Now Reading
Wanita Kongsi Tips Buat Umrah Secara DIY Tanpa Ejen, Kos Tak Sampai RM6,000 Seorang

Wanita Kongsi Tips Buat Umrah Secara DIY Tanpa Ejen, Kos Tak Sampai RM6,000 Seorang

Segala persiapan untuk menunaikan ibadah umrah ini hanya dilakukan dalam tempoh sehari sahaja.

umrah DIY

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bagi umat Islam, tempat ‘healing’ yang paling menenangkan adalah di kota suci Mekah dan Madinah.

Ini kerana tiada perkataan yang dapat menggambarkan perasaaan istimewa apabila berada di sana sambil beribadah dan mengingati Allah SWT. Indahnya perasaan dapat lihat Kaabah setiap hari di depan mata kan?

Bertuah sungguh buat mereka yang dipilih oleh Allah SWT untuk ke pergi sana.

Kebanyakan individu yang pernah melawat kota suci itu berkata mereka seolah-olah rasa seperti tidak mahu pulang ke negara asal dan mahu menetap di sana.


Cara-cara Untuk Menunaikan Umrah Secara DIY

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook (Noor Ameera Rahmat) telah berkongsi pengalaman bersama suaminya ketika mengerjakan ibadah umrah secara Do-It Yourself (DIY) di kota suci umat Islam iaitu Mekah dan Madinah.

Nak tahu bagaimana cara yang dilakukan oleh wanita ini dan suaminya? Jom baca perkongsian penuh di bawah.

Pada malam 30 November 2023, suaminya bernama Azizul Hakim memberitahu hajatnya yang teringin untuk ke Mekah. Selepas mendengar luahan itu, wanita ini bertanya beberapa kali untuk memastikannya.

Pagi berikutnya (1 Disember), wanita ini terus membuat segala persiapan seperti berikut:

Tiket kapal terbang
Sumber: Etihad Airways

Mereka membuka laman web Sky Scanner untuk mencari tiket penerbangan yang murah dan berjaya mendapatkannya dari Etihad Airways dengan harga RM2,900 sahaja untuk perjalanan pergi balik (return).

Penginapan
Sumber: Facebook Noor Ameera Rahmat

Untuk tempat penginapan pula, mereka membuat carian di beberapa laman web seperti Booking.com, Trip.com dan Agoda.

Disebabkan fokus utama adalah untuk beribadah, jadi mereka mencari hotel yang berdekatan dan berjaya membuat tempahan di Zamzam Pullman Hotel yang hanya berjarak 50 meter dari Masjidil Haram.

Di Madinah pula, mereka menetap di Saraya Harmony iaitu 200 meter dari Masjid Nabawi.

Pengangkutan
Sumber: Facebook Noor Ameera Rahmat

Pengangkutan yang dipilih untuk bergerak dari Mekah ke Madinah adalah Haramain Speed Train. Katanya lebih menjimatkan masa juga jika ditempah terus dari Mekah ke Madinah dan Madinah ke Lapangan Terbang Jeddah.

Kalau menaiki bas, ia mengambil masa kira-kira empat ke lima jam perjalanan

Nak dijadikan cerita pula 1 Disember itu adalah hari Jumaat dan semua orang perlu menempah di aplikasi Nusuk untuk memasuki ke Raudhah.

Untuk pengetahuan, tempahan untuk memasuki ke Raudhah itu hanya dibuka pada setiap hari Jumaat sahaja.

Dokumen Visa
Gambar sekadar hiasan.

Mereka tidak menggunakan visa umrah, sebaliknya membuat permohonan atas talian bagi visa pelancong yang mengambil masa lima minit sahaja untuk mendapatkan kelulusan.

Untuk memohon visa pelancong, anda hanya memerlukan tiket penerbangan, tempat penginapan, softcopy pasport dan gambar berukuran pasport.

Insurans Perjalanan
Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Freepik)

Dalam e-visa juga sebenarnya sudah mempunyai insurans tetapi mereka juga mengambil insurans perjalanan tambahan dari Etiqa sebagai persediaan sekiranya berlaku sesuatu tidak diingini.

Kain Ihram
Sumber: Facebook Noor Ameera Rahmat

Kain ihram untuk pakaian lelaki dibeli di sebuah kedai kelengkapan haji. Pada masa yang sama, mereka turut membeli buku panduan umrah dan ia sangat membantu dalam perjalanan umrah tersebut.


Kos Umrah DIY Tidak Melebihi RM6,000

Urusan untuk persediaan menunaikan umrah ini hanya mengambil masa satu hari sahaja sebelum mereka menaiki penerbangan ke Mekah pada 3 Disember 2023.

Perjalanan mereka menunaikan umrah mengambil masa selama enam hari di kota Mekah dan Madinah sebelum pulang semula ke Malaysia pada 9 Disember 2023.

Wanita ini juga menjelaskan mereka hanya memerlukan kos sebanyak RM5,000 hingga RM6,000 untuk seorang bagi menunaikan ibadah umrah secara DIY.

Difahamkan jumlah berkenaan sudah termasuk wang untuk makan dan duit belanja membeli beberapa barangan.

“Di Mekah dan Madinah juga tiada masalah-masalah yang berlaku. Segalanya berjalan dengan lancar. Saya berdoa semoga Allah SWT menjemput kami kembali ke rumahNya dan semoga anda juga akan menjadi tetamuNya. Insya-Allah,” kata Nooor Ameera sebelum mengakhiri perkongsiannya di laman Facebook.


Kebaikan Melakukan Ibadah Umrah

Ibadah umrah berbeza dengan haji.

Ibadah umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa manakala haji pula hanya dilakukan pada musim haji sahaja iaitu ketika bulan Zulhijjah.

Ramai yang berlumba-lumba untuk mengerjakan ibadah umrah ini kerana mempunyai kelebihan yang dijanjikan oleh Allah SWT. Antaranya:

  • Menjadi tetamu Allah SWT di tanah suci.
  • Setiap amal ibadah akan mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.
  • Tidak dihisab jika meninggal dunia semasa menunaikan umrah.
  • Pahala melakukan umrah di bulan Ramadan menyamai pahala melakukan ibadah haji.
  • Menghapuskan dosa dan kefakiran.

Semoga setiap umat Islam dimurahkan rezeki untuk berkesempatan dijemput menjadi tetamuNya ke tanah suci bagi mengerjakan ibadah mulia ini.

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Kongsi Tips Sebelum Tunai Ibadah Umrah. Penting Untuk Dipraktik!

Baca Artikel Berkaitan: “Nabi Muhammad SAW Kirim Salam..” & Pengalaman Lain Jemaah Ketika Di Tanah Suci Mekah

Baca Artikel Berkaitan: Umrah: Beribadah Atau Melancong?


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd