Now Reading
Wanita Ini Selamba Kencing Di Parkir, Guna Pintu Jadi Penghadang

Wanita Ini Selamba Kencing Di Parkir, Guna Pintu Jadi Penghadang

Kedua-dua pintu yang dibuka itu didakwa digunakan sebagai penghadang untuk membolehkan dirinya mencangkung dan membuang air kecil di atas jalan tar tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebelum ini, pernah berlaku kes di mana pelancong luar negara yang dipercayai dengan sengaja mencemarkan kebersihan beberapa lokasi dengan cara membuang hajat di tempat tidak sepatutnya.

Bukan setakat kanak-kanak, malah golongan dewasa juga tidak terkecuali melakukan perbuatan terkutuk itu tanpa segan silu.

Pelik juga bila sesetengah individu ini tidak mengamalkan etika yang betul untuk melepaskan hajat mereka yang sepatutnya hanya dilakukan di tandas.

Baca Artikel Berkaitan: Pelancong Wanita Selamba Buang Air Besar Di Perkarangan Homestay

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Warga Asing Kencing Di Tempat Ambil Wuduk Kini Ditahan Pihak Polis


Wanita Didakwa Buang Air Kecil Di Tempat Parkir Kereta

Menerusi video dimuat naik di laman Facebook 新山Bukit Indah大小事, aksi tidak beradab oleh seorang wanita Malaysia yang dipercayai membuang air kecil di tempat parkir kereta telah dirakam menerusi kamera litar CCTV sebuah premis berhampiran.

Wanita berkenaan dilihat menuju ke arah keretanya yang di parkir di kawasan terbuka sebelum bertindak membuka pintu kereta di bahagian pemandu serta penumpang.

Kedua-dua pintu yang dibuka didakwa digunakan sebagai penghadang untuk membolehkan dirinya mencangkung dan membuang air kecil di atas jalan tar tersebut.

Kelihatan beberapa helai tisu berwarna putih juga diambil di bahagian tempat duduk penumpang.

Tidak lama selepas itu, wanita terbabit terus memasuki keretanya dan meneruskan pemanduan seperti biasa.

Daripada rakaman video, kejadian berkenaan dipercayai berlaku pada Jumaat lalu (12 April) sekitar jam 3:29 petang di sekitar kawasan Bukit Indah di Johor Bahru.

Untuk menonton video penuh, boleh klik [DI SINI].

Sumber: Facebook 新山Bukit Indah大小事

Netizen Jijik Lihat Perbuatan Kurang Sopan Pemandu Wanita Itu

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang meluahkan rasa jijik selepas menonton video menunjukkan perbuatan terkutuk dilakukan oleh pemandu kereta jenis Toyota Avanza terbabit.

Disebabkan itu juga beberapa netizen berasa kurang senang untuk makan di kawasan restoran berhampiran selepas mengetahui aksi tidak senonoh yang dilakukan wanita tersebut.

“Tiba-tiba rasa macam tak nak makan dekat kawasan sana dah,” ujar netizen.

Pada masa yang sama, netizen turut memerli si pelaku yang kononnya bijak dalam menyembunyikan perbuatan di sebalik pintu kereta.

“Pandai eh aunty menyorok di sebalik pintu kereta,” kata netizen.

Sementara itu, seorang netizen pula berpendapat bahawa pemandu tersebut sepatutnya menumpang tandas di premis berhampiran sekiranya berada dalam situasi berkenaan.

Sumber: Facebook

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd