangan Israel dan wilayah tersebut mula diambil sedikit demi sedikit oleh rejim Zionis sehinga ke hari ini.

Disebabkan itulah munculnya slogan ‘From The River To The Sea, Palestine Will Be Free’ untuk mengambil semula tanah Palestin yang sudah dirampas oleh Israel selama 75 tahun sejak 1948.

@sinar_my

Antara yang dilaungkan semasa solidariti seluruh dunia adalah “From The River To The Sea, Palestine Will Be Free” Apa sebenarnya maksud di sebalik slogan ni? #PagiDiSINAR #MalaysiaStandsWithPalestine #trending #xyzbca #fypシ

♬ original sound – SINAR – SINAR

Malaysia Turut Bersolidariti Bersama Perjuangan Palestin

Perjuangan rakyat Palestin ini turut disokong oleh rakyat Malaysia termasuklah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas beberapa perhimpunan aman dilakukan di sekitar Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan: “Kamu Salah Pilih Orang” – PMX Dedah Terima Ugutan Dari Negara Barat, Namun Bertegas Akan Terus Pertahan Palestin

Artikel Berkaitan: “Kita Tentang Kezaliman” – Tindakan Uncle Ini Sertai Himpunan Solidariti Palestin Dipuji Orang Ramai

Perhimpunan aman itu yang menolak penindasan Israel terhadap Palestin mendapat sambutan yang cukup positif dari kalangan rakyat tanpa mengira umur, bangsa dan agama.

Malah protes itu bukan sahaja dilakukan secara fizikal, malah perhimpunan secara maya menerusi aplikasi permainan Roblox juga dilakukan.

Sumber: X (Twitter)

Walaupun ia sekadar atas talian, tetapi sambutan yang diterima cukup mengalakkan kerana ramai pengguna dilihat turut membawa bendera Palestin bersama mereka.

Laungan takbir ‘Allahuakbar’ juga kedengaran dalam kalangan pengguna-pengguna yang lain.

Malah, perkarangan di kawasan sekitarnya juga kelihatan banyak bendera Palestin yang digantungkan pada tiang lampu selain dipenuhi dengan perkataan ‘Solidariti Untukmu Palestin’.

Artikel Berkaitan: [Video] Generasi Muda Buat Protes Digital, Sokong Palestin Di Roblox. Siap Ada Sepanduk & Laungan Takbir!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd