Now Reading
Gara-gara Ada Najis Tikus Sebelah Makanan, Restoran Terkenal Di Pulau Pinang Diarah Tutup Selama 14 Hari

Gara-gara Ada Najis Tikus Sebelah Makanan, Restoran Terkenal Di Pulau Pinang Diarah Tutup Selama 14 Hari

Najis tikus ditemui berhampiran dengan cucur yang baru siap digoreng oleh pekerja restoran terkenal di Pulau Pinang.

Restoran Mi Goreng Terkenal Di Pulau Pinang Diarah Tutup Selama 14 Hari

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sebelum nak pilih tempat makan, salah satu faktor penting yang perlu diambil berat adalah dari segi aspek kebersihan kawasan perniagaan. Sedap macam mana pun makanan tapi kalau kedai tak bersih, automatik ‘out’ terus!

Baru-baru ini, sebuah restoran nasi kandar yang terkenal dengan hidangan mi goreng di Tanjung Bungah, Pulau Pinang telah diarahkan tutup selepas didapati gagal menjaga kebersihan premis.

Memetik laporan Malaysia Gazette, arahan itu telah dikeluarkan oleh Jabatan Pelesenan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) selepas sepasukan penguatkuasa menjalankan pemeriksaan.

Sumber: Malaysia Gazette

Pegawai Kesihatan Persekitaran Jabatan Pelesenan MBPP iaitu M Bawani memaklumkan hasil pemeriksaan mendapati lantai dapur memasak premis berkenaan dalam keadaan sangat kotor serta perkakasan yang sudah lama juga tidak dibuang dengan baik.

Sumber: Buletin TV3

Lebih meloyakan keadaan, najis tikus ditemui berhampiran dengan cucur yang baru siap digoreng oleh pekerja restoran berkenaan sebagai hidangan tambahan dalam menu mi goreng.

Bukan itu sahaja, perangkap minyak serta sisa makanan juga tidak diselenggara dengan baik sehingga air melimpah di lantai dapur.

Sumber: Sinar Harian

Restoran itu sudah tiga kali diarahkan tutup

Bawani turut memberitahu bahawa restoran terbabit sudah tiga kali diarahkan tutup atas faktor tahap kebersihan yang tidak mengikut piawaian.

Pihak kami telah memberi nasihat dan mengeluarkan amaran serta kompaun selepas pemeriksaan berkala dilakukan oleh pihak MBPP sejak awal tahun lalu. Namun, pemilik restoran tidak mengambil sebarang tindakan untuk menambah baik kebersihan premis miliknya.

Pegawai Kesihatan Persekitaran Jabatan Pelesenan MBPP iaitu M Bawani.

Berikutan itu, MBPP telah melakukan penutupan premis terhadap restoran nasi kandar yang telah beroperasi hampir 40 tahun itu.

Restoran berkenaan merupakan salah satu daripada empat premis makanan yang diarahkan tutup selama 14 hari mengikut Undang-Undang Kecil Establishment Makanan 1991.

Penutupan premis popular itu terima pelbagai reaksi masyarakat

Penutupan restoran nasi kandar terkenal itu mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Ada yang mempertikaikan tindakan pihak berkuasa yang mengambil masa selepas 40 tahun dan rata-ratanya bersetuju dengan tindakan dilakukan oleh MBPP untuk menutup premis itu.

Malah ada yang memberi cadangan supaya pihak berkuasa menarik lesen perniagaan mereka untuk memberi pengajaran selepas berkali-kali mengendahkan notis amaran yang diberikan.

Makanan sedap tapi kalau kebersihan tidak dijaga, tak boleh juga ya. Pelanggan pun nak makan dengan selesa tanpa ada bau atau keadaan yang meloyakan tekak mereka.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd