Now Reading
Lelaki Ini Kongsi Itinerari ‘Solo Trip’ Ke Bangkok, Sesuai Untuk Shopping & Jalan-jalan!

Lelaki Ini Kongsi Itinerari ‘Solo Trip’ Ke Bangkok, Sesuai Untuk Shopping & Jalan-jalan!

Pengguna Twitter ini mendedahkan kos keseluruhan ‘solo trip’ ke Bangkok selama tiga hari adalah sekitar RM1,500 termasuk tiket kapal terbang, hotel dan pengangkutan.

Lelaki Ini Kongsi Itinerari ‘Solo Trip’ Ke Bangkok (13)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Thailand menjadi salah satu lokasi pilihan rakyat Malaysia untuk bercuti ke luar negara bersama rakan-rakan dan ahli keluarga.

Antara lokasi yang menjadi tarikan orang ramai adalah seperti Hat Yai dan Bangkok. Katanya di sana harga makanan dan barangan lebih murah. Kalau nak ‘food hunting’ dan membeli-belah di sana, memang cukup seronok!

BACA JUGA: 15 Tempat ‘Wajib’ Pergi Bila Travel Ke Hat Yai, Thailand

BACA JUGA: Bercuti Ke Hat Yai Dengan Bajet RM450. Puas Makan & Berjalan!

BACA JUGA: Pemuda OKU Kongsi Pengalaman Travel ‘Solo’ Ke Thailand Dari Ipoh Naik Tren


Itinerari ‘Solo Trip’ Ke Bangkok, Thailand

Menerusi perkongsian dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter (@arfdy12), lelaki ini berkongsi pengalamannya bercuti ke Bangkok, Thailand seorang diri dari Kuala Lumpur.

Dalam ciapan yang dimuat naik, dia juga berkongsi beberapa tips dan itinerari sepanjang berada di sana. Menarik kan? Nak tahu lebih lanjut, jom baca perkongsian di bawah.

Tips Sebelum Ke Bergerak Ke Bangkok

1. Tempah tiket kapal terbang

Lelaki Ini Kongsi Itinerari ‘Solo Trip’ Ke Bangkok (13)
Sumber: Twitter @arfdy12

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah mencari tiket kapal terbang dengan harga murah menerusi laman web SkyScanner.

Tetapkan tarikh terlebih dahulu kerana dengan cara ini anda boleh tengok tarikh mana yang lebih murah. Bila sudah jumpa waktu dan harga yang bersesuaian, klik pada ‘provider’.

2. Hotel penginapan

Lelaki Ini Kongsi Itinerari ‘Solo Trip’ Ke Bangkok (13)
Sumber: Twitter @arfdy12

Kalau bab penginapan, anda tak perlu risau kerana ada banyak hotel dengan harga berpatutan sekitar Bangkok.

Antara lokasi penginapan yang dicadangkan untuk anda yang pertama kali bercuti seorang diri adalah seperti Si Lom dan Pratunam.

3. Data dan simkad untuk penggunaan telefon

Lelaki Ini Kongsi Itinerari ‘Solo Trip’ Ke Bangkok (13)
Sumber: Twitter @arfdy12/ SimOptions

Apabila anda sudah tiba di lapangan terbang, boleh je terus naik pengangkutan awam dan jimat duit daripada perlu menempah Grab. Cuma kena buat carian tentang perhentian yang berhampiran dengan destinasi anda.

Nak buat carian itu memerlukan data ya. Jadi, pastikan anda membeli simkad dan data Internet terlebih dahulu. Paling mudah, simkad ini boleh dibeli di lapangan terbang dan membandingkan harga mengikut telco atau pakej.


Aktiviti-aktiviti Menarik Yang Boleh Dilakukan Sekitar Bangkok, Thailand

1. Makan-makan!

Kepada individu beragama Islam, jangan risau tentang makanan di sini kerana ada banyak kedai yang menjual hidangan halal. Paling senang, cari je mana-mana ‘food court’ dalam pusat membeli-belah.

Antara lokasi ‘food court’ yang ada makanan halal adalah seperti:

  • Platinum Mall (Pad Thai dan Oyster Omelette)
  • MBK Mall (Basil Chicken with Rice aka Phad Kra Pao)
  • Samyan Mitrtown (Khao Mok Gai)
Lelaki Ini Kongsi Itinerari ‘Solo Trip’ Ke Bangkok (13)
Sumber: Twitter @arfdy12

Kalau anda nak feeling-feeling seperti berada dalam rancangan ‘Jalan-jalan Cari Makan’, boleh juga berjalan kaki sekitar Phetchaburi Roadu kerana ada banyak restoran Muslim seperti:

  • Farida Fatornee
  • Ali Selatan
  • Nissareen
  • Madeena
Lelaki Ini Kongsi Itinerari ‘Solo Trip’ Ke Bangkok (13)
Sumber: Twitter @arfdy12

2. Jalan-jalan!

Day 1

Aktiviti hari pertama dimulakan dengan jalan-jalan menaiki Metro untuk menerokai China Town yang dikatakan ‘syurga’ untuk mereka yang mahu mencari fabrik murah dan cantik.

Kalau nak merasai sendiri pengalaman melawati pusat membeli-belah yang ‘vintage’, jangan lupa singgah Old Siam Plaza.

Lelaki Ini Kongsi Itinerari ‘Solo Trip’ Ke Bangkok (13)
Sumber: Twitter @arfdy12

Kemudian, perjalanan diteruskan pula ke Siam Museum dengan menaiki Metro dari stesen Sam Yot (Chinatown) ke Sanam Chai (Siam Museum). Sambil menaiki Metro, anda boleh belajar juga sejarah di sebalik pembinaannya. Menarik!

Lelaki Ini Kongsi Itinerari ‘Solo Trip’ Ke Bangkok (13)
Sumber: Twitter @arfdy12

Pada waktu malam pula, anda boleh bersiar-siar di Asiatique dan Iconsiam Mall di mana kedua-dua lokasi ini bersambung dan boleh dinaiki menggunakan perkhidmatan bot. Percuma je!

Lelaki Ini Kongsi Itinerari ‘Solo Trip’ Ke Bangkok (13)
Sumber: Twitter @arfdy12
Day 2

Keesokan harinya, tiba masa untuk merasai pengalaman menaiki motor menerusi tempahan di Grab untuk ke lokasi seterusnya iaitu Jim Thompson House Museum.

Di sini, akan ada pemandu pelancong dengan bayaran 200 baht (RM27). Agak berbaloi juga datang ke sini kerana anda boleh mempelajari banyak ilmu tetang Bapa Tekstil Bangkok yang mengetengahkan kain sutera Thailand.

Lelaki Ini Kongsi Itinerari ‘Solo Trip’ Ke Bangkok (13)
Sumber: Twitter @arfdy12

Selepas itu, perjalanan seterusnya adalah ke Bangkok Art and Culture Centre. Masuk percuma ya!

Di sini, akan ada pameran menunjukkan perjuangan rakyat Bangkok untuk seni mereka. Kalau nak duduk baca buku pun boleh juga kerana mereka menyediakan perpustakaan mini kepada para pengunjung.

Bangkok Art and Culture Centre ini juga berhampiran dengan MBK Mall dan Siam Square.

Lelaki Ini Kongsi Itinerari ‘Solo Trip’ Ke Bangkok (13)
Sumber: Twitter @arfdy12

Untuk aktiviti malam pula, boleh cuba menerokai beberapa ‘rooftop bar’ untuk melihat pemandangan sekitar Bangkok yang sangat cantik. Antaranya seperti:

  • Tichuca
  • Lebua Sky Bar
Lelaki Ini Kongsi Itinerari ‘Solo Trip’ Ke Bangkok (13)
Sumber: Twitter @arfdy12

Kalau tak berminat untuk ke ‘rooftop bar’, boleh juga singgah ke Apple Central World untuk melihat seni bina dan produk keluaran Apple yang menarik di sana.

Lelaki Ini Kongsi Itinerari ‘Solo Trip’ Ke Bangkok (13)
Sumber: Twitter @arfdy12

Lokasi-lokasi Menarik Yang Wajib Pergi Sekitar Bangkok, Thailand

Setiap kali datang ke Thailand, memang kena pergi ke mana-mana cawangan kedai serbaneka 7-11 mereka. Tak sama ya seperti di Malaysia kerana mereka mempunyai pelbagai makanan serta minuman menarik dan sedap.

Untuk anda yang suka membeli-belah, boleh ke Platinum Mall dan Chatuchak Market. Kalau nak lagi dan mahu elak redah kesesakan lalu lintas, naik MRT lagi senang.

Lelaki Ini Kongsi Itinerari ‘Solo Trip’ Ke Bangkok (13)
Sumber: Twitter @arfdy12

Bangkok juga terkenal dengan pasar malam mereka. Antara lokasi pasar malam yang anda boleh lawati adalah:

  • Jodd Fairs
  • Train Night Market Srinakarin
  • Chang Chui Plane Night Market
  • The One Ratchada
  • Indy Market

Kalau anda ‘morning person’ dan suka berjoging di awal pagi, boleh cuba lokasi yang baru dibuka ini iaitu Benjakitti Forest Park.


Secara keseluruhannya, pengguna Twitter ini menjelaskan jumlah kos termasuk tiket kapal terbang, penginapan hotel dan pengangkutan untuk tiga hari di sana adalah sekitar RM1,500.

Jadi kepada anda yang bercadang mahu bercuti ke Bangkok, boleh simpan itinerari ini ya.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd