Now Reading
Cubaan Seludup 15KG Tikus Salai Tumpas Di KLIA, Lelaki Warga Myanmar Ditahan

Cubaan Seludup 15KG Tikus Salai Tumpas Di KLIA, Lelaki Warga Myanmar Ditahan

15 kilogram tikus salai bernilai RM300 berjaya dikesan menggunakan mesin pengimbas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap individu yang mahu memasuki Malaysia perlu melalui pintu masuk imigresen untuk membolehkan pihak berkuasa membuat pemeriksaan sekiranya terdapat barang larangan yang dibawa.

Baru-baru ini, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) telah berjaya mematahkan cubaan seorang lelaki warga Myanmar yang mahu membawa masuk 15 kilogram tikus salai bernilai RM300.

Bahan tersebut dipercayai dikesan menggunakan mesin pengimbas dan pemeriksaan oleh pegawai Maqis.

Memetik Sinar Harian, Pengarah Maqis Selangor Mohd Sobri Md Hashim memaklumkan kesalahan terbabit dilakukan pada Isnin lalu (13 Februari) di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).


Individu Terlibat Boleh Didenda Dan Penjara

Individu yang mengimport keluaran hasil haiwan tanpa permit sah adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

Mereka yang didapati bersalah boleh dihukum mengikut Seksyen 11(3) dalam akta yang sama serta denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya sekali.

Sumber: Kosmo

Perkara ini diambil serius oleh kerana ia membabitkan keselamatan makanan dan risiko untuk menyebabkan penularan penyakit.

Maqis juga akan sentiasa mengambil langkah serius dalam isu ini bersama agensi penguatkuasaan di sempadan kerana ia membabitkan keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak yang boleh mengancam sektor pertanian negara. ita sedia maklum, tikus boleh menyebabkan penyakit berjangkit secara langsung dan tidak langsung.

Pengarah Maqis Selangor Mohd Sobri Md Hashim.

Susulan itu, Maqis akan menguatkuasakan undang-undang bagi memastikan kawalan keselamatan makanan di Malaysia sentiasa terpelihara.


Dakwaan Daging Kucing Dijual Di Petaling Street

Sebelum ini, ada juga kes serupa yang berlaku di Petaling Street di mana seorang jurugambar dari United Kingdom (UK) yang mendakwa telah menemui sebuah gerai di Petaling Street, Kuala Lumpur yang menjual daging kucing.

Sumber: TRP

Namun team TRP telah merungkai dakwaan tersebut selepas berjaya ke lokasi berkenaan pada 8 Februari lalu dan mendapati bahawa kedai yang tular itu sudah ditutup sejak tiga tahun lalu.

Masyarakat di kawasan sekitar juga berkata bahawa premis terbabit tidak menjual daging kucing seperti yang ditularkan tetapi hanya menjual daging khinzir.

Baca Artikel Berkaitan: Penduduk Tempatan Dakwa Petaling Street Tidak Pernah Jual Daging Kucing

Baca Artikel Berkaitan: Jurufoto UK Dakwa Di Petaling Street Ada Kedai Jual Daging Kucing Raih Perhatian Ramai


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd