Now Reading
MAQIS Patahkan Cubaan Import Sardin Dari China, Dipercayai Ada Cacing Parasit

MAQIS Patahkan Cubaan Import Sardin Dari China, Dipercayai Ada Cacing Parasit

Pengarah MAQIS Edie Putra Md Yusof berkata, selepas mengesan bendasing di dalam tin sardin tersebut, pihak mereka telah menghantar sampel ke makmal sebelum mengesahkan bendasing terbabit adalah cacing parasit jenis Anisakis sp.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dalam satu operasi yang dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Johor pada awal bulan ini, pihak mereka telah merampas 16.3 tan tin sardin yang didakwa mengandungi cacing parasit Anisakis sp.

Sebagai info, cacing pita jenis Anisakis sp ini sering ditemui di dalam usus haiwan yang beranak dan juga manusia.

Kesemua sardin berkenaan yang dirampas di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru, Johor itu didakwa dihasilkan di negara China dan ada cubaan untuk mengimport produk tersebut ke Malaysia menerusi Singapura.

Pengarah MAQIS Edie Putra Md Yusof berkata, selepas mengesan bendasing di dalam tin sardin tersebut, pihak mereka telah menghantar sampel ke makmal sebelum mengesahkan bendasing terbabit adalah cacing pita.


Tin Sardin Dari China Cuba Diimport Ke Malaysia Tanpa Permit

Memetik laporan Buletin TV3, cubaan untuk mengimport tin sardin berkenaan dilakukan tanpa sebarang permit daripada MAQIS.

Sebuah lori yang membawa muatan tin sardin dianggarkan seberat 16,320 kilogram bernilai RM83,879 telah melalui pintu masuk negara. Kesemua tin sardin berkenaan telah disita kerana tidak mempunyai permit MAQIS.

Pengarah MAQIS Edie Putra Md Yusof
Sumber: MAQIS

Kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] sabit kesalahan boleh menyebabkan pesalah dihukum denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum enam tahun atau kedua-duanya sekali.

Jelas beliau, kesalahan mengimport barangan yang mengandungi bahan perosak, bahan tercemar atau yang boleh membawa penyakit kepada pengguna boleh dihukum di bawah akta yang sama.


Jangkitan Neurocysticercosis Boleh Berpunca Dari Cacing Pita

Sebelum ini seorang lelaki di New York, Amerika Syarikat telah dijangkiti Neurocysticercosis kerana makanan yang diambilnya telah dicemari dengan spesies parasit iaitu cacing pita dikenali sebagai Taenia solium.

Memetik sumber The Diagnosa, telur cacing pita tersebut akan menetas di dalam usus sebelum membiak sehingga ke bahagian otak manusia.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Pexel)

Individu yang terdedah dengan jangkitan ini berisiko untuk mengalami beberapa kesan buruk seperti sakit kepala yang sangat teruk, sawan dan juga kekeliruan (blur).

Bagi mengelakkan perkara ini berlaku kepada anda, jangan lupa untuk membasuh makanan dengan bersih terlebih dahulu sebelum dimasak dan pastikan tangan juga dicuci dengan betul sebelum memegang apa-apa makanan.

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Mengadu Selalu Sakit Kepala, Rupanya Otak Penuh Telur Cacing Pita

Baca Artikel Berkaitan: Sushi…Sedap Tapi Bahaya Pada Kesihatan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd