Now Reading
Lelaki Mengadu Selalu Sakit Kepala, Rupanya Otak Penuh Telur Cacing Pita

Lelaki Mengadu Selalu Sakit Kepala, Rupanya Otak Penuh Telur Cacing Pita

Doktor mendedahkan bahawa lelaki berkenaan menghidap sejenis jangkitan dikenali sebagai Neurocysticercosis yang berpunca daripada larva cacing pita babi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pernah tak anda tiba-tiba rasa sakit kepala? Setiap kali masalah ini berlaku, kebanyakan individu akan mengambil langkah untuk makan ubat, tidur, perbanyakkan minum air dan sebagainya.

Walaupun sekadar sakit kepala, tetapi ia sebenarnya boleh membahayakan kesihatan jika kerap kali berlaku.

Ini kerana terdapat beberapa kes di mana individu dilaporkan maut selepas sering mengadu kerap sakit kepala.

Baca Artikerl Berkaitan: Dua Pelajar UiTM Meninggal Dunia Selepas Sakit Kepala Teruk

Baca Artikerl Berkaitan: Mengadu Sakit Kepala, Suami Redha Isteri Meninggal Sehari Selepas Nikah


Doktor Dedah Otak Pesakit Dipenuhi Telur Cacing Pita

Menerusi laporan Sinar Harian, seorang lelaki di New York, Amerika Syarikat dipercayai mengadu kerap mengalami sakit kepala sebelum mengambil keputusan untuk berjumpa dengan doktor kesihatan.

Apa yang mengejutkan, doktor mendapati bahagian otak miliknya dipenuhi dengan telur cacing pita.

Perkara itu diketahui oleh individu terbabit selepas melihat imej imbasan pada mesin CT Scan yang menunjukkan sejumlah telur dipercayai berpunca dari cacing pita yang ‘bersarang’ dalam otaknya.

Sumber: Live Science

Doktor berkenaan mendedahkan bahawa lelaki berkenaan menghidap sejenis jangkitan dikenali sebagai Neurocysticercosis yang berpunca daripada larva cacing pita babi.

Penyakit itu dipercayai menjangkiti pesakit kerana larva tersebut memasuki tisu seperti otak dan otot.


Tidak Cuci Tangan Dengan Bersih Boleh Jadi Punca Jangkitan

Bagi mengetahui punca sebenar jangkitan yang berlaku ini, penyelidik yang membuat kajian dalam American Journal Of Case Report cuba untuk membongkar bagaimana ia terjadi.

Tetapi para pengkaji juga agak hairan apabila lelaki tersebut berkata dia tidak mengunjungi mana-mana kawasan berisiko tinggi.

Bukan itu sahaja, pesakit juga mendedahkan dia tidak mengambil sebarang daging mentah atau makanan jalanan. Walau bagaimanapun, lelaki terbabit mengakui dia kerap memakan daging separuh masak sepanjang kehidupannya.

Cacing Pita (Sumber: Ottawa Animal Hospital East)

Dalam pada itu, pengkaji turut percaya bahawa jangkitan ini boleh berlaku kerana faktor individu yang tidak mencuci tangan dengan bersih selain kerap memakan daging separuh masak.

Bagi merawat jangkitan Neurocysticercosis yang berlaku pada lelaki berkenaan, doktor telah memberikannya ubat anti-parasit serta anti-radang dan difahamkan pesakit telah pulih seperti sedia kala.


Maklumat Tentang Jangkitan Neurocysticercosis

Jangkitan Neurocysticercosis boleh berlaku apabila seseorang mengambil makanan yang telah dicemari dengan spesies parasit iaitu cacing pita dikenali sebagai Taenia solium.

Memetik sumber The Diagnosa, telur cacing pita tersebut akan menetas di dalam usus sebelum membiak sehingga ke bahagian otak manusia.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Pexel)

Individu yang terdedah dengan jangkitan ini berisiko untuk mengalami beberapa kesan buruk seperti sakit kepala yang sangat teruk, sawan dan juga kekeliruan (blur).

Bagi mengelakkan perkara ini berlaku kepada anda, jangan lupa untuk membasuh makanan dengan bersih terlebih dahulu sebelum dimasak dan pastikan tangan juga dicuci dengan betul sebelum memegang apa-apa makanan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd