Now Reading
Kisah Lelaki Bida Jam Tangan Rolex Sehingga RM135,000 Buat Dr Zulkifli Tersentuh Hati

Kisah Lelaki Bida Jam Tangan Rolex Sehingga RM135,000 Buat Dr Zulkifli Tersentuh Hati

Pembida itu sebak ketika memberitahu kepada Dr Zulkifli tentang mengapa dia tekad mahu memenangi bidaan jam tangan mewah jenama Rolex itu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebelum ini, bekas Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi ciapan di laman X (Twitter @drzul_albakri) mengumumkan bahawa jumlah bidaan tertinggi bagi sebuah jam tangan Rolex miliknya adalah RM135,000.

Dr Zulkifli pada masa sama mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang turut serta dalam bidaan jam mewah berkenaan untuk dijadikan sumbangan kepada rakyat Palestin memerlukan.

Beliau juga telah berjumpa dengan pemenang bidaan tersebut semalam (1 November) untuk menyerahkan jam berkenaan.

Baca Artikel Berkaitan: Jam Rolex Dr Zulkifli Raih Bidaan Tertinggi Bernilai RM135,000!


Pembida Tertinggi Jam Tangan Rolex Milik Dr Zulkifli Dedah Sebab Mahu Miliki Barang Tersebut

Menerusi ciapan dimuat naik di aman X (Twitter @drzul_albakri), Dr Zulkifli telah bertemu dengan pemilik baharu jam tangan Rolex miliknya yang tinggal di Pasir Gudang, Johor.

Kisah di sebaliknya bidaan yang dilakukan oleh individu tersebut membuatkan Dr Zulkifli menganggapnya ia suatu perkara yang istimewa kerana harga bidaan RM135,000 itu dibuat pada tujuh minit terakhir sebelum tempoh bidaan ditutup.

Ketika bertemu, Dr Zulkifli bertanya kepada lelaki tersebut tentang keputusan yang dibuat oleh pembida pada tujuh minit terakhir itu.

Sumber: X (Twitter @drzul_albakri)

Dr Zulkifli menjelaskan bahawa individu tersebut tidak mahu mendedahkan dirinya kepada khalayak ramai. Walau bagaimanapun, lelaki itu adalah seorang ahli korporat dari Johor.

Beliau mahu saya rahsiakan namanya, akan tetapi katanya dia membeli jam tersebut kerana tiga sebab iaitu merupakan pemberian daripada Raja Salman selain pernah dipakai oleh saya serta demi Palestin. Maka beliau bertekad setinggi mana bidaan, dia akan mendapatkannya. Selepas kami bersembang dengan linangan air mata sebak, saya lihat dia begitu ikhlas demi Palestin.

Dr Zulkifli.

Difahamkan, penyerahan jam tangan mewah itu diberikan sekitar jam 3:15 petang sebelum Dr Zulkifli bergerak ke lapangan terbang bagi menghadiri mesyuarat tahunan bersama Syeikh Azhar.

Beliau juga bakal singgah sebentar ke Jordan untuk menyerahkan sebahagian wang bidaan berjumlah RM100,000 kepada pelarian Palestin di Amman melalui Muslim Care Malaysia.

Manakala baki selebihnya berjumlah RM35,000 akan diberikan esok (3 November) kepada lapan organisasi bukan kerajaan (NGO) melibatkan:

  • MERCY Malaysia
  • Global Peace Malaysia
  • Cinta Gaza
  • Aqsa Syarif
  • PAS Relief
  • MAPIM
  • Aman Palestin
  • MyFundAction

Dr Zulkifli Lelong Jam Tangan Rolex Untuk Beri Sumbangan Kepada Rakyat Palestin

Terdahulu, Dr Zulkifli telah membuka bidaan jam mewah Rolex miliknya iaitu pemberian daripada Raja Saudi Arabia DYMM Al-Malik Salman bin Abdulaziz hafizahullahu ta’ala.

Sumber: X (Twitter @drzul_albakri)

Beliau mengambil keputusan untuk membuka bidaan jam Rolex kesayangannya dengan harga tapak bernilai RM40,000 dengan niat untuk disumbangkan kepada penduduk Palestin yang terjejas dalam peperangan ketika ini.

Usaha ini adalah untuk menjunjung titah Raja Saudi yang telah menyalurkan sumbangan berbilion dolar kepada Palestin saban tahun.

Baca Artikel Berkaitan: Melly Goeslaw Berjaya Kumpul RM226,000 Daripada Jualan ‘Preloved’ & Sumbangkan Kepada Palestin

Baca Artikel Berkaitan: Aeril Zafril Jual Kereta Lamborghini Aventador, Derma Sebahagian Hasil Jualan Kepada Palestin


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd