Now Reading
“Basuh Tak?” – Pelanggan Kedai Makan Jijik Jumpa Bulu Pada Kepak Ayam

“Basuh Tak?” – Pelanggan Kedai Makan Jijik Jumpa Bulu Pada Kepak Ayam

Seorang pelanggan kecewa apabila daging ayam dalam hidangan nasi ayam dipesan mempunyai beberapa helai bulu yang tidak ditanggalkan oleh peniaga kedai makan sekitar Kuala Terengganu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Secara umumnya, kalau nak makan dekat mana-mana, salah satu aspek yang diutamakan oleh orang ramai pastinya tahap kebersihan premis berkenaan.

Mana tidaknya, sekarang ni banyak juga kes masyarakat setempat yang terkena keracunan makanan selepas makan di restoran kotor.

Bukan itu sahaja, bila lihat makanan yang tidak dibersihkan dengan betul, automatik hilang selera nak makan.


Pelanggan Hilang Selera Lepas Jumpa Beberapa Urat Bulu Pada Ayam Di Kedai Makan

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di grup Facebook Kumpulan Terengganu Residen oleh seorang pengguna, Muhammad Fadhil yang membuat aduan terhadap kekotoran makanan diterima olehnya.

Dakwa lelaki ini, dia yang mahu menikmati hidangan nasi ayam di sebuah kedai makan terkejut apabila melihat lauk ayam yang dipesan mempunyai bulu tidak dibersihkan sebelum proses memasak.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah restoran nasi ayam sekitar Kuala Terengganu.

“Basuh tak ayam ni?” ujar Fadhil dengan nada kecewa.

Menerusi gambar dikongsi, memang jelas kelihatan beberapa urat bulu yang masih belum dicabut pada ayam bahagian kepak itu.

Sumber: Facebook Muhammad Fadhil

Pelanggan Hilang Selera Tengok Ayam Terpaksa Beri Kucing Makan

Fadhil yang hilang selera melihat hidangan itu kemudian memberikan ayam tersebut kepada seekor kucing berada di kawasan berkenaan.

“Rezeki kucing la ni,” ujarnya.

Lelaki itu dalam masa sama telah menasihati para pengusaha kedai makan di luar sana untuk sentiasa menjaga kebersihan dan kualiti makanan yang hendak dijual kepada orang awam.

“Nak jual buat macam kita nak makan. Jangan buat begini, tak berkat rezeki,” tambah Fadhil.


Laporkan Aduan Kepada KKM Sekiranya Kualiti Makanan Tidak Elok

Untuk makluman semua, anda boleh salurkan aduan kepada pihak berkuasa iaitu Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) sekiranya makanan yang dibeli di mana-mana premis tidak berkualiti, tamat tarikh luput, tercemar serta rosak.

  • Membuat aduan di Pejabat BKKM atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan.
  • Hubungi talian BKKM atau 1 Malaysia One Call Centre (1MOCC): 03-8885 0797 atau 03-8000 8000.
  • Facebook BKKMHQ.
  • Aduan menerusi surat kepada Pejabat BKKM, Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan.

Baca Artikel Berkaitan: “Nampak Macam Kulit Ayam” – Pelanggan Jijik Jumpa Plaster Luka Dalam Kuey Teow Goreng

Baca Artikel Berkaitan: Gara-gara Ada Najis Tikus Sebelah Makanan, Restoran Terkenal Di Pulau Pinang Diarah Tutup Selama 14 Hari

Baca Artikel Berkaitan: Pelanggan Didakwa Jumpa Kuku Manusia Dalam Bungkusan Coklat Bikin Ramai Geli. Jijik!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd