[Ekslusif] CeddyOrNot Pernah Berhasrat Jadi Pensyarah? Ini Fakta Tentang Ceddy Yang Ramai Tak Tahu
CeddyOrNot merupakan seorang Content Creator yang lebih dikenali sebagai CEO of Makan-makan di aplikasi TikTok.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Bila sebut sahaja nama CeddyOrNot, pasti rata-rata mengenali dirinya sebagai seorang Pencipta Kandungan (Content Creator) yang begitu popular ketika ini. Terutamanya menerusi Twitter, TikTok dan Instagram. Konten yang diperkenalkan CeddyOrNot atau nama betulnya Ceddy Ang sememangnya lucu dan jujur.
Mana tidaknya, memegang status sebagai food blogger dan juga TikToker ini bukanlah sesuatu yang simple dan mudah, anda juga harus ‘menyajikan’ konten-konten yang ingin ditonton oleh pengikut.
Walau bagaimanapun, Ceddy juga dilihat turut menyelami pelbagai aspek penciptaan kandungan, contohnya seperti kemunculan di televisyen, melancarkan mini acting gig, menganjurkan podcast, dan sebagainya.
Pendek kata, Ceddy akan terus menonjolkan dirinya untuk mencetuskan kegembiraan dalam apa jua cara yang boleh dilakukan olehnya.
Pasti ramai yang ingin mengetahui bagaimana Ceddy memulakan kariernya sebagai seorang Content Creator di dunia media sosial yang penuh dengan saingan ini, kan?
Baru-baru ini, team TRP diberikan peluang untuk menemubual Ceddy dan bertanyakan segala apa yang mungkin boleh dikongsikan bersama peminat-peminat Ceddy menerusi artikel ini.
Jadi, di bawah ini kami akan kongsikan serba sedikit fakta menarik tentang Ceddy menerusi segmen ‘Zero To Hero’ bersama TRP.
Kenali Ceddy Ang Menerusi Interview Ekslusif Bersama TRP
Ceddy Ang, 32, berasal dari Pulau Pinang, ‘The Land Of The Greatest Food’.
Ketika ditanyakan soalan tentang latar belakang dirinya, Ceddy mengulas selepas menghabiskan sesi persekolahan, dia mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Undang-undang.
Setelah itu, dia mula bekerja sebagai seorang Marketer bermula sebagai Sales Person, Eksekutif Pemasaran (Marketing Executive), Pengurus Pemasaran (Marketing Manager) dan seterusnya menyambung pelajaran di peringkat Sarjana dalam bidang Pemasaran (Masters In Marketing).
I sebenarnya bercita-cita nak jadi Pensyarah. Itu kalau perjalanan I sebagai Content Creator tak jadilah.
Ceddy Ang, menerusi interview ekslusif bersama TRP.
Untuk pengetahuan umum, sebelum ini Ceddy juga pernah bergiat dalam dunia gaming iaitu salah seorang ‘Live Streamer’ di platform Twitch.
Saya mula menjadi live streamer kerana saya seorang gamer yang tegar. Selepas beberapa ketika saya memutuskan untuk mencuba vlogging, namun idea itu gagal di platform YouTube. Selepas itu seorang rakan mencadangkan TikTok, saya ketawa dengan idea itu kerana saya tidak pernah menyukai platform tersebut sebelum ini.
Ceddy Ang, menerusi interview ekslusif bersama TRP.
Akan tetapi, Ceddy tetap mencuba untuk mencabar diri sendiri seterusnya memuat naik beberapa konten di platform TikTok. Dan siapa sangka usaha itu membuahkan hasil dan telah menjadi salah satu kemenangan terbesar buat dirinya sehingga hari ini.
Untuk rekod, Ceddy telah pun bergiat aktif dalam dunia Content Creator selama enam tahun sehingga hari ini.
Sejak saya kecil, saya memang sudah berangan untuk menjadi seorang performer, contohnya penyanyi. Tapi level keyakinan saya taklah begitu tinggi sangat sebab dulu saya pernah dibuli di sekolah sebab saya seorang lelaki lembut dan suara I pun tak berapa ‘manly’ sangat. Sebab itulah saya tak berapa yakin untuk menonjolkan diri di luar sana.
Ceddy Ang, menerusi interview ekslusif bersama TRP.
Mengulas lanjut, Ceddy bagaimanapun berbangga dengan orang-orang di sekelilingnya yang sering memberikan kata-kata semangat untuk dirinya terus maju ke hadapan dengan memberikan sokongan yang padu.
Jatuh Bangun Dalam Industri Media
Setiap perkara pasti ada halangan dan kesukaran yang bakal ditempuhi. Ceddy juga tidak terkecuali dalam menghadapi beberapa permasalahan dan halangan selama bergiat aktif dalam industri ini.
Walau bagaimanapun, Ceddy yang juga seorang yang boleh dilihat sebagai Happy-Go-Lucky mengambil perkara tersebut dari sudut pandang positif.
Sebagai contoh, dia menganggap bahawa semua halangan dan kesukaran yang perlu ditempuhi boleh dijadikan sebagai sesuatu yang baik di mana orang ramai mengenali dirinya di luar sana, dan masyarakat juga akan memberikan layanan yang lebih baik buat dirinya.
Kekurangan berada di dalam industri ini adalah saya terpaksa berdepan dengan pembenci (random haters) yang sejenis kasar ketika memberikan pendapat dan kadangkala client yang terlalu demanding serta tidak memahami.
Ceddy Ang, menerusi interview ekslusif bersama TRP.
Ketika ditanyakan tentang apa perkara yang paling sukar untuk dihadapi sebagai seorang Content Creator, Ceddy menjelaskan betapa dia sangat tidak gemar apabila segelintir netizen akan memberikan pendapat atau melontarkan pendiriannya dengan cara yang begitu kasar serta menyebarkan kebencian tanpa sebab.
I pun opinionated juga, tapi kadangkala netizen di Malaysia ini akan terus melakukan ‘personal attack’ jika tidak setuju dengan sesuatu perkara. Ha, itu saya tak suka.
Ceddy Ang, menerusi interview ekslusif bersama TRP.
Facebook Versus Twitter, Mana Satu Platform Ceddy Paling Suka?
Dalam temubual sama, kami juga melontarkan soalan tentang platfrom manakah yang paling digemari oleh Ceddy Ang sebagai Content Creator.
Ini kerana sudah pastinya setiap platform seperti Facebook, Twitter, Instagram, dan TikTok memiliki pengikut yang berbeza dari segi mentaliti, cara mengulas sesuatu perkara, pendirian, dan juga pelbagai jenis perangai yang mungkin sukar untuk difahami.
Ramai orang menganggap Twitter ini toksik dan sebagainya. Tapi sebenarnya setiap platform pun ada golongan seperti ini. I, personally, lebih memilih Twitter kerana jika sesuatu perkara itu menjadi viral, orang akan share dan banyak konten I yang viral menerusi Twitter sebenarnya. Facebook pula, I tak berapa okay sebab di sana macam tak berapa filter juga. Netizen di sana, for me – a bit extreme lah.
Ceddy Ang, menerusi interview ekslusif bersama TRP.
Jika boleh memilih, Ceddy akan memilih Twitter sebagai platform yang paling digemari olehnya saat ini meskipun platform itu sememangnya sering membuatkan dirinya ‘dibenci’ oleh segelintir netizen.
Akan tetapi, menurut Ceddy lagi, Twitter adalah medium di mana orang ramai berkongsi konten-konten yang dimuat naik olehnya sehingga viral.
“Misconceptions” Tentang Ceddy
Usually I can be very opinionated dan I can be a bit garang on social media. Tapi apa yang mereka tak tahu adalah jika mereka baik dengan saya, saya akan 10 kali ganda baik dengan mereka. Saya tak suka diprovok, dan saya akan memperbetulkan sesuatu yang betul untuk saya. Sebab kalau saya tak defend diri sendiri, then who will, kan?
Ceddy Ang, menerusi interview ekslusif bersama TRP.
Ceddy dalam masa yang sama turut menerima beberapa komen seperti segelintir individu berasa gementar untuk berjumpa dengannya oleh kerana dia merupakan seorang yang popular di media sosial serta dikenali ramai di luar sana.
Dia bagaimanapun dengan merendah diri menegaskan tiada siapa yang perlu mempunyai perasaan seperti itu kerana pada penghujungnya, setiap orang bernafas di bawah udara yang sama dan tidak perlu untuk berasa ‘intimidated’ oleh sesiapa sahaja, termasuk dirinya.
Apa Benda Yang Tak Boleh Dimakan Oleh Ceddy?
Sebagai seorang ‘Foodie’, Ceddy sememangnya memiliki beberapa jenis makanan yang tidak boleh dimakan atau tidak digemari olehnya iaitu makanan terlalu pedas, coriander (daun ketumbar), dan juga daging.
Meskipun begitu, Ceddy berkata dia masih boleh mengambil makanan pedas cuma tidak terlalu tahan untuk menghabiskannya.
FUN FACT: Ceddy loves Petai so very much.
I boleh makan pedas, cuma tak tahan.
Ceddy Ang, menerusi interview ekslusif bersama TRP.
Owlet Beauty by Ceddy Ang
Untuk pengetahuan umum, pada November 2022, Ceddy Ang telah memperkenalkan satu jenama minyak wangi yang dikeluarkan olehnya iaitu Owlet Beauty.
Owlet Beauty mengetengahkan konsep penjualan minyak wangi dengan harga mampu milik dan bauan yang pelbagai. Dengan empat (4) pilihan bauan yang menjadi kegemaran Ceddy, pelanggan boleh mencuba keempat-empat bauan yang ditawarkan iaitu:
- Twig.
- Nectar.
- Dewdrop.
- Petals.
Ketika ditanyakan mengapa bisnes minyak wangi menjadi pilihan Ceddy? Bukankah penjualan minyak wangi dalam talian sememangnya menjadi cabaran disebabkan pelanggan tidak mencuba wangian/bauan sebelum membelinya?
Penjualan minyak wangi secara atas talian ini sememangnya berisiko sebab minyak wangi adalah produk yang sangat ‘personal’ dan ‘intimate’ sebab kena bau dulu. Tapi saya bertuah sebab pengikut saya akan membeli produk yang saya jual sebab saya terkenal dengan kejujuran ketika membuat apa-apa reviu di media sosial. Jadi, disebabkan itu produk minyak wangi saya lebih mudah dibeli oleh pelanggan di luar sana.
Ceddy Ang, menerusi interview ekslusif bersama TRP.
Bagi menjayakan bisnes ini, pada mulanya Ceddy sebagai Pengasas Bersama Owlet Beauty terpanggil untuk mengeluarkan produk minyak wangi premium dengan harga berpatutan dan mampu milik.
Bak kata Ceddy, bau T20, harga B40.
Walaupun saya mengeluarkan konten-konten tentang makanan, tetapi saya tidak memasak dalam video-video tersebut. Apart from food, I memang suka menjaga kebersihan diri dan I menghabiskan banyak duit untuk produk penjagaan kulit wajah.
Ceddy Ang, menerusi interview ekslusif bersama TRP.
People have been comparing our perfumes with other big brands, some even said we should sell it at a premium price.
— Ceddy (@CeddyOrNot) December 26, 2022
But here at @OwletBeauty we believe that you can absolutely enjoy premium and luxurious perfume without breaking the bank.
Give us a try, you will love it! 🦉💕 pic.twitter.com/FFVXAX5MAt
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perjalanan Ceddy Ang sebagai Content Creator terkemuka di abad ini, ikuti media sosial Ceddy di:
- Instagram – https://www.instagram.com/ceddyornot/
- Tiktok – https://www.tiktok.com/@CeddyOrNot
- Twitter – https://twitter.com/CeddyOrNot
- Twitch – https://www.twitch.tv/Ceddy
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.