Now Reading
Ini 10 Tempat Makan Sedap Serta Halal Di Bangkok & Chiang Mai. Wajib Cuba!

Ini 10 Tempat Makan Sedap Serta Halal Di Bangkok & Chiang Mai. Wajib Cuba!

Selain dikenali sebagai lokasi membeli-belah, Thailand juga menjadi destinasi untuk mereka yang suka ‘food hunting’.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila sebut tempat untuk ‘food hunting’ dan membeli-belah, kebanyakan rakyat Malaysia akan memilih Thailand sebagai destinasi mereka.

Antara bandar yang sering menjadi tumpuan para pelancong termasuklah masyarakat tempatan kita sendiri adalah seperti Hat Yai dan Bangkok.

Nak pergi ‘healing’ secara solo pun okey. Kalau nak lebih ‘fun’ pergilah dengan kawan-kawan korang!

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Kongsi Itinerari ‘Solo Trip’ Ke Bangkok, Sesuai Untuk Shopping & Jalan-jalan!

Baca Artikel Berkaitan: Bercuti Ke Hat Yai Dengan Bajet RM450. Puas Makan & Berjalan!


Tempat Makan Sedap Yang Sesuai Untuk Muslim Di Thailand

Kalau korang ada bercadang nak ‘food hunting’ di Bangkok dan Chiang Mai, jom kami kongsikan beberapa tempat best yang boleh dikunjungi.

Antaranya:

#1. Chong Ko, Silom Bang Rak
Sumber: X (Twitter @sofeachipscake)

Menu yang korang kena cuba adalah hidangan tomyam. Katanya tomyam di sini memang ‘kaw’ kerana rasanya yang bukan datang dari pes tetapi dari bahan-bahan segar yang digunakan.

  • Lokasi: 25 Pramuan Rd, Silom, Bang Rak, Bangkok 10500, Thailand.
  • Waktu operasi: Isnin hingga Sabtu (7:00 AM – 3:30 PM)
#2. Spicy Noodles, Sathon
Sumber: X (Twitter @sofeachipscake)

Antara hidangan yang korang kena cuba bila datang sini adalah Spicy Noodles. Sekali tengok memang macam kerabu sikit tetapi bukan. Pelbagai hidangan lauk boleh dipilih seperti udang, sotong, ayam dan juga sayur.

Kalau nak senang, korang boleh terus Waze ‘The Boutique Sathon Hotel’.

#3. Cucuk-Cucuk Cili Berapi
Sumber: X (Twitter @sofeachipscake)

Untuk korang yang nak makan ringan-ringan untuk mengalas perut, gerai ini adalah salah satu tempat wajib korang pergi.

Ia berada di hadapan kedai serbaneka 7 Eleven di Sathon. Harga murah, ada banyak menu dan sedap.

#4. Iconsiam Level LG
Sumber: X (Twitter @sofeachipscake)/ Klook

Di sini, terdapat satu kedai makan halal yang menjual sup dan padthai. Antara menu yang korang kena cuba adalah sup tendon serta dagingnya. Cukup lazat!

  • Lokasi: 299 Charoen Nakhon 5 Alley, Khlong Ton Sai, Khlong San, Bangkok 10600, Thailand
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari jam 10:00 AM sehingga 10:00 PM.
#5. After You
Sumber: X (Twitter @sofeachipscake)

Antara pencuci mulut yang wajib cuba adalah di kedai bernama After You di mana mereka menjual roti bun dengan pelbagai perisa. Tapi menu yang viral dan mendapat sambutan ramai adalah perisa vanila.

Katanya sedap kalau makan waktu bun itu masih sejuk.

  • Lokasi: 444 อาคาร MBk, Level 3, Zone A, Phaya Thai Rd, Pathum Wan, Bangkok 10330, Thailand.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari jam 11:00 AM sehingga 10:00 PM
#6. Platinum Mall Food Court
Sumber: X (Twitter @sofeachipscake)

Sekiranya tekak terasa nak makan hidangan nasi, boleh cuba ke Platinum Mall Food Court dan membeli Nasi Mandi Chicken di sana. Not bad juga!

  • Lokasi: 222 Phetchaburi Rd, Thanon Phaya Thai, Ratchathewi, Bangkok 10400, Thailand.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari jam 9:00 AM sehingga 8:00 PM.
#7. Berhampiran The Cube Boutique Sathon Hotel
Sumber: X (Twitter @sofeachipscake)

Kalau korang datang ke sini, jangan lupa untuk cuba masakan daging mereka yang dimakan bersama pulut. Terdapat dua jenis rasa yang seakan-akan kicap hitam serta kicap bijan.

#8. Luar MBK Centre
Sumber: X (Twitter @sofeachipscake)

Kepada korang yang berhampiran dengan MBK Centre, kena singgah di gerai ini yang ini sebab menu mereka boleh tahan sedap juga. Macam-macam ada seperti samosa, chicken gyoza, ayam goreng dan nasi goreng.

Apa yang korang kena cuba adalah hidangan padthai, tomyam, buah jambu dan air kelapa mereka.

  • Lokasi: 444 Phaya Thai Rd, Wang Mai, Pathum Wan, Bangkok 10330, Thailand.
#9. Lorong The Cube Sathon Boutique Hotel
Sumber: X (Twitter @sofeachipscake)

Popia sayur dan Green Curry di sini katanya agak lazat dimakan bersama nasi. Cumanya, lauk Green Curry itu hanya dijual ketika waktu sarapan bermula jam 8:00 pagi.

Dapat pula minuman All Cafe Thai Milk Tea, memang kenyang malam!

  • Lokasi: 488/3 S Sathon Rd, Yan Nawa, Sathon, Bangkok 10120, Thailand.

Thailand Jadi Destinasi Utama Rakyat Malaysia Untuk Melancong Ke Luar Negara

Sebelum ini juga Agoda telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa destinasi antarabangsa utama yang dikunjungi oleh masyarakat kita adalah Thailand iaitu di Hat Yai, Bangkok, dan Krabi.

Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Raih Tempat Ke-3 Destinasi Paling Popular Untuk Tahun Baru Cina

Lokasi: Thailand

Memetik laporan Kosmo, Presiden Persatuan Hotel-Hotel Songkhla, Hatyai, Sitthipong Sitthiprapha berkata rakyat Malaysia telah menyumbang lebih daripada 2 bilion Baht kepada ekonomi Thailand pada tempoh dua minggu sebelum berakhir tahun 2023.

Beliau juga menjelaskan bahawa faktor tersebut adalah kerana pilihan makanan yang beraneka, harga penginapan yang berpatutan dan mempunyai akses yang mudah untuk lokasi berlainan.

Baca Artikel Berkaitan: Ini Tips Untuk Travel Ke Bangkok, Thailand

Baca Artikel Berkaitan: 15 Tempat ‘Wajib’ Pergi Bila Travel Ke Hat Yai, Thailand

Baca Artikel Berkaitan: Khairul Aming Kongsi 9 Tempat Makan Best Di Hat Yai. Harga Pun Murah!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd