Now Reading
Identiti Mengelirukan, 2 Anjing Baka Poodle Dirampas MAQIS

Identiti Mengelirukan, 2 Anjing Baka Poodle Dirampas MAQIS

Menurut pihak Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), dua ekor anjing baka Poodle dari China itu tidak mempunyai nombor identiti yang sama seperti nombor mikrocip diikrar dalam permit import.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Mungkin ramai di antara kita yang berhasrat untuk memelihara haiwan peliharaan yang comel dari negara luar.

Untuk pengetahuan, setiap haiwan peliharaan yang diimport dari negara luar perlu mendapatkan permit import yang sah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).

Anjing atau kucing tersebut juga hendaklah dipasang dengan pengenalan mikrocip yang mematuhi standard ISO.


MAQIS Rampas 2 Ekor Anjing Baka Poodle

Baru-baru ini, MAQIS Selangor telah merampas dua ekor anjing baka Poodle yang diterbangkan dari negara China. Hal ini kerana pihak MAQIS mendapati identiti nombor mikrocip yang tertera pada anjing agak mengelirukan.

Menurut Pengarah MAQIS Selangor Mohd Sobri Md Hashim, operasi rutin telah dijalankan oleh pegawai penguatkuasa MAQIS di tapak pemeriksaan MAQIS FCZ Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Kargo sekitar jam 10 pagi, Selasa lalu (23 April).

Menerusi operasi tersebut, pihaknya mendapati mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sama dibandingkan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import MAQIS.


Mikrocip Yang Didaftar Perlu Sama Dengan Sijil Kesihatan

Jelas Mohd Sobri, ketepatan mikrocip adalah penting bagi memastikan setiap haiwan yang memasuki negara adalah sama dengan identiti berdaftar dalam Sijil Kesihatan Veterinar yang sudah diluluskan dari negara asal.

Hasil carian kami kami di portal MAQIS juga mendapati bahawa pengimport haiwan perlu mengisytiharkan semua dokumen semasa ketibaan di pintu masuk.


Pihak Terlibat Boleh Didenda Hingga RM50,000 Jika Bersalah

Mengulas lanjut mengenai anjing Poodle yang ditahan, kes kini disiasat di bawah Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) kerana mengisytiharkan maklumat yang mengelirukan.

Jika pihak terlibat disabitkan kesalahan, individu boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Sumber: Pexels

MAQIS Akan Terus Pantau Setiap Haiwan Yang Diimport

Susulan itu, Mohd Sobri menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan akan terus memberi perhatian penuh di semua pintu masuk negara bagi proses memantau dan memeriksa setiap keluaran pertanian.

Penguatkuasaan yang disebutkan adalah penting untuk memastikan setiap tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian dan mikroorganisma yang diimport ke Malaysia bebas dari segala ancaman. Termasuklah bahan perosak, penyakit dan bahan tercemar.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Pexels

Individu yang mengimport haiwan peliharaan dari luar negara juga perlu mematuhi segala syarat ditetapkan oleh pihak MAQIS.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd