Now Reading
Tren Shuttle Padang Besar Ke Hat Yai Mula Kembali Operasi Hari Ini, 15 Julai

Tren Shuttle Padang Besar Ke Hat Yai Mula Kembali Operasi Hari Ini, 15 Julai

Anda perlu ke stesen Padang Besar terlebih dahulu sebelum menukar tren ke Hat Yai kerana perkhidmatan ini tidak bersambung dengan KTM.

Kereta Api Dari Padang Besar Ke Hatyai Bakal Operasi Mulai 15 Julai Ini

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Apabila sebut negara Thailand, mesti ramai yang teringat keenakan hidangan tomyam mereka dan pantai-pantai yang cantik seperti di Phuket dan Krabi.

Syok juga kalau dapat berjalan ke negara ini kan? Sempadan kedua-dua buah negara pun sudah dibuka.

BACA JUGA: Rakyat Malaysia Boleh Bercuti Di Thailand Bermula Mac 2022

Baru-baru ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) membuat pengumuman menerusi laman Facebook mereka (KTM Berhad) memberitahu bahawa perkhidmatan Tren Shuttle Khas SRT (Thailand) bakal beroperasi semula pada hari ini (15 Julai).

Perkhidmatan tersebut kini kembali untuk digunakan oleh orang ramai selepas hampir dua tahun dihentikan buat sementara waktu akibat penularan virus Covid-19 yang melanda dunia pada tahun 2020.

Jadual waktu perjalanan kereta api

Kepada anda yang merancang untuk bercuti ke Thailand menggunakan perkhidmatan ini, pihak KTM Berhad juga memuat naik jadual waktu perjalanan bagi kedua-dua lokasi dari Padang Besar, Perlis dan Hat Yai, Thailand.

Sumber: Facebook/KTM Berhad
Sumber: Facebook/KTM Berhad

Cara-cara untuk membeli tiket perjalanan

Tahu tak, tiket tren menggunakan perkhidmatan ini serendah 50 THB iaitu RM6 sahaja untuk perjalanan sehala? Murah kan?

Kepada yang dah tak sabar nak pergi melancong ke Thailand, jom kami ajar cara untuk membeli tiket secara online. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

  1. Layari laman web Dticket Railway.
  2. Pilih laluan tren dari Padang Besar ke Hat Yai. Pastikan tarikh yang dipilih adalah bermula 15 Julai ke atas.
  3. Pilih tren dan waktu perjalanan.
  4. Daftar masuk untuk meneruskan pembelian tiket dan isi maklumat yang berkenaan.
  5. Pilih tempat duduk.
  6. Buat pembayaran.

SIAP!

Untuk pengetahuan anda semua, tren ini tidak mempunyai penghawa dingin dan hanya ada kipas sahaja. Satu lagi perkara yang perlu diingatkan, tren ini tidak bersambung dengan KTM dan anda perlu ke stesen Padang Besar terlebih dahulu untuk proses penukaran tren ke Hat Yai.


Orang ramai kongsi pengalaman naik tren shuttle dari Padang Besar ke Hat Yai

Memetik laporan New Straits Times, orang ramai mula beratur di kaunter KTM stesen Padang Besar hari ini seawal jam 8 pagi untuk membeli tiket ke Hat Yai, Thailand.

Salah seorang penumpang tren iaitu Boon Kee Ho yang berasal dari Gurun, Kedah menjelaskan bahawa perjalanan ke Hat Yai dari Padang Besar lebih murah dan pantas dengan menaiki tren shuttle.

Saya naik tren KTM dari Gurun, Kedah pada jam 7.12 pagi dan tiba di stesen Padang Besar jam 8.15 pagi. Kemudian terus ke kaunter tiket SRT untuk ke Hat Yai. Memang lebih mudah dah cepat.

Boon Kee Ho

Manakala seorang lagi penumpang dikenali sebagai Yunus berkongsi perasaan teruja apabila pertama kali menaiki tren shuttle itu bersama dengan keluarga untuk berjalan-jalan di Thailand.

Ini pengalaman pertama saya naik tren ke Thailand. Memang seronok dan lebih santai berbanding kalau saya memandu ke sana. Walaupun tempoh perjalanan mengambil masa kira-kira satu jam, tetapi tidaklah sepenat kalau saya memandu kereta.

Yunus.

Pembukaan hari pertama perkhidmatan tren shuttle dari Padang Besar ke Hat Yai sememangnya mendapat sambutan baik dan menggalakkan daripada orang ramai.

Jadi, anda tunggu apa lagi? Jomlah kita ber-Sawadikap!

BACA JUGA: Gadis Ini Kongsi Perjalanan KL Ke Kelantan Naik ‘Jungle Train’. Siap Boleh Layan View!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd