Now Reading
Banyak Lipas Dalam Rumah? Cuba 3 Bahan Ini Untuk Buat Perangkap

Banyak Lipas Dalam Rumah? Cuba 3 Bahan Ini Untuk Buat Perangkap

Pening juga bila makin banyak lipas di rumah dan dalam kereta.

https://www.tiktok.com/@zuriaty_musa/video/7073421691895942427?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id6968757624722261506

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bila nampak lipas di sana sini, rasanya dah jadi benda normal sebab serangga ini adalah salah satu daripada perosak rumah yang paling biasa dijumpai.

Tapi bila serangga ini semakin membiak dan siap buat rumah dalam kediaman kita, memang jadi satu masalah sebab kehidupan seharian pun akan terganggu.

Lebih-lebih lagi apabila lipas ini muncul dalam kabinet rumah tempat kita menyimpan bekalan makanan atau pun di dalam kereta.

Serangga ini boleh membahayakan penduduk di rumah kerana sudah semestinya mereka akan meninggalkan sisa buangan dan menyebabkan penyakit serius.

Kalau korang tak selesaikan masalah dengan ‘musuh’ ini, jangan terkejut kalau tiba-tiba kena serang dengan lipas secara mengejut.

Berikut adalah beberapa cara untuk membasmi lipas dengan hanya menggunakan tiga bahan di rumah seperti yang dikongsikan oleh pengguna TikTok (Zuriaty Musa).

3 bahan untuk buat perangkap lipas

  • Minyak masak terpakai
  • Marjerin atau planta
  • Susu pekat

Cara-caranya adalah seperti berikut:

  1. Dapatkan bekas plastik yang tidak digunakan.
  2. Masukkkan minyak masak terpakai ke dalam bekas plastik.
  3. Campurkan pula dengan planta atau marjerin dan susu pekat ke dalam bekas tersebut.
  4. Kacau sehingga sebati.

Nak letak banyak mana setiap bahan itu bergantung kepada masing-masing.

Korang boleh je letak bekas tersebut di mana-mana tempat yang lipas selalu datang seperti di dalam kabinet makanan, bawah sinki dan dalam kereta.

Kalau nak lagi berkesan, korang cuba letak bekas itu sepanjang hari pada waktu malam atau tinggalkan selama tiga hingga empat hari untuk hasil yang lebih memuaskan.

Selamat mencuba!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd