Now Reading
Anda Selalu Demam On Off? Ini Fakta Tentang ‘Sick Building Syndrome’ Yang Perlu Diberi Perhatian

Anda Selalu Demam On Off? Ini Fakta Tentang ‘Sick Building Syndrome’ Yang Perlu Diberi Perhatian

Sindrom bangunan sakit berkait rapat dengan kualiti udara di dalam sesebuah bangunan yang boleh menyebabkan penyakit seperti demam dan pening kepala.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pasti ada di antara anda yang sering berasa sakit namun tidak tahu sedang menghidapi penyakit apa?

Sebelum ini, seorang wanita dikenali sebagai Syura menerusi satu ciapan di laman X (Twitter @syuraibrhm) telah mengadu bahawa dirinya telah mengalami demam ‘on off’ selama hampir satu bulan.

Selain daripada demam, wanita itu juga mengatakan bahawa dirinya kadangkala mengalami sakit di bahagian dada dan pening kepala.


Wanita Ambil Ujian Darah 3 Kali

Walaupun sudah mengambil ujian darah sebanyak tiga kali, namun doktor mengesahkan bahawa Syura berada dalam keadaan yang baik.

Melihat kepada gejala yang disenaraikan oleh Syura, seorang netizen di ruangan balas berkata bahawa wanita berkenaan berkemungkinan menghidap Sick Building Syndrome atau dalam bahasa Melayunya Sindrom ‘Bangunan Sakit’ (SBS).


Apa Itu Sindrom Bangunan Sakit?

Sindrom bangunan sakit merupakan sesuatu penyakit yang boleh dialami oleh seseorang disebabkan pencemaran pada kawasan sekitar bangunan yang didiami.

Sindrom tersebut amat berkait rapat dengan kualiti udara di dalam sesebuah bangunan sebagai contoh di tempat pekerjaan.

Namun individu tersebut bakal pulih seperti biasa apabila keluar sahaja daripada bangunan tempat kerjanya.

Menurut kajian WHO, sebanyak 30% bangunan di serata dunia mempunyai kualiti udara tercemar sehingga boleh menyebabkan penghuni mengalami sindrom itu.


Simptom Sindrom Bangunan Sakit Yang Perlu Diambil Perhatian

Buat anda yang tidak pernah tahu tentang sindrom bangunan sakit, di sini kami kongsikan beberapa simptom yang boleh dialami oleh para pesakit. Antaranya:

  • Sakit tekak.
  • Pening kepala.
  • Sukar untuk fokus.
  • Berasa penat.
  • Menjadi pelupa.
  • Sakit badan.
  • Demam.
  • Berasa kesejukan.
  • Mual.
Sumber: Freepik/Avail Hospital

3 Punca Belakunya Sindrom Bangunan Sakit

Sindrom bangunan sakit juga boleh terjadi disebabkan beberapa faktor yang berlaku dalam sesebuah bangunan.

Antara faktor yang mendorong penyakit sindrom tersebut adalah:

#1. Sistem Pengudaraan (Ventilasi) Tidak Sempurna

Kalau anda nak tahu, bangunan yang mempunyai sistem pengudaraan tidak sistematik berisiko menyebabkan kualiti udara dalam sesuatu bangunan terjejas.

Sekadar info, tahap pencemaran udara di dalam kawasan bertutup adalah dua hingga lima kali lebih tinggi berbanding di luar bangunan.

Tambahan pula, penggunaan pendingin hawa yang jarang diselenggara juga merupakan punca seseorang menghidapi sindrom itu.

Sumber: Freepik
#2. Pencemaran Bahan Kimia

Bahan kimia yang tercemar daripada sesebuah bangunan juga berkemungkinan menjadi punca utama kepada sindrom bangunan sakit.

Sebagai contoh, karpet, perabot, mesin fotostat, racun serangga dan bahan pencuci boleh mengeluarkan bahan kimia formaldehyde iaitu sejenis gas yang boleh menyebabkan iritasi pada bahagian mata, hidung serta tekak.

Selain itu, gas yang terkandung daripada puntung rokok juga boleh menyebabkan gas beracun merebak ke seluruh bangunan hingga menyebabkan seseorang itu tidak sihat.

Sumber: Pexels
#3. Serangga & Haiwan Perosak Dalam Bangunan

Najis daripada haiwan perosak atau pun serangga dalam kawasan sesebuah bangunan boleh mendatangkan bahaya kepada individu yang menghidunya dalam jangka masa panjang.

Tidak terhenti di situ sahaja, bakteria jahat juga boleh membiak dalam pendingin hawa atau berkumpul di celah karpet dan siling.

Bakteria yang merebak itu kemudian boleh menyebabkan seseorang terdedah dengan penyakit batuk, sakit dada, sakit badan dan alahan.

Sumber: Action Pest Control

Baca Artikel Berkaitan: Doktor Nasihat Elak Letak Tuala Basah Waktu Anak Demam. Boleh Terkena Sawan!

Baca Artikel Berkaitan: Rumah Banyak Serangga? Jom Cuba Tips Ini Untuk Halau Haiwan Perosak


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd