Now Reading
Rumah Banyak Serangga? Jom Cuba Tips Ini Untuk Halau Haiwan Perosak

Rumah Banyak Serangga? Jom Cuba Tips Ini Untuk Halau Haiwan Perosak

Serangga seperti lipas, cicak, dan semut kalau tidak dihalang, makin membiak pula dalam rumah nanti.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kalau dalam rumah korang tak ada serangga, memang bertuah. Antara serangga yang selalu kita nampak adalah seperti lipas, cicak, semut dan sebagainya.

Perasan tak, haiwan perosak ini selalunya wujud di kawasan kita menyimpan bekalan makanan atau di dalam kereta.

Kalau sekali sekali je ada tak apa. Tapi bila serangga ini semakin membiak dan siap buat rumah dalam kediaman kita, memang jadi masalah juga.

Sumber: Tribun Solo

Cara halau serangga perosak

Menerusi video dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok (jazon_jezi), dia berkongsi beberapa tips berguna menggunakan bahan-bahan mudah bagi menghalau serangga di rumah anda.

Tips halau lipas

Walaupun haiwan ini kecil sahaja, tetapi kalau terjumpa lipas yang jenis boleh terbang memang dengan kita boleh sekali ‘terbang’.

Untuk mengelakkan daripada kita yang terbang, jom sediakan bahan berikut.

Antaranya:

  • Nasi
  • Serbuk sabun
  • Gula merah
  • Air

Caranya adalah dengan mencampurkan kesemua bahan dan kacau sehingga sebati. Kemudian letak di kawasan yang sering dilalui lipas.

Campuran tersebut juga perlu ditukar dalam tempoh dua minggu sekali.

BACA JUGA: Banyak Lipas Dalam Rumah? Cuba 3 Bahan Ini Untuk Buat Perangkap

@jason_jezi

Betul ke lipas tak mari lagi dgn 4 bahan ni⁉️ Berkesan #TikTokGuru #jombelajar #learnontiktok #jezismart #tips

♬ Perempuanku – Irwansyah

Tips halau cicak

Okay jom halau cicak pula.

Antara bahan yang anda boleh menggunakan adalah seperti berikut:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Kulit telur

Caranya adalah dengan meletakkan salah satu bahan ini di kawasan yang selalu dihampiri cicak dan tukar dalam tempoh dua minggu sekali.

https://www.tiktok.com/@jason_jezi/video/7064400023294938395?_t=8QrmXq65r97&_r=1

Tips halau semut

Semut adalah salah satu serangga yang selalu ada di setiap ruangan rumah terutamanya di dapur.

Antara bahan mudah yang anda boleh gunakan untuk menghalang haiwan perosak ini datang semula adalah seperti berikut:

  • Serbuk sabun
  • Cuka

Caranya adalah dengan mencampurkan kedua-dua bahan dan masukkan ke dalam botol spray.

Kemudian anda spray di kawasan laluan semut berkenaan.

@jason_jezi

Campur 2 bahan barang di rumah, semut terus hilang. Sgt berkesan #TikTokGuru #jombelajar #learnwithtiktok #jezismart #tips

♬ Paro Paro G – djsandyremix

Harap beberapa tips ini dapat membantu anda yang mengalami masalah haiwan perosak di rumah. Selamat mencuba!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd