Now Reading
Pasangan Melayu Bantu Kaum Cina Masak Menu ‘Vegetarian’ Untuk Sambutan Thaipusam. Ramai Netizen Bangga!

Pasangan Melayu Bantu Kaum Cina Masak Menu ‘Vegetarian’ Untuk Sambutan Thaipusam. Ramai Netizen Bangga!

Pelbagai jenis kaum berbeza termasuklah Melayu, Cina dan India sama-sama dilihat saling membantu dalam menyediakan menu ‘vegetarian’ untuk dihidangkan buat penganut yang menyambut Thaipusam.

Bangsa Cina Masak Menu 'Vegetarian' Untuk Penganut Hindu, Suami Isteri Kaum Melayu Pun Tolong

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Dilahirkan sebagai rakyat Malaysia dikira sangat bertuah kerana kita dapat mempelajari pelbagai jenis budaya kehidupan dan kaum yang berbeza seperti Melayu, Cina, India, Iban dan sebagainya.

Perbezaan kaum ini membuatkan kita saling mengenali di antara satu sama lain.

Antara perkara yang perlu diambil perhatian di sebalik perbezaan kaum adalah dari segi pemakanan kerana kaum India tidak memakan daging kerana dilarang di dalam agama Hindu.

Sama juga seperti penganut agama Islam yang tidak boleh memakan daging khinzir.

BACA JUGA: [Video] Jiran Cina Belanja KFC Buat Jiran Melayu Sebab Tak Dapat Jemput Sambutan ‘Birthday’


Bangsa Melayu Bantu Kaum Cina Sediakan Makanan Untuk Individu Sambut Thaipusam

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok (@FaridMaulud) telah memuat naik video menunjukkan suasana ketika sambutan Thaipusam pada hari Ahad lalu (5 Februari).

Dalam video itu, lelaki bernama Farid Maulud yang beragama Islam telah mengajak isterinya untuk berkunjung ke rumah rakannya berbangsa Cina.

Tujuan mereka ke sana adalah untuk membantu membuat persiapan memasak menu ‘vegetarian’ dan mengagihkan hidangan itu kepada penganut yang menyambut perayaan Thaipusam.

Kalau anda tengok, ada pelbagai jenis kaum yang turut bersama-sama membantu pada ketika itu termasuklah kaum Melayu, Cina dan India.

Selain diedarkan kepada penganut yang menyambut perayaan Thaipusam, hidangan yang dibungkus di dalam bekas polisterin itu turut diagihkan kepada orang awam dan pelancong.

Bangsa Cina Masak Menu 'Vegetarian' Untuk Penganut Hindu, Suami Isteri Kaum Melayu Pun Tolong
Sumber: TikTok @FaridMaulud

Meskipun dia dan isteri beragama Islam, dia tidak melihat perbezaan itu sebagai halangan untuk mengukuhkan tali persaudaraan.

Kalau diikutkan, seronok saya tengok anak kecil pun sama-sama berkongsi rezeki dengan orang lain. Di sini, ramai yang tolong. Ada kaum Cina, India, Melayu dan sama-sama kita bungkus lauk untuk diagihkan.

Farid Maulud.

Di akhir video, Farid menasihati rakyat Malaysia untuk tidak bersifat diskriminasi antara satu sama lain oleh kerana perbezaan warna kulit.

Oleh itu, janganlah kita kira warna kulit kerana kita harus menguatkan persaudaraan kita. Kita kan rakyat Malaysia.

Farid Maulud.

Video yang memberi inspirasi kepada kepelbagaian kaum di Malaysia ini telah meraih 586,100 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.


Ramai Netizen Kagum Lihat Sifat Bersatu Padu Dalam Kalangan Rakyat Malaysia Pelbagai Kaum

Ruangan komen video tersebut dipenuhi dengan pelbagai kata-kata positif dari netizen selepas melihat suasana kepelbagaian kaum yang ditunjukkan oleh pengguna TikTok itu.

Kebanyakan netizen meluahkan rasa kagum dan berbangga dengan sikap bersatu padu rakyat Malaysia meskipun berbeza bangsa dan agama.

Pada masa yang sama, mereka juga memuji tindakan lelaki itu yang cuba untuk menyatu padukan kepelbagaian kaum di Malaysia dengan memberikan nasihat untuk saling bertoleransi.


Cara Terbaik Untuk Menguatkan Lagi Ikatan Perpaduan Kaum Di Malaysia

Bangsa Cina Masak Menu 'Vegetarian' Untuk Penganut Hindu, Suami Isteri Kaum Melayu Pun Tolong
Sumber: New Mandala

Sebagai rakyat Malaysia yang hidup dalam persekitaran yang berbilang kaum, penting untuk kita sama-sama mengeratkan perpaduan antara satu sama lain.

Antara perkara-perkara yang boleh rakyat Malaysia amalkan adalah:

  • Kerap berkunjung ke rumah jiran berlainan bangsa sempena menyambut perayaan.
  • Menganjurkan aktiviti kemasyarakatan dalam penduduk perumahan seperti aktiviti gotong-royong.
  • Menggunakan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu.
  • Meraikan sambutan setiap kaum di Malaysia.
  • Menggalakkan anak-anak untuk berkawan dengan individu dari kaum berbeza.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd