Now Reading
Dr Zulkifli Lelong Hadiah Jam Tangan Rolex Untuk Derma Buat Rakyat Palestin

Dr Zulkifli Lelong Hadiah Jam Tangan Rolex Untuk Derma Buat Rakyat Palestin

Jam Rolex tersebut merupakan hadiah daripada Raja Saudi kepada beliau pada tahun 2017 selepas memberi ucapan sewaktu kunjungan baginda ke Malaysia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pergolakan yang berlaku antara pejuang Palestin dan tentera Israel pada masa kini merupakan antara peperangan paling ganas dalam sejarah antara dua belah pihak.

Susulan itu, pelbagai bekalan keperluan di Gaza dilaporkan semakin susut sehingga menyebabkan ramai rakyat Palestin yang terjejas.

Oleh yang demikian, ramai orang ternama serta mereka yang berpangkat tinggi di Malaysia telah menggunakan cara tersendiri untuk menyalurkan bantuan kepada mereka yang terkesan.


Dr Zulkifli Pernah Terima Hadiah Jam Rolex Daripada Raja Saudi, Kini Dilelong Untuk Bantu Rakyat Palestin

Hari ini (30 Oktober),  bekas Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi ciapan di laman X (Twitter @drzul_albakri), telah membuka bidaan jam mewah miliknya kepada orang ramai.

Dalam hantaran tersebut, Dr Zulkifli turut menceritakan kisah bagaimana beliau mendapatkan hadiah jam Rolex daripada Raja Saudi Arabia DYMM Al-Malik Salman bin Abdulaziz hafizahullahu ta’ala.

Pada 2017 lalu, beliau yang sedang menghadiri mesyuarat sebagai Panel Penasihat Syariah Bank Negara dihubungi secara mengejut oleh kerajaan untuk memberikan ucapan di hadapan Raja Saudi ketika kujungannya ke Malaysia.

Beberapa hari kemudian, beliau yang sedang menginap St. Regis Hotel telah dihubungi oleh Kedutaan Besar Arab Saudi di Malaysia mengatakan Raja Saudi telah mengirimkannya cendermata.

Namun, dia tidak membuka cenderamata yang diterimanya dalam sebuah kotak sehinggalah beliau dilantik sebagai Menteri Agama pada tahun 2021.

“Menjunjung kasih DYMM Al-Malik Salman bin Abdulaziz atas derma kurnia yang amat bermakna ini,” ujarnya.

Sumber: X (Twitter @drzul_albakri)

Dr Zulkifli Lelong Jam Rolex Pada Harga Tapak RM40,000

Menyahut titah baginda untuk besederhana, mengutamakan perpaduan ummah dan memartabatkan agama, Dr Zulkifli telah memutuskan untuk membuka bidaan jam Rolex kesayangannya dengan harga tapak bernilai RM40,000.

Usaha ini adalah untuk menjunjung titah Raja Saudi yang telah menyalurkan sumbangan berbilion dolar kepada Palestin saban tahun.

“Kenaikan bermula RM100 ke atas,” katanya dalam hantaran sama.

Menerusi kenyataannya di perkongsian sama, hasil bidaan diterima bakal disumbangkan kepada penduduk Palestin yang terjejas dalam peperangan ketika ini.

Kepada yang berminat, anda boleh membida jam Rolex tersebut di ruangan balas ciapan Dr Zulkifli.

“Bidaan di Instagram telah mencapai RM47,000,” jelasnya.

Untuk info, bidaan bakal ditutup esok (31 Oktober) jam 12 tengah malam.


Tindakan Dr Zulkifli Menerima Pelbagai Reaksi Daripada Netizen

Menjengah ke ruangan balas ciapan tersebut, tindakan oleh individu ternama itu telah menerima reaksi yang berbeza daripada warganet. Ada yang bersetuju dan sebaliknya.

Ada netizen yang dilihat mendoakan Dr Zulkifli agar urusan pembidaan jam mewah Rolex tersebut dipermudahkan.

Walaupun begitu, ada juga warganet yang tidak bersetuju dengan tindakan tersebut kerana beranggapan ianya satu pemberian oleh seseorang kepada diri sendiri.

“Ia merupakan penghormatan dan hadiah kepada anda daripada Raja Saudi untuk perkhidmatan tahun ini. Sila simpan sebagai cenderahati dan motivasi untuk keluarga dan anak-anak anda!” jelas seorang warganet.

Sumber: X (Twitter @drzul_albakri)

Selebriti Jual Balik Harta Untuk Salurkan Bantuan Ke Palestin

Susulan peperangan yang berlangsung di bumi Gaza, ramai selebriti bukan sahaja dari Malaysia malah dari negara jiran turut bersama-sama mengumpul sumbangan untuk disalurkan ke rakyat Palestin.

Seperti sebelum ini, pelakon dan usahawan terkenal Aeril Zafril telah membuat keputusan untuk menjual kereta mewah pemberian isterinya Wawa Zainal iaitu Lamborghini Aventador.

Menerusi penjualan tersebut, dia telah berniat untuk menderma sebahagian hasil jualan kepada rakyat Palestin.

“Insya-Allah, sebahagian hasil ni kita derma dekat Palestin,” tulis Aeril menerusi video hantaran di Instagram.

Sementara itu, penyanyi Indonesia iaitu Melly Goeslaw turut menyumbangkan sejumlah wang buat rakyat Palestin hasil daripada jualan barangan peribadinya.

Memetik laporan mStar, hasil jualan ‘preloved’ tersebut telah berjaya mengumpul sebanyak RM226,000.

Sumber: Instagram (@aeril_zafrel/@melly_goeslaw)

Baca Artikel Berkaitan: Melly Goeslaw Berjaya Kumpul RM226,000 Daripada Jualan ‘Preloved’ & Sumbangkan Kepada Palestin

Baca Artikel Berkaitan: Aeril Zafril Jual Kereta Lamborghini Aventador, Derma Sebahagian Hasil Jualan Kepada Palestin

Baca Artikel Berkaitan: “The Real Influencer” – Khairul Aming Sumbang RM100,000 Hasil Jualan Sambal Nyet Untuk Bantu Palestin


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd