Now Reading
Lelaki Warga Asing Kencing Di Tempat Ambil Wuduk Kini Ditahan Pihak Polis

Lelaki Warga Asing Kencing Di Tempat Ambil Wuduk Kini Ditahan Pihak Polis

Lelaki warga asing berusia 69 tahun itu ditahan pihak polis sejurus dia membuang air kecil di Kompleks Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru.

Lelaki Warga Asing Kencing Di Tempat Ambil Wuduk CIQ Ditahan Polis

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Baru-baru ini, satu kejadian tidak bertanggungjawab berlaku di Kompleks Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru melibatkan seorang lelaki warga asing berusia 69 tahun.

Menerusi video tular yang dimuat naik di laman Facebook (Team Cougar Bsi), lelaki itu dilihat telah membuang air kecil di tempat wuduk di dalam sebuah surau.

Perakam video tersebut juga telah menegur perbuatan lelaki berkenaan tetapi suspek tetap meneruskan perbuatannya sambil meminta maaf.

Aduh, tak reti baca ke? Ini tempat orang sembahyang lah. You tak ada respect lah.

Perakam video.

Pihak Polis Tahan Lelaki Warga Asing Buang Air Kecil Di Tempat Ambil Wuduk

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat menerusi kenyataan yang dikeluarkan memaklumkan kejadian itu berlaku sekitar jam 4:36 petang semalam (9 Mei).

Menurut laporan, suspek telah ditahan oleh pihak polis sejurus selepas melakukan perbuatan tidak berakhlak itu.

Hasil siasatan mendapati bahawa suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau jenayah dan saringan air kencing juga menunjukkan keputusan negatif.

Berikutan itu, permohonan reman akan dibuat pada hari ini (10 Mei) di Mahkamah Johor Bahru dan disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan.

Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dijatuhi hukuman penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Dalam pada itu, Polis Kontijen Johor menasihati orang ramai untuk tidak melakukan perbuatan sama yang boleh menimbulkan suasana tidak baik sehingga menggugat keamanan awam.

BACA JUGA: Video Hina Agama Islam: Merdekarya Bongkar Kisah ‘Pahit’ Dengan Pasangan Alex & Amy

BACA JUGA: Didakwa Persenda Azan Dalam Radio Kereta, Pemuda Buat Permohonan Maaf


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd