Now Reading
Rumah Dah ‘Raya-Ready’ Ke Belum? Ini 4 Tips Untuk Bantu Persiapan Syawal Anda

Rumah Dah ‘Raya-Ready’ Ke Belum? Ini 4 Tips Untuk Bantu Persiapan Syawal Anda

Rumah pun kena bersedia untuk sambut tetamu di musim perayaan Aidilfitri ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bila tiba Hari Raya Aidilfitri, semestinya perayaan ini memberi kebahagiaan dan kemakmuran apabila kita dapat kembali berkumpul bersama-sama.

Akhirnya selepas dua tahun, sempadan Malaysia telah dibuka dan SOP untuk orang ramai juga telah dilonggarkan. Jadi, dapatlah kita beraya bersama keluarga tercinta dan rakan-rakan tanpa sekatan seperti sebelum ini.

Walaupun dalam keadaan norma baharu, sebagai tuan rumah kita perlulah mengalu-alukan kedatangan tetamu dalam suasana yang selesa.

Sumber: Sinar Harian

Raya kali ini memberi tanggungjawab kepada tuan rumah untuk meastikan orang tua dan ibu bapa mereka kekal dalam keadaan sihat dan selamat. Namun dalam menjaga kebersihan rumah dan menyediakan makanan sihat serta berkualiti, pastinya tugasan ini agak berat jika dibuat seorang diri.

Jadi untuk menjadikan hari raya tahun ini lebih sihat dan tenang, mungkin anda memerlukan ‘pertolongan’ menggunakan beberapa peralatan elektrik berteknologi tinggi bagi membantu keluarga dari segi memasak dan membersihkan rumah.

Berikut adalah beberapa cadangan yang boleh membantu anda untuk memulakan persiapan raya di rumah. Antaranya:

1. Jaga kebersihan rumah

Philips Domestic Appliances Malaysia
Sumber: Philips Domestic Appliances Malaysia.

Rumah yang selesa pastinya menjadi keutamaan untuk kita semua lebih-lebih lagi pada musim perayaan Aidilfitri ini. Kalau ada mop dan vakum 3 dalam 1 yang boleh multifungsi dan mempercepatkan proses pembersihan tanpa sebarang gangguan, memang perfecto!

2. Pengudaraan yang baik

Sumber: Philips Domestic Appliances Malaysia

Hidup dalam musim pandemik Covid-19 ini sangat penting untuk memastikan kawasan persekitaran kita mempunyai pengudaraan yang baik.

Perasan tak, di setiap rumah mesti akan ada pembersih udara kan? Ianya berfungsi sebagai pemerangkap partikel kotor di ruang terbuka bagi memberi nafas yang lebih bersih dan sihat kepada ahli keluarga serta tetamu yang akan datang untuk beraya.

3. Makanan yang sihat

Sumber: Philips Domestic Appliances Malaysia

Rakyat Malaysia dan makanan bergoreng serta manisan memang tidak dapat dipisahkan. Dengan adanya air fryer, cakap sahaja nak masak apa dari daging, sayuran, kek, roti dan pastri semuanya boleh dibuat.

Bila masak menggunakan air fryer, hidangan akan menjadi lebih sihat kerana mempunyai teknologi dan inovatif membuang lebihan lemak. Yang lagi best, ada sesetengah air fryer seperti Philips mempunyai aplikasi mereka sendiri iaitu Philips NutriU App yang menyediakan lebih 1,000 resipi dan tips masakan.

4. Penampilan yang kemas

Sumber: The Spruce

Siapa je suka bila tengok ada kedutan di langsir, cadar tilam dan pakaian kan? Percayalah dengan adanya seterika yang juga boleh berfungsi menggunakan wap air sememangnya boleh mempercepatkan urusan untuk menyeterika baju raya atau tudung bermanik.


Kalau sebelum ini anda banyak luangkan masa untuk membuat persiapan raya, percayalah dengan alatan yang sesuai boleh menjimatkan masa serta tenaga dan memberi peluang anda menikmati waktu berkualti bersama keluarga tersayang.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd