Now Reading
Sukar Cari Masjid? Lelaki Ini Kongsi Cara Mudah Untuk Solat Jika Di Luar Negara

Sukar Cari Masjid? Lelaki Ini Kongsi Cara Mudah Untuk Solat Jika Di Luar Negara

Yang penting, ketika mengambil wuduk untuk solat, jangan sesekali membasahkan tandas mereka sebab masyarakat di luar negara tidak menyukai perbuatan itu.

Cara Mudah Untuk Solat Jika Di Luar Negara

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Solat adalah tiang agama.

Bila bercakap tentang topik solat, setiap umat Islam perlu mengetahui dan terapkan di dalam dada bahawa solat ini merupakan ibadat yang menduduki tempat tertinggi. Kemuliaan solat itu tiada bandingannya.

Sekiranya seseorang Muslim itu taat mendirikan solat fardhu lima waktu sehari, dia seolah-olah telah menegakkan agamanya. Dan apabila seseorang itu meninggalkan solat, ia seumpama golongan berkenaan tidak mahu berusaha untuk membina agamanya dengan sempurna.

Allah SWT berfirman dalam Surah al-Mukminun, ayat 1-2 yang bermaksud: “Benar-benar sangat beruntung orang-orang beriman. Yakni mereka yang khusyuk dalam mengerjakan sembahyang.

BACA JUGA: Cara Ganti Atau Qada’ Solat Yang Ditinggalkan Bertahun Lamanya. Pastikan Istiqamah!

Dalam erti kata mudah; jangan tinggal solat.


Solat Ketika Berada Di Luar Negara

Perkara yang seringkali menjadi halangan ketika mengembara (travel) ke luar negara adalah tempat solat. Manakan tidak, kita bukannya berasal dari negara berkenaan dan untuk mencari lokasi masjid yang berdekatan tanpa perlu berjalan jauh itu sememangnya sukar.

Nak berjalan jauh dan lama, nanti habis pula waktu.

Jadinya, solat sahaja di sudut-sudut yang selamat dan bersih. Yang penting, tidak menganggu ketenteraman orang awam yang lalu-lalang. Itu pun sudah memadai.

Ingat, Islam ini memudahkan.


Lelaki Ini Kongsi Cara Solat Di Luar Negara Kalau Tak Jumpa Masjid Berdekatan. Mudah & Selamat!

Seorang pengguna Twitter @callmefye baru-baru ini telah berkongsi tips dan cara mudah untuk solat di luar negara bagi golongan pengembara. Senang sahaja sebenarnya, jadi tiada alasan untuk tidak mendirikan solat.

Lepas solat dlm Primark terfikir nak ambil gambar (lakonan semula) just in case masih ramai tak tahu tactic ni. Bila ke negara yg susah nk cari tmpt solat, fitting room la ‘musolla’ kita. Ambil wudhu siap-siap, masuk kedai pakaian, grab 2-3 pakaian then masuk fitting room.

@callmefye, menerusi Twitter.

Jikalau anda bersama kenalan ingin mendirikan solat di kaki lima, pastikan secara bergilir-gilir supaya akan ada pihak yang boleh menjadi pemerhati atau ‘tukang menjawab soalan’ sekiranya ada orang awam yang bertanya.

Dia dalam masa yang sama turut berkongsi pengalaman ketika berada di Seoul, Korea Selatan di mana dia telah memberanikan diri untuk solat di platform train (di bahagian sudut) sebab tiada pihak yang kacau.

Lebih menarik, masyarakat di sana berfikiran dia sedang melakukan senaman yoga.

Kalau kat Seoul sy berseorangan pun berani solat kat platform train (kat sudut) sbb dorg x kacau. Most of the times dorg ingat I’m doing Yoga. Tp utk kebersihan sy tetap cari fitting room jugak. Unless kalau nk hbis waktu x sempat.

@callmefye, menerusi Twitter.

Di Seoul juga ada lokasi spesifik untuk mendirikan solat. Contohnya di Station Dongdaemun di ruangan belakang tangga sebab tiada orang lalu-lalang dan ianya berdekatan dengan tandas, di mana memudahkan lagi urusan untuk mengambil wuduk.


Perkara Penting Sebelum Solat Di Kawasan Terbuka Di Luar Negara

Fye turut berkongsikan dua perkara yang tidak boleh diambil enteng sekiranya anda ingin mendirikan solat di kawasan terbuka di negara orang iaitu:

  1. Wuduk
    • Jangan basahkan tandas sebab masyarakat di negara orang tidak suka.
    • Jangan naikkan kaki ke atas sinki.
    • Bawa botol spray dan sebagainya.
    • Basahkan tisu dan perahkan waktu nak cuci kaki ke dalam lubang.
  2. Telekung
    • Kalau boleh jangan pakai telekung yang menarik perhatian untuk tidak mencipta situasi yang tidak menyenangkan.

Menurutnya, kaedah ‘Khuf’ adalah sangat membantu terutama pada musim sejuk.


Keadah Khuf

Khuf itu apa?

Untuk pengetahuan umum, Khuf adalah kasut kulit yang menutupi kaki hingga buku lali. Buku lali ialah tulang sendi yang timbul di antara kaki dengan betis.

Sumber: Asy-Syariah.

Hukum menyapu Khuf apa?

Menyapu Khuf dengan air adalah satu keringanan (رُخصَةٌ) yang harus bagi lelaki dan perempuan dalam semua keadaan, sama ada ketika musim panas atau sejuk, musafir atau mukim, dan ketika sihat atau sakit.

Perbuatan ini adalah ganti bagi rukun membasuh kaki ketika berwuduk.

Mengikut pendapat jumhur, tempoh ditetapkan bagi menyapu Khuf ini bermula dari berlaku hadas selepas memakai Khuf itu sehinggalah ke waktu yang sama pada hari kedua bagi yang bermukim dan pada hari keempat untuk yang bermusafir kerana waktu harus untuk menyapu adalah bermula dengan berlaku hadas itu.

Dengan itu, maka tempohnya dikira dari ketika itu.

Untuk pencerahan lanjut mengenai Khuf, anda boleh baca artikel yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ini.


Umat Islam perlu diingatkan bahawa solat perlu ditafsirkan sebagai jalan petunjuk Allah SWT untuk membimbing manusia supaya senantiasa menghargai dan menepati masa.

Itu merupakan falsafah ulung di dalam solat.

Semoga kita sentiasa istiqamah dalam beribadah. Ameen YRA.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd