Now Reading
Wanita Kongsi Tips Penjagaan Bahagian Sulit Bagi Remaja Perempuan

Wanita Kongsi Tips Penjagaan Bahagian Sulit Bagi Remaja Perempuan

Mungkin sesetengah remaja perempuan kurang diberi pendedahan tentang penjagaan fizikal di kawasan bahagian sulit.


Bila sudah tiba akil baligh, beberapa perubahan fizikal akan berlaku daripada tubuh kanak-kanak kepada remaja seperti pertumbuhan bulu di beberapa bahagian dan juga bau badan.

Mungkin ada sesetengah remaja terutamanya kaum perempuan yang kurang diberi pendedahan tentang penjagaan fizikal di kawasan bahagian sulit.

Nak bertanya malu pula, tapi kebersihan badan perlu penting untuk dijaga dengan baik.

Jangan risau, seorang pengguna Twitter @NurinLisa boleh membantu anda kerana dia telah berkongsi beberapa tips untuk penjagaan di bahagian sulit bagi kaum perempuan.

Antara tips yang dikongsikan adalah seperti berikut:

1. Elakkan mencukur bulu

Mencukur bulu menggunakan pisau pencukur boleh menyebabkan masalah iritasi kulit dan menjadikan kulit semakin gelap.

Kredit: TheAsianParent

Cara yang lain untuk membuang bulu adalah dengan waxing. Walaupun waxing agak leceh tetapi bulu akan dicabut dari akar dan pertumbuhan bulu juga agak lambat.

Selain itu, boleh juga menggunakan spray untuk membuang bulu. Sekarang ini ada macam-macam produk lokal yang anda boleh cuba. Contohnya Sang Bulu Hair Removal Spray.

Ini lagi senang, spray dan lap guna kain basah. Then, dah siap!

Kredit: sangbuluhq

2. Hilangkan selulit pada badan

Selulit adalah kesan benjolan pada permukaan kulit akibat pengumpulan lebihan lemak pada badan. Selulit biasanya wujud di kawasan punggung dan juga peha.

Untuk yang ada masalah selulit, boleh cuba beberapa produk minyak yang dijual di farmasi dan juga drugstore seperti Watsons dan Guardian.

3. Sentiasa skrub badan

Setiap hari kulit kita akan menghasilkan sel kulit mati dan menyebabkan adanya daki pada badan.

Disebabkan itu, kita kena rajin skrub badan untuk membuang daki-daki atau sel kulit mati pada badan. Selain itu, kulit pun akan jadi lembut, selembut kulit bayi. Cewah!

Tapi, jangan pula skrub hari-hari kerana boleh merosakkan kulit nanti. Cukup sekadar dua hingga tiga kali seminggu.

Ada banyak juga produk skrub lokal yang anda boleh cuba.

4. Pakai pantyliners untuk elak masalah keputihan

Bagi anda yang mengalami masalah keputihan, kena selalu pakai pantyliners.

Dan buat anda yang ada kulit sensitif di bahagian sulit, boleh cuba produk dari Libresse untuk mengurangkan iritasi kulit.

Kredit: Shopee

5. Pakai pad yang bersesuaian

Tanda akil baligh bagi perempuan adalah apabila keluarnya darah haid. Jadi, perkara pertama yang anda patut pakai adalah pad.

Sebenarnya ada banyak pilihan lain selain pad seperti tampon dan menstrul cup.

Tapi untuk permulaan, lebih baik pakai pad terlebih dahulu. Kalau takut bocor, boleh cuba pad yang berupa seperti lampin.

Ini kalau pakai, memang confirm tak perlu risau tentang masalah bocor.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd