Lelaki Kongsi Pengalaman Hidap Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)
Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) adalah masalah perkembangan otak yang menyebabkan seseorang sukar untuk fokus.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Segelintir orang diuji dengan menghadapi masalah kesihatan mental seperti Depression, Bipolar Disorder, Panic Disorder, Social Anxiety dan sebagainya.
Setiap penyakit ini akan didatangi dengan beberapa simptom yang boleh membuatkan seseorang hilang fokus.
Antara masalah kesihatan mental yang lain yang adalah seperti Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD).
Apa itu Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)?
ADHD adalah masalah perkembangan otak yang menyebabkan beberapa kesan seperti berikut:
- Kesukaran untuk fokus.
- Berkelakuan impulsif.
- Hiperaktif.
Di Malaysia, masalah ADHD dikategorikan sebagai OKU pembelajaran.
Penghidap ADHD mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk membunuh diri serta bercerai dengan pasangan berbanding individu biasa.
Salah seorang pengguna Twitter @aimanomist berkongsi pengalamannya terpaksa berlawan dengan penyakit ADHD ini bagi menghabiskan pelajarannya di universiti.
Menurutnya, dia tidak pernah berkongsi tentang perkara ini kepada sesiapa selain keluarga dan kawan-kawan rapat kerana berasa malu serta terbeban.

Lelaki yang dikenali sebagai Aiman ini memberitahu yang dia dibesarkan dalam keluarga normal dan sederhana.
Cukup kasih sayang serta pendidikan daripada ibu bapa.

Waktu zaman sekolah, boleh dikatakan dia agak aktif dan seorang yang berkeyakinan diri.
Disebabkan dia mendapat keputusan cemerlang dari UPSR sehingga ke Tahun Dua pengajian di universiti, ramai orang yang memandang tinggi kepadanya.
Walaupun kehidupannya nampak normal, sebenarnya dia makin lama makin berasa seperti tidak teratur.

Sebenarnya, Aiman mempunyai masalah susah untuk fokus ketika belajar sehingga terpaksa keluar sekolah bagi mencari kawasan yang sunyi.
Kadangkala dia juga melarikan diri dari semua orang dan akan menangis tanpa sebab.

Disebabkan rasa ada sesuatu yang tak kena, Aiman pun pergi berubat dengan seorang ustaz. Tapi, rasa itu masih tidak hilang lagi.

Lama-kelamaan, masalah itu menjadi semakin teruk sehingga dia terketar-ketar untuk bercakap di hadapan 10 orang rakannya ketika sesi reunion kelas.

Fasa tahun pertama
Sewaktu di Asasi, Aiman cuba untuk kuatkan diri semula dan mencari semula keyakinan dirinya yang telah hilang.
Ketika sudah melangkah ke alam universiti pula, Aiman masih lagi susah untuk fokus belajar sampai dia berasa cepat penat, emosi kacau serta berada di fasa depresi lebih lama.
Tahun pertamanya masih lagi boleh dikawal.

Fasa tahun kedua
Bila sudah memasuki tahun kedua menghidap penyakit ini, masalahnya makin kerap berlaku dan kembali menyendiri.
Di atas nasihat kawan-kawan, Aiman berjumpa dengan pakar pakar psikiatri dan didapati menghidap Major Depressive Disorder (MDD) dan Schizophrenia.

Disahkan menghidap ADHD selepas bertukar-tukar hospital
Memasuki tahun ketiga, dia terpaksa bertukar-tukar hospital dan mengambil jenis ubat. Namun, masih tiada perubahan.

Selepas enam bulan berjumpa doktor di klinik swasta, dia agak terkejut apabila disahkan menghidap ADHD.

Bersyukur masih ramai yang beri sokongan
Sehingga kini, Aiman masih bertungkus-lumus bagi menghabiskan pengajian ijazah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) walaupun sudah enam tahun.
Namun, dia sangat bersyukur dengan adanya isteri, keluarga serta rakan-rakan yang banyak memberi semangat.


Kesimpulannya, kalau anda sudah mempunyai beberapa simptom yang jelas, cepat-cepat dapatkan bantuan profesional sebelum masalah itu melarat.
Jangan risau, ramai yang akan beri sokongan dan semangat untuk anda.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.