“Nampak Macam Kulit Ayam” – Pelanggan Jijik Jumpa Plaster Luka Dalam Kuey Teow Goreng
Apabila sudah habis makan, baru pelanggan ini perasan kewujudan pembalut luka terpakai itu di dalam hidangan kuey teow goreng yang dipesannya.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Apabila berkaitan bab makanan, tak kisahlah di mana-mana kita berada pun aspek kebersihan akan menjadi keutamaan lebih-lebih lagi sekiranya terdapat bendasing yang boleh membahayakan kesihatan atau keselamatan orang ramai.
Sebelum ini, seorang pelanggan di sebuah restoran didakwa terjumpa seekor lintah hidup di dalam kuah makanannya selepas selesai menghabiskan juadah yang dipesan.
Kalau anda tengok video tersebut, memang boleh nampak lintah itu masih bergerak dan seolah-olah berenang dalam kuah itu.
BACA JUGA: [Video] Pelanggan Jumpa Lintah Hidup ‘Berenang’ Dalam Kuah Sup. Loya Tekak!
Ingatkan Kulit Ayam, Rupanya Pembalut Luka Terpakai
Baru-baru ini, seorang lagi pelanggan berdepan situasi sama selepas didakwa terjumpa pembalut luka dalam hidangan kuey teow goreng yang dipesan menerusi aplikasi penghantar makanan.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh pelanggan tersebut di laman Twitter miliknya (@hannahhmdn) selepas terjumpa bendasing yang agak menjijikkan dalam hidangan pesanannya.
Lebih menggelikan lagi apabila rakannya mendapati pembalut luka tersebut sudah digunakan ketika mereka ingin merasai makanan tersebut.
Dah nak habis baru perasan ada pembalut luka terpakai rupanya. Alamak, memang kembang tekak!
there was a used plaster in my kuey teow I WANNA CRY😭😭😭😭😭😭😭😭 geli sial omg DAHLA ITS USED @GrabMY pic.twitter.com/FgY8YjwFrH
— 🐉 (@hannahhmdn) October 8, 2022
Grab Malaysia Beri Respon
Rungutan dari wanita tersebut telah tular di media sosial dan mendapat perhatian oleh pihak Grab Malaysia sendiri.
Grab Malaysia memberi maklum balas menerusi ruangan komen hantaran berkenaan dengan membuat permohonan maaf dan meminta wanita itu memberikan nombor telefon serta nombor tempahan untuk disemak semula.
Oh my! 😫 I am sorry that the merchant has not checked on this properly during the food preparation! Please DM us the mobile number and booking number and we will have this checked. Thanks! -Zela
— Grab Malaysia (@GrabMY) October 8, 2022
Orang Lain Pun Pernah Hadapi Situasi Sama
Pada masa sama, ramai juga yang turut berkongsi pengalaman sama ketika membuat pesanan makanan. Katanya macam-macam yang mereka jumpa dalam makanan seperti kuku, puntung rokok dan juga lipan.
Diharapkan para peniaga di luar sana lebih mengambil perhatian terhadap tahap kebersihan premis ketika menyediakan pesanan makanan kepada para pelanggan.
— 🦋🎀 Mikaela みかえら 🎀🦋 (@fatwaaisyah_) October 9, 2022
My friend pulak makan kat kedai bubur paling famous. And guess ade ape dalam kangkung dia? Tadaaa pic.twitter.com/0zLorIc75W
— . (@yiyin__) October 10, 2022
Orang ramai juga dinasihati untuk sentiasa berwaspada dengan kandungan makanan anda. Kalau terjumpa mana-mana kes pencemaran makanan, laporkan kepada pihak berkuasa supaya tindakan segera dapat diambil.
BACA JUGA: Terjumpa Mata Kail Dalam Lauk Kari Ikan, Restoran Bagi ‘Refund’ 60 Sen Je!
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.