Now Reading
Pelanggan Didakwa Jumpa Kuku Manusia Dalam Bungkusan Coklat Bikin Ramai Geli. Jijik!

Pelanggan Didakwa Jumpa Kuku Manusia Dalam Bungkusan Coklat Bikin Ramai Geli. Jijik!

Kebetulan pula warna jari manusia yang dijumpai di dalam bungkusan coklat itu mempunyai warna hampir sama dengan makanan tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Aspek kebersihan dalam penghasilan makanan adalah perkara yang paling penting kerana ia melibatkan kesihatan mereka yang akan menikmati hidangan tersebut.

Kalau anda terjumpa bendasing dalam makanan, mesti ramai yang akan loya dan kembang tekak melihatnya. Terus tak ada selera nak makan ya. 

Terdahulu, pernah wujud kes di mana beberapa orang pelanggan terjumpa bendasing di dalam makanan mereka seperti skru, dawai kokot, gumpalan rambut dan mata kail.

Artikel Berkaitan:Bukan 1 Tapi 10”- Pelanggan Terkejut Jumpa Dawai Kokot Dalam Nasi Kerabu

Artikel Berkaitan: Ngilu! Pelanggan Dakwa Tergigit Benda Keras, Rupanya Ada Skru Dalam Nugget


Pelanggan Didakwa Terjumpa Sebahagian Jari Manusia Dalam Bungkusan Coklat

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok (@just_a_peek), seorang pelanggan memuat naik beberapa keping gambar yang menjijikkan di dalam bungkusan coklat.

Mana tidaknya, dia dikatakan terjumpa sebahagian jari manusia berserta kuku di dalam bungkusan coklat yang dibelinya. 

Kebetulan pula warna jari tersebut hampir sama dengan warna coklat tersebut, terus kembang tekak melihatnya.

Di dalam kapsyen video berkenaan, pengguna TikTok tersebut menasihati orang ramai untuk sentiasa memeriksa makanan terlebih dahulu sebelum memakannya bagi mengelakkan perkara seperti ini berlaku.

Video tersebut telah mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih 15.3 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

Sumber: TikTok Just A Peek

Ramai Netizen Loya Tengok Jari Manusia Yang Terpotong Ada Dalam Bungkusan Coklat

Menjengah ke ruangan komen video tersebut, ramai netizen yang meluahkan rasa jijik dan loya selepas melihat jari manusia yang terpotong dijumpai di dalam bungkusan coklat.

Rata-rata netizen turut terkejut dan tidak menyangka bendasing itu adalah potongan jari manusia. Sebelum itu, ada yang beranggapan ia adalah kerang, kismis dan asam jawa.

Kalau anda tengok sekali imbas mungkin tidak perasan, tetapi kalau dilihat dengan teliiti, memang nampak seakan-akan jari manusia.

Sesetengah netizen juga geli apabila melihat pelanggan tersebut sanggup memegang jari tersebut di atas tapak tangan tanpa menggunakan sebarang pelapik.


Laporkan Kepada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Jika Peniaga Tak Patuhi Etika

Orang ramai dinasihatkan untuk segera membuat aduan kepada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) jika ada peniaga yang menjual juadah tanpa mematuhi etika penyediaan serta penjualan makanan dengan selamat.

Aduan boleh dilakukan melalui laman web Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA) Kementerian Kesihatan atau berjumpa terus pegawai bertugas di mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah terdekat.

Sumber: TikTok Just A Peek 


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd