Cara Ganti Atau Qada’ Solat Yang Ditinggalkan Bertahun Lamanya. Pastikan Istiqamah!
Apabila seseorang itu meninggalkan solat, ia seumpama dia tidak mahu berusaha untuk membina agamanya dengan sempurna.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Solat dari segi bahasa bermaksud doa atau doa dengan sesuatu kebaikan.
Dari segi syarak pula bermaksud perkataan/perbuatan yang dimulai dengan takbir berserta niat dan diakhiri salam dengan syarat-syarat tertentu.
Umum sedia maklum bahawa solat merupakan ibadat yang menduduki tempat tertinggi. Seandainya seseorang Muslim itu taat dalam mendirikan solat fardhu sebanyak lima kali sehari, dia seolah-olah telah menegakkan agamanya. Apabila seseorang itu meninggalkan solat, ia seumpama dia tidak mahu berusaha untuk membina agamanya dengan sempurna.
Allah SWT berfirman dalam Surah al-Mukminun, ayat 1-2 yang bermaksud: “Benar-benar sangat beruntung orang-orang beriman. Yakni mereka yang khusyuk dalam mengerjakan sembahyang.”
Dalam satu lagi ayat, Allah SWT menegaskan yang bermaksud: “Benar-benar sangat beruntung orang-orang yang membersihkan diri dengan beriman dan sentiasa berzikir menyebut nama Tuhannya serta mengerjakan sembahyang.” (Surah Al-A’la, ayat 14-15).
Oleh itu, solatlah. Cuba yang terbaik untuk tidak meninggalkan solat okay?
BACA JUGA: [Video] Solat Tarawih Perdana Diadakan Di Times Square, New York Buat Pertama Kali
Cara Ganti/Qada’ Solat Yang Pernah Ditinggalkan
Seorang pengguna Twitter (Shira Ahmad) menerusi bebenang di Twitter miliknya telah mengulas persoalan yang mungkin menjadi tanda-tanya ramai orang Muslim di luar sana.
Ramai yang tak tahu jawapan sebenar.
Oleh itu, dia menerusi bebenang tersebut telah merungkai persoalan berkenaan dengan penjelasan yang begitu padat.
Guys, selama ni aku ada persoalan, kalau lah kita mati and tak sempat nak ganti solat yang kita tinggalkan bertahun-tahun tu macam mana ye? Alhamdulillah Allah gerakkan aku tengok Tanyalah Ustaz minggu lepas, tajuk: Qada Solat
— Shira Ahmad (@starryshira) March 3, 2020
Menurutnya, kita boleh niat dan istiqamah untuk menggantikan solat yang telah ditinggalkan. Selepas itu, setiap solat fardhu yang dikerjakan, kita ganti dengan satu waktu solat.
Contohnya, ketika solat zohor, teruslah menggantikan solat zohor yang pernah ditinggalkan.
Guys, kita boleh niat dan istiqamah ganti solat tau, then setiap solat fardhu, kita ganti 1. Contoh: kita solat zohor dan terus ganti solat zohor. Mudah je, kalau ganti, korang takyah baca banyak-banyak, cukup buat rukun je seperti baca Al Fatihah. Tapi jaga bacaan ye.
— Shira Ahmad (@starryshira) March 3, 2020
Dia turut memberikan tips agar sentiasa menjaga tomakninah, jangan laju-laju dan terburu-buru. Apabila niat di hati ingin menggantikan solat, InsyaAllah ketika ajal tiba, kita dikira berusaha untuk menggantikan solat dan diampunkan oleh Allah SWT.
Jaga tomakninah, jangan laju-laju. Bila kita dah niat nak ganti, insyaAllah kita mati nanti, kita dah dikira dalam usaha nak ganti dan semoga diampunkan Allag swt. Tapi kena makesure istiqamah ❤️
— Shira Ahmad (@starryshira) March 3, 2020
Sampai bila nak ganti? Sebab tak ingat dah berapa lama tinggal solat.
Tak mengapa, buat sahaja sehingga anda berasa yakin solat-solat yang telah ditinggalkan, sudah terganti. Doa supaya Allah bukakan pintu hati dan jalan.
Sampai bila nak ganti solat? Banyak kali tinggal sembahyang dah. Takpe guys, buat je saaaaampai lah rasa yakin dah terganti ❤️
— Shira Ahmad (@starryshira) March 3, 2020
Semoga kita sentiasa ingat, perkara pertama yang akan ditanya di akhirat kelak ialah Solat. ❤️ All the best, slowly but surely ok, sama sama kita perbaikki ✨
— Shira Ahmad (@starryshira) March 3, 2020
Allah sayang kita, dia boleh bagi kita hidayah, dia boleh je tak bagi kita hidayah. Dia pilih kita untuk baca Quran, Dia pilih kita untuk dirikan solat, ALLAH pilih kita guys! Beruntungnya Allah sayang kita. 🥺
— Shira Ahmad (@starryshira) March 3, 2020
Jika anda ingin mengetahui versi lebih panjang tentang cara untuk Qada’ Solat Fardhu, boleh tonton video di bawah:
Umat Islam perlu diingatkan bahawa solat perlu ditafsirkan sebagai jalan petunjuk Allah SWT untuk membimbing manusia supaya senantiasa menghargai dan menepati masa.
Itu merupakan falsafah ulung di dalam solat.
Semoga kita sentiasa istiqamah dalam beribadah. Ameen.
BACA JUGA: Trend Solat Dengan Kipas Angin Sebagai ‘Makmum’ Dianggap Jahil – Mufti
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.