Now Reading
Kenapa Kubur Kaum Cina Banyak Dibina Di Kawasan Bukit? Ini Sebabnya

Kenapa Kubur Kaum Cina Banyak Dibina Di Kawasan Bukit? Ini Sebabnya

Tanah perkuburan bangsa Cina dibina di atas bukit kerana mereka percaya dengan teori feng shui.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Anda perasan tak, sesetengah kubur kaum Cina dibina di atas kawasan berbukit? Sebagai contoh di tepi Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke Sungai Besi iaitu Perkuburan Kwong Tong Kuala Lumpur.

Kadangkala terfikir juga mengapa kaum Cina memilih kawasan berbukit sebagai lokasi tanah perkuburan mereka? Setiap perkara pasti ada sebabnya, betul tak? Bagi menjawab persoalan anda, jom baca perkongsian kami di bawah.


Ini Sebab Mengapa Jirat Kaum Cina Dibina Di Kawasan Berbukit

Menerusi bebenang dimuat naik di laman X (Twitter @thepatriotsasia), sebenarnya tanah perkuburan bangsa Cina dibina di atas bukit kerana mereka percaya dengan teori feng shui.

Feng shui adalah amalan menyusun benda untuk membantu seseorang mencapai matlamat dan ia memainkan faktor yang sangat penting dalam pemilihan tempat tinggal, tempat persemadian dan perancangan pertanian.

Bagi masyarakat kaum Cina, sesuatu perkara jika dilakukan mengikut ciri terbaik feng shui akan membolehkan mereka mendapat keberkatan, kekayaan dan kesihatan yang baik.

Sumber: Sinar Harian/ Foursquare

Ketika zaman purba dahulu, masyarakat Cina tidak kisah untuk menanam mayat ahli keluarga di mana-mana sahaja. Tetapi kebiasaanya ditanam di ibu kota, kampung halaman atau tempat kegemaran.

Walaupun lokasinya adalah pelbagai tetapi ada satu perkara yang mereka akan ikut iaitu kubur tersebut perlu menghadap ke kawasan berair seperti sungai, bukit dan gunung serta dikelilingi tumbuhan yang cantik.

Sumber: X (Twitter)

Apabila zaman semakin moden, beberapa feng shui lain telah ditambah untuk mencari kawasan kubur yang terbaik. Antaranya:

  • Perlu mempunyai cahaya matahari yang banyak untuk mendapat lebih banyak zuriat.
  • Tidak berada di kawasan curam atau tepi gunung bagi mengelakkan cucu cicit hidup susah.
  • Saiz kubur adalah 1.2 kaki persegi iaitu sekitar satu meter persegi dan perlu mempunyai dinding kecil seolah-olah pintu masuk.
  • Perlu menghadap ke arah selatan atau tenggara.
  • Buang segala semak samun dan rumput yang tumbuh di atas kubur serta digalakkan untuk menanam pokok sekitar kubur.

Bagi kaum Cina, segala jenis kekayaan dan tuah akan melimpahi seseorang dan ahli keluarga mereka jika mereka mengikuti peraturan feng shui untuk tanah perkuburan.


Kenapa Pengebumian Masyarakat Bangsa Cina Dilakukan Lebih Dari Sehari?

Bagi penganut agama Buddha dan Tao, mereka akan mengadakan upacara pengebumian selama tiga, lima atau tujuh hari. Kenapa dilakukan dalam tempoh ganjil? Ianya kerana nombor genap kebiasaannya dilakukan untuk sambutan perayaan.

Mengikut tradisi kaum Cina, semakin tinggi umur seseorang yang sudah meninggal dunia, maka semakin banyak hari upacara pengebumian diadakan.

Tempoh hidup seseorang yang agak panjang menjadi faktor mereka mengenali ramai orang. Oleh itu, lebih banyak masa diperlukan bagi memberi peluang kepada mereka memberi penghormatan terakhir.

Baca Artikel Berkaitan: Ini Sebab Kenapa Pengebumian Kaum Cina Ambil Masa Lebih Sehari

Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Ramai Bangsa Cina Kaya-raya? Ini 8 Sebab Yang Anda Perlu Tahu

Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Segelintir Bangsa Cina Ada 2 Jenis Nama Berbeza?


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd