Now Reading
Khairul Aming Kongsi 9 Tempat Makan Best Di Hat Yai. Harga Pun Murah!

Khairul Aming Kongsi 9 Tempat Makan Best Di Hat Yai. Harga Pun Murah!

Kepada anda yang suka makan, Hat Yai adalah lokasi sesuai untuk ‘food hunting’.

Khairul Aming Kongsi 9 Tempat Makan Best Di Hat Yai. Harga Pun Murah! (8

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Disebabkan berhampiran dengan Malaysia dan kos yang agak murah, ramai rakyat di negara kita yang suka melancong ke Hat Yai, Thailand kerana harga barangan serta makanan yang tidak terlalu mahal.

Siapa yang suka ‘food hunting’, anda boleh mencuba pelbagai jenis makanan menarik di Hat Yai. Jangan risau, tak perlu bajet yang banyak pun untuk pergi ke sana.


9 Tempat Makan Menarik Di Hat Yai, Thailand Yang Dikongsikan Oleh Khairul Aming

Baru-baru ini, cef selebriti dan influencer Khairul Aming bersama rakan-rakannya telah melancong ke Hat Yai untuk menerokai pelbagai jenis makanan di sana.

Kalau anda tengok video dimuat naik oleh Khairul Aming di laman TikTok miliknya (@khairulaming), mesti ramai yang akan terliur.

Kepada anda yang teringin untuk merasai sendiri hidangan tersebut, jom kami senaraikan lokasi-lokasi tempat makan best yang dikongsikan oleh Khairul Aming.

Antaranya:

1. Tempat Makan Best Di Hat Yai: Kaitod Meena

Sumber: TikTok @khairulaming

Kaitod Meena ini dikenali dengan ayam gorengnya yang rangup dan dimakan bersama dengan nasi kuning serta sos Thai. Nak makan dengan pulut pun boleh juga katanya.

Gerai sebelahnya pula ada menjual minuman Teh Ais dan Green Tea. Memang kena sangatlah untuk melegakan tekak sambil menikmati ayam goreng di Kaitod Meena.

Tapi kalau anda nak pergi ke sini, lebih baik datang awal ya.

  • Lokasi: Thanon Niphatuthit 3, Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari (10:00am – 6:00pm)

2. Tempat Makan Best Di Hat Yai: Khlong Hae Floating Market

Sumber: TikTok @khairulaming

Di sini, konsepnya memang sangat unik di mana banyak bot terapung di tepi sungai yang menjual pelbagai jenis hidangan. Mungkin ada terfikir, macam mana bot itu tak bergerak-gerak?

Caranya mereka menggunakan buluh panjang untuk menghulurkan makanan kepada para pelanggan.

Antara snek hidangan yang dijual di Khlong Hae Floating Market ini adalah seperti air kelapa dalam buluh, aiskrim, telur dan lain-lain.

  • Lokasi: Khlong Hae, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand.
  • Waktu operasi: Dibuka pada hari Jumaat hingga Ahad (2:00pm – 9:00pm)

3. Tempat Makan Best Di Hat Yai: Lee Garden Night Market

Sumber: TikTok @khairulaming

Lokasi seterusnya adalah berkonsepkan pasar malam yang biasa dilihat di Malaysia. Cuma bezanya di sini terdapat banyak hidangan laut yang digoreng seperti udang dan ‘baby crab’

Memang ‘confirm’ akan rambang mata tak tahu nak beli makanan apa sebab ada macam-macam ya. Paling penting, kena cuba pancake mereka dan pad thai.

  • Lokasi: Tambon Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand.

4. Tempat Makan Best Di Hat Yai: Kai-Tod Decha

Sumber: TikTok @khairulaming

Kai-Tod Decha ini merupakan salah satu tempat makan yang popular di Hat Yai yang menjual hidangan nasi dan lauk.

Antara menu yang anda perlu cuba ketika di Kai-Tod Decha adalah seperti hidangan udang dan teh tarik berbuih.

  • Lokasi: 93 Chee Uthit Rd, Tambon Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari (10:00am – 9:30pm)

5. Tempat Makan Best Di Hat Yai: Nimby Coffee House

Sumber: TikTok @khairulaming

Kalau anda sudah penat berjalan dan mahu berehat sebentar, boleh juga singgah ke sebuah kafe estetik ini iaitu Nimby Coffee House. Dekorasi dalamannya cantik juga, ala-ala minimalis.

Nak ber-OOTD pun cantik juga.

6. Tempat Makan Best Di Hat Yai: Central Festival Hat Yai

Sumber: TikTok @khairulaming

Lokasi ini merupakan sebuah pusat membeli-belah. Tetapi di tingkat bawang bangunan itu, ada gerai yang menjual pelbagai jenis makanan.

Antara yang menjadi rebutan ramai adalah Toro Fries iaitu kentang goreng yang dipotong panjang dan diselaputi dengan sos keju. Katanya sampai kena beratur satu jam ya.

  • Lokasi: 1518 Kanjanavanich Rd, Kho Hong, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari (10:00am – 9:00pm)

7. Tempat Makan Best Di Hat Yai: Khlong Hae Buffet Seafood

Sumber: TikTok @khairulaming

Kepada penggemar makanan laut, Khlong Hae Buffet Seafood pasti akan menjadi lokasi pilihan kerana anda boleh menikmati hidangan laut sepuas-puasnya dengan harga sekitar RM30-40 sahaja.

Semua jenis hidangan laut ada seperti udang, ikan, lala, kepah dan banyak lagi. Kemudian cicah pula dengan sos Thai yang diberikan. Memang cukup sedap!

  • Lokasi: 85 11 Lopburi Ramesuan Rd, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari (2:00pm – 10:00pm)

8. Tempat Makan Best Di Hat Yai: ASEAN Night Bazaar

Sumber: TikTok @khairulaming

Bazar ini merupakan salah satu lokasi tarikan pelancong yang menjual makanan seperti pulut mangga, pad thai, somtam, colek buah dan sebagainya.

Lebih menarik lagi, bazar ini mempunyai tingkat khas untuk makanan dan juga pakaian. Kalau nak ‘isi perut’ dulu sebelum membeli-belah pun sesuai sangat. Cumanya di bazar ini mempunyai tempat duduk yang agak terhad.

  • Lokasi: 76 Chotevittayakul 3 Rd, Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
  • Waktu operasi: Dibuka pada hari Selasa hingga Ahad (4:30pm -10:00pm)

9. Tempat Makan Best Di Hat Yai: Food Villa

Sumber: TikTok @khairulaming

Difahamkan, Food Villa ini baru sahaja dibuka kepada orang ramai dan dekorasi dalamannya boleh tahan cantik juga. Tempat duduk pun ada banyak. Jadi bolehlah anda mencuba pelbagai jenis hidangan yang dijual di sini.

  • Lokasi: 59 Nuankaew Uthit, Tambon Kho Hong, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand.

Jadi kepada anda semua yang bercadang untuk ‘food hunting’ di Hat Yai bersama ahli keluarga mahupun rakan-rakan, jangan lupa berkunjung ke senarai lokasi di atas.

Sumber: TikTok @khairulaming

Artikel Berkaitan: Bercuti Ke Hat Yai Dengan Bajet RM450. Puas Makan & Berjalan!

Artikel Berkaitan: 15 Tempat ‘Wajib’ Pergi Bila Travel Ke Hat Yai, Thailand

Artikel Berkaitan: Tren Shuttle Padang Besar Ke Hat Yai Mula Kembali Operasi Hari Ini, 15 Julai


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd