Now Reading
Kenalan Ajak Bercuti Di Thailand, Rupanya Mahu Jual Kawan Ke Sindiket

Kenalan Ajak Bercuti Di Thailand, Rupanya Mahu Jual Kawan Ke Sindiket

Peluang untuk bercuti ke Chiang Mai, Thailand nampak lebih mengujakan apabila kos perjalanan mereka dikatakan akan ditanggung oleh kenalan bernama Steven.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kes sindiket pemerdagangan manusia melibatkan rakyat Malaysia semakin membimbangkan kerana terdapat pelbagai taktik yang cuba digunakan oleh penjenayah bagi mengumpan mangsa.

Ditambah pula dengan kecanggihan pelbagai teknologi zaman kini membuatkan lebih mudah mangsa untuk ditipu secara atas talian.

Situasi ini turut menimpa dua orang rakyat Malaysia apabila menjadi mangsa sindiket tersebut.


Individu Dedah Kenalan Ajak Bercuti Di Thailand Dan Mahu ‘Sponsor’ Kos Perjalanan

Memetik sumber laporan Bernama, pemilik perniagaan aksesori telefon bimbit di Sarawak yang digelar David (bukan nama sebenar) dan seorang rakannya, Laura ditawarkan oleh kenalan mereka peluang perniagaan sambil bercuti di Chiang Mai, Thailand.

Peluang itu nampak lebih mengujakan apabila kos perjalanan mereka akan ditanggung.

Pada awalnya, mereka agak ragu-ragu kerana kenalan bernama Steven itu terlalu pemurah dan baik hati. Oleh kerana tidak mahu melepaskan peluang keemasan, mereka tidak menghiraukan perasaan tersebut.


Mangsa Diculik Di Lapangan Terbang di Thailand

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Chiang Mai, Steven tidak memunculkan diri seperti yang dijanjikan.

Sebaliknya, kelihatan seorang pemandu teksi memegang papan yang tertera nama mereka berdua.

Tanpa berfikir panjang, mereka memasuki teksi tersebut yang telah mengakibatkan mereka diculik serta menjadi mangsa pemerdagangan manusia.

Sumber: Freepik

Pemandu teksi berkenaan kemudian mengeluarkan sepucuk pistol dan mengarahkan mereka berdua untuk menyerahkan dokumen pasport serta telefon bimbit.

Kedua-dua rakyat Malaysia itu telah dibawa ke sebuah bangunan lapan tingkat terletak di Laukkaing, Myanmar dan berhampiran sempadan China.

Di lokasi itu, David mendakwa terdapat ramai individu yang senasib seperti mereka apabila telah diumpan dan menjadi mangsa penipuan.


Akhirnya Berjaya Diselamatkan Dan Dibawa Pulang Ke Malaysia

Tiga hari selepas itu, askar tempatan memeriksa bangunan serta pekerja dan mendapati dua rakyat Malaysia ini tidak menandatangani sebarang kontrak.

Susulan itu, mereka diminta untuk mengemaskan barang dan dibawa ke sempadan Myanmar-Thailand.

Namun operasi untuk mengeluarkan mangsa dari Myanmar ke Thailand berdepan dengan pelbagai rintangan seperti kenderaan yang diaturkan dari Myanmar tidak berjaya melepasi sempadan Thailand kerana tidak mempunyai pas khas.

Mereka juga terpaksa melalui kawasan hutan sebelum berjaya meloloskan diri ke sempadan Thailand.

Oleh kerana mereka hanya hilang selama dua minggu, visa juga dilaporkan masih sah dan tidak perlu ditahan di penjara imigresen sebelum dibawa pulang semula ke Malaysia.

Kisah yang dikongsikan oleh David ini bertujuan untuk memberi peringatan agar tidak terlalu mempercayai ‘rakan’ anda.

Sebelum ini, beberapa rakyat Malaysia yang lain telah berjaya diselamatkan dari menjadi mangsa sindiket penipuan di Myanmar serta Thailand.

Artikel Berkaitan: Terpaksa Melacur & Makan Daging Khinzir, Mangsa Sindiket Penipuan Kerja Dedah Realiti Sebenar

Artikel Berkaitan: Ibu Bapa Cari Anak Di Bangkok, Rupanya Anak Meninggal Dunia Akibat Sindiket Penipuan Kerja

Artikel Berkaitan: Shopee & PDRM Kini Bekerjasama Banteras Sindiket Penipuan Pekerjaan Online


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd