Now Reading
Ngilu! Pelanggan Dakwa Tergigit Benda Keras, Rupanya Ada Skru Dalam Nugget

Ngilu! Pelanggan Dakwa Tergigit Benda Keras, Rupanya Ada Skru Dalam Nugget

Pelanggan itu tidak menyangka bendasing keras seperti besi dan mengilukan giginya itu adalah sebiji skru tajam yang berada di dalam hidangan nugget dari sebuah kedai makan.

skru dalam nugget

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Aspek kebersihan semakin menjadi keutamaan ramai pelanggan sebelum mereka memilih untuk makan di sesuatu lokasi selepas berlakunya beberapa insiden di mana orang ramai terjumpa sesuatu yang meloyakan tekak dalam hidangan.

Sebelum ini pernah ada kes di mana seorang pelanggan terjumpa mata kail dalam lauk kari kepala ikan.

Siapa tak terkejut nampak objek tajam dalam hidangan kita kan? Bahaya kalau tercucuk mana-mana bahagian mulut kerana boleh menyebabkan kecederaan serius.

BACA JUGA: Terjumpa Mata Kail Dalam Lauk Kari Ikan, Restoran Bagi ‘Refund’ 60 Sen Je!

Pelanggan Jumpa Skru Dalam Hidangan Nugget Yang Dipesan

Kejadian hampir sama sekali lagi berlaku apabila seorang pengguna Facebook memuat naik gambar di grup Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official menunjukkan sebiji skru yang didakwa dijumpai di dalam hidangan nugget yang dipesan di sebuah kedai makan.

Sebaik sahaja pesanan makanannya diberikan oleh pelayan kedai tersebut, wanita itu terus mencicah nugget tersebut ke dalam sos cili.

Namun selepas mengunyah beberapa biji nugget, dia mendakwa seolah-olah tergigit bendasing yang keras seperti besi sehingga ngilu giginya.

Siapa sangka, bendasing yang digigit bersama nugget itu adalah sebiji skru yang tajam.

Oleh kerana terkejut melihat skru berkenaan, pelanggan tersebut membuat laporan kepada peniaga dan mendapati kecuaian itu bukanlah berpunca daripada pemilik kedai kerana dia hanya menggoreng terus daripada pek bungksan nugget.

Susulan itu, pelanggan tersebut meminta peniaga di kedai terbabit untuk memberikan bungkusan asal nugget yang dibeli oleh mereka.

Orang Ramai Minta Pelanggan Buat Aduan Kepada Pihak Atasan

Perkongsian tersebut membuatkan netizen yang lain turut terkejut melihat kewujudan objek tajam itu di dalam makanan yang dijamah.

Mereka juga mencadangkan agar pelanggan itu membuat laporan kepada pihak berkuasa berhubung kejadian tersebut kerana bimbang jika skru itu ditelan dan menyebabkan kecederaan kepada organ dalaman tubuh badan.

Perkara ini turut menjadi kebimbangan orang ramai kerana risau sekiranya nugget berkenaan dimakan oleh kanak-kanak atau pelanggan lain yang telah membeli bungkusan nugget dari pengeluar yang sama.

Dalam pada itu, netizen juga tidak menyalahkan peniaga kedai makan terbabit kerana mereka hanya menggoreng daripada pek bungkusan nugget sahaja.


Laporkan Kepada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Jika Peniaga Tak Patuhi Etika

Orang ramai dinasihatkan untuk segera membuat aduan kepada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) jika ada peniaga yang menjual juadah tanpa mematuhi etika penyediaan serta penjualan makanan dengan selamat.

Aduan boleh dilakukan melalui laman web Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA) Kementerian Kesihatan atau berjumpa terus pegawai bertugas di mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah terdekat.

BACA JUGA: [Video] Pelanggan Jumpa Lintah Hidup ‘Berenang’ Dalam Kuah Sup. Loya Tekak!

BACA JUGA: JKN Perak Siasat Kes Gumpalan Rambut Dalam Kuih Limas Dibeli Di Bazar Ramadan


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd