Now Reading
Mengadu Sakit Kepala, Suami Redha Isteri Meninggal Sehari Selepas Nikah

Mengadu Sakit Kepala, Suami Redha Isteri Meninggal Sehari Selepas Nikah

Hasil bedah siasat mendapati arwah meninggal dunia akibat pendarahan otak di sebelah kanan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Pasangan mana yang tak gembira apabila sudah sah bergelar suami isteri. Waktu itu memang hati berbunga-bunga habis.

Bukan senang nak jumpa pasangan yang sanggup menerima baik buruk kita. Biasalah, manusia tak sempurna. Pasti akan ada kekurangan.

Walaupun bakal hadapi pelbagai dugaan dan cabaran mendatang, pasangan suami isteri masing-masing akan jadi tulang belakang untuk sentiasa beri sokongan.

Tapi, tak semua orang diberi peluang yang sama meskipun sudah bergelar suami isteri.

Ada yang diuji dengan kehadiran ‘orang ketiga’, ada yang diuji dengan kesakitan serta pemergian orang tersayang.

Mungkin Tuhan ada perancangan yang lebih baik untuk kita.

Isteri tiba-tiba mengadu sakit kepala jam tiga pagi

Baru-baru ini, seorang lelaki dikenali sebagai Mohamad Amirul Akmal terpaksa berhadapan dengan kisah sedih mengenai berita kematian isterinya iaitu Siti Saraf Ismail.

Lebih menyedihkan lagi, isteri kesayangannya itu telah pergi buat selama-lamanya sehari selepas mereka bernikah pada 23 Oktober lalu.

Tak boleh bayangkan betapa sedihnya lelaki itu apabila dia cuma berkesempatan menjadi suami untuk satu hari sahaja.

Kredit: Facebook/Amaleng Husni

Semuanya bermula apabila si isterinya mengadu sakit kepala pada jam tiga pagi. Walau bagaimanapun, dia dikatakan tidur semula sehingga pagi.

Namun keesokan harinya, si suami dan keluarga mendapati arwah mengalami sesak nafas dan terus menghubungi ambulans kerana isterinya memerlukan bantuan oksigen.

Saya segera hubungi ambulans kerana pada ketika itu isteri sangat memerlukan bantuan oksigen dan ambulans tiba jam 12 tengah hari.

Mohamad Amirul Akmal.

Tidak lama selepas itu, doktor yang bertugas di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) memaklumkan bahawa isterinya disahkan meninggal dunia pada jam 12.30 tengah hari pada hari berkenaan.

Menurut laporan Sinar Harian, hasil bedah siasat yang dilakukan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) mendapati arwah meninggal dunia akibat pendarahan di dalam otak sebelah kanan.

Selesai dibedah siasat, arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Karang.

Mendengar berita kematian tersebut, sepupu arwah mengucapkan salam takziah dah berasa agak terkejut kerana mereka baru sahaja selesai akad nikah sehari sebelum itu.

Isteri sempat ucap perasan gembira bergelar isteri

Menurut laporan media, lelaki itu memberitahu bahawa isterinya sempat meluahkan kata-kata terakhir dengan meluahkan perasan gembira apabila mereka telah disatukan sebagai pasangan suami isteri.

Walaupun perit untuk menerima kenyataan, lelaki itu terpaksa redha dan tenang dengan ketentuan Ilahi.

Menurutnya lagi, dia berharap agar orang ramai sentiasa menjaga ahli keluarga selepas mendirikan rumah tangga.

Tak boleh bayangkan betapa kuatnya lelaki ini mendapat diuji dengan kehilangan isteri tersayang.

Kami yang membaca kisah ini pun sedih, apatah lagi lelaki itu.

Orang tua-tua kata, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd