Now Reading
Lelaki Yaman Ditahan Gara-gara Didakwa Tunai Umrah Untuk Ratu Elizabeth II

Lelaki Yaman Ditahan Gara-gara Didakwa Tunai Umrah Untuk Ratu Elizabeth II

Lelaki Yaman itu juga membawa kain rentang ditujukan untuk mendiang Ratu Elizabeth II ketika didakwa menunaikan umrah dalam kawasan Masjidil Haram di kota suci Mekah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pada 9 September lalu, Ratu Elizabeth II dilaporkan telah mangkat pada usia 96 tahun di Istana Balmoral, Scotland selepas menjadi raja paling lama menduduki takhta di United Kingdom (UK).

BACA JUGA: Apa Akan Terjadi Selepas Queen Elizabeth II Mangkat? Ini Penjelasannya

Baru-baru ini, seorang lelaki telah ditahan oleh pihak berkuasa Arab Saudi selepas dia didakwa mengerjakan ibadah umrah bagi pihak mendiang Ratu Elizabeth II.

Lelaki warganegara Yaman itu ditahan selepas memuat naik rakaman video yang menjadi tular di media sosial dan juga dikongsikan oleh media tempatan di laman Twitter (@MiddleEastEye).

Menerusi video berkenaan, lelaki tersebut telah melanggar peraturan umrah kerana bertindak membawa kain rentang yang ditujukan untuk mendiang Ratu Elizabeth II ke dalam kawasan Masjidil Haram di kota suci Mekah.

Kain rentang berkenaan dipercayai tertulis ‘Umrah untuk roh Ratu Elizabeth II. Kami memohon Allah SWT menerimanya ke dalam syurga dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman’.

Laporan Middle East Eye memaklumkan individu berkenaan telah dirujuk kepada pihak pendakwaan untuk tindakan selanjutnya.

Sumber: Middle Eye East/Flipboard

Walaupun amalan menunaikan umrah bagi individu yang sudah meninggal dunia dibenarkan di dalam Islam, tetapi itu tidak termasuk bagi mereka yang bukan beragama Islam.

Ibadah umrah yang boleh dilakukan pada bila-bila masa itu hanya boleh dilakukan untuk mereka yang beragama Islam dan kota suci Mekah serta Madinah juga tidak boleh dimasuki sesuka hati oleh mereka yang bukan beragama Islam.


Kenapa orang bukan Islam tak boleh jejak kaki ke kota Mekah?

Ada sebab kenapa orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki kota suci Mekah. Berdasarkan ayat al-Quran dalam Surah At-Taubah ayat ke-28:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ فَلَا يَقْرَبُوا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ بَعْدَ عَامِهِمْ هَٰذَا ۚ وَإِنْ خِفْتُمْ عَيْلَةً فَسَوْفَ يُغْنِيكُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ إِنْ شَاءَ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

Maksudnya; Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis, maka janganlah mereka mendekati Masjidilharam sesudah tahun ini. Dan jika kamu khawatir menjadi miskin, maka Allah nanti akan memberimu kekayaan kepadamu dari kurnia-Nya, jika Dia menghendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Menurut Imam Syafie, orang bukan Islam hanya tidak dibenarkan memasuki Masjidil Haram sahaja, manakala masjid-masjid lain masih boleh dimasuki. Pandangan ini juga sama dengan pendapat Ibn Hazm serta Imam Nawawi.

Menurut sumber, sesetengah ulama pula berpendapat ayat tersebut tidak hanya merujuk kepada kawasan Masjidil Haram semata-mata tetapi keseluruhan tanah haram yang dianggap sebagai sebahagian daripada Masjidil Haram.

Mengikut peruntukan undang-undang pula, kerajaan Arab Saudi telah menetapkan bahawa golongan bukan Islam dilarang untuk memasuki kota Mekah dan juga Madinah.

Sebelum tiba di sempadan tanah haram menuju ke Kota Mekah, akan ada papan tanda yang mengarahkan orang bukan Islam untuk melalui susur jalan lain yang tidak melalui kawasan tanah haram.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd