Pemuda OKU Kongsi Pengalaman Travel ‘Solo’ Ke Thailand Dari Ipoh Naik Tren
Jarang kita dengar pengalaman golongan Orang Kurang Upaya (OKU) berjalan solo naik tren. Baru tahu!


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Sejak Thailand dah buka sempadan mereka, memang ramai pergi sana dengan kawan dan ahli keluarga. Ada juga yang pergi balik hari semata-mata nak ‘food hunting’.
Terbayang pula tomyam, Som Tam, Pancake Pisang dan banyak lagi makanan Thailand yang lain. Jangan terkejut juga di sana ada banyak serangga goreng seperti lipas, cacing dan belalang ya. Memang eksotik!
Kalau anda nak berjalan ke Thailand menaiki tren, boleh cuba naik perkhidmatan Tren Shuttle Khas SRT (Thailand) dari Padang Besar ke Hat Yai. Katanya servis tren ini baru je buka 15 Julai lalu.
BACA JUGA: Tren Shuttle Padang Besar Ke Hat Yai Mula Kembali Operasi Hari Ini, 15 Julai
Pemuda OKU kongsi pengalaman ‘travel solo’ naik tren pergi Bangkok, Thailand
Baru-baru ini, seorang pemuda golongan Orang Kurang Upaya (OKU) berkongsi pengalamannya di laman Twitter (Firdaus Ibrahim) ketika bercuti ke Bangkok, Thailand seorang diri dengan hanya menaiki tren dari Ipoh, Perak.
Solo trip as a wheelchair user from IPOH to BANGKOK by using train.
— Firdaus Ibrahim (@zafidos) September 17, 2022
Naik ETS dari Ipoh ke Padang Besar. pic.twitter.com/k1QxzszOM9
Perjalanannya bermula dengan menaiki tren ETS dari Ipoh ke Padang Besar di Perlis sebelum bergerak ke Hat Yai dengan menaiki tren shuttle berharga RM7.
Perjalanan dari Padang Besar ke Hat Yai dalam 45 minit juga lah. Tapi kalau tak nak naik tren pun ada alternatif lain iaitu dengan menaiki van.
Dalam RM20 hingga RM30 untuk seorang. Anda boleh jumpa van tersebut di luar Stesen Padang Besar.
Sementara menunggu tren shuttle di Padang Besar, kalau anda nak beli siap-siap kad sim pun boleh. Senang sikit sebab dah tak perlu cari kedai serbaneka bila sampai di Thailand.
Bila dah sampai Padang Besar.
— Firdaus Ibrahim (@zafidos) September 17, 2022
Beli tiket train Padang Besar – Hat Yai
Time ni kalau nk beli simcard pun boleh dah,
Kalau jumpa AhCai,boleh beli dgn dia. Dia takde kedai, dia jalan sambil bawak simcard.
Harga rm20,tapi aku dapat rm10 utk 8mbps unlimited data selama 7 hari. pic.twitter.com/N6yYCjaBMv
Train classic.
— Firdaus Ibrahim (@zafidos) September 17, 2022
Ok je lah untuk harga RM7
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit dari Padang Besar ke Hatyai.
Tapi kalau taknak naik train atau malas nk menunggu train, boleh naik van. Dkt luar Stesen Padang Besar ada van standby. Harga dlm 20-30 satu kepala. pic.twitter.com/UdKV3kW0hf
Cabaran naik tren bagi mereka yang berkerusi roda
Bukan semua tempat mempunyai kemudahan untuk golongan OKU. Mungkin ada, tetapi tidak dapat berfungsi dengan baik dan sebagainya.
Walaupun sedar cabaran yang akan dilalui sebagai pengguna kerusi roda, pemuda bernama Firdaus ini tetap meneruskan niatnya untuk menaiki tren.
Barulah ‘adventure’ katanya.
Pekerja di Stesen Padang Besar pun banyak membantu Firdaus terutamanya untuk masuk ke dalam tren kerana lantai dengan tren tidak selaras dan agak tinggi.
Tak sempat nak minta tolong, beberapa orang pekerja terus ke arah Firdaus dan menghulurkan bantuan dengan mengangkatnya bersama kerusi roda ke dalam tren.

Antara cabaran lain yang perlu dihadapi oleh Firdaus adalah apabila ruang pintu antara gerabak agak kecil dan menyukarkannya untuk bergerak.
Jadi dia hanya memilih untuk berada di tengah-tengah gerabak yang sepatutnya ditutup dengan pintu.
Sebenarnya jadi OKU ini tidaklah susah, tetapi persekitaran yang kadang kala menyusahkan. Memang sebelum datang ke sini, dah siap mental dan fizikal untuk langgar je, “If it happen, it happen”.
Firdaus Ibrahim.
Nak adventure sangat kan…
— Firdaus Ibrahim (@zafidos) September 17, 2022
Hambikkk haha , tapi good experience lah 😂 pic.twitter.com/HQzEg8Ybgv
Tren tiba di Hat Yai. Jom bergerak ke Bangkok pula!
Setibanya di Hat Yai, Firdaus memaklumkan tiket tren ke Bangkok boleh dibeli di stesen tersebut tetapi hanya bayaran dalam nilai Baht sahaja diterima.
Lebih baik tukar siap-siap duit Baht di Malaysia kerana tiada tempat untuk menukar wang di Stesen Hat Yai.
Harga tren dari Hat Yai ke Bangkok adalah 1105 Baht (RM135) dan perjalanannya mengambil masa sekitar 18 jam.
Nasib baik tempat duduk yang dibeli boleh bertukar menjadi katil. Boleh juga kalau nak baring.
Next, Hat Yai to Bangkok.
— Firdaus Ibrahim (@zafidos) September 17, 2022
Tiket boleh dapatkan di kaunter.
Train available pukul 5.45PM
Bayaran pakai Baht saja diterima.
Sebaiknya tukar duit siap2 di Malaysia, sbb dkt Stesen Hat Yai ni takda money changer. Kalau ada pun kena jalan keluar sikit. pic.twitter.com/w38v8X141n
Tren ini ada perkhidmatan lif untuk golongan OKU masuk ke dalam tren. Tunjuk je tiket dekat pekerja, nanti mereka sendiri akan bantu anda.
Kalau OKU , ada lift disediakan untuk naik ke train. Hg tunjuk tiket, nnt tau la staff dia buat kerja. pic.twitter.com/0CI66mAGRK
— Firdaus Ibrahim (@zafidos) September 17, 2022
Pemuda ini juga berkongsi suasana di dalam tren tersebut. Selesa juga. Nak bergerak dalam gerabak dengan kerusi roda pun senang.
— Firdaus Ibrahim (@zafidos) September 17, 2022
Waktu malam dalam train. pic.twitter.com/ABdBWLTWOt
— Firdaus Ibrahim (@zafidos) September 17, 2022
Katil di dalam tren ini ada dua tingkat, tetapi yang tingkat atas harganya agak murah sikit sebab tak boleh nampak ‘view’ melalui tingkap.
Kalau dah puas baring, nak lipat jadi kerusi balik pun boleh. Tempat untuk caj telefon pun disediakan.
Sambung sikit lagi… pic.twitter.com/IL3lSvneW7
— Firdaus Ibrahim (@zafidos) September 17, 2022
Setiap katil ada plug point tau. pic.twitter.com/cW3aFf3MkK
— Firdaus Ibrahim (@zafidos) September 17, 2022
Tandas pun boleh tahan besar juga dan selesa untuk digunakan bagi golongan OKU.
Untuk toilet pulak,
— Firdaus Ibrahim (@zafidos) September 17, 2022
Ada 2 jenis.
Satu yang besar
Yang besar ni takda kt semua gerabak. Tapi sesuai lah utk OKU. Seat aku dekat dgn toilet ni,mungkin sbb OKU.
Satu lg yg kecik sikit,
Yang kecik ni mmang ada pada setiap gerabak.
Pastu dia juga sediakan sinki utk setiap gerabak. pic.twitter.com/rhLSshpzRY
Bukan setakat itu sahaja, katil polis juga diletakkan bersebelahan dengan katil pemuda OKU ini bagi menjaga keselamatannya ketika berada di dalam gerabak berkenaan.
Siap offer roti untuk sarapan ya!
Sebelah katil aku ni, katil Polis. Dia kira menjaga keselamatan dalam train ni lah. Siap Pistol kauuuu
— Firdaus Ibrahim (@zafidos) September 17, 2022
Tapi dia baik, dia offer aku roti utk breakfast. Aku pemalu, aku menolak cara baik ceyyyy haha pic.twitter.com/YjgOAWIT3E
Akhirnya, dah sampai di Bangkok, Thailand selepas 18 jam
Selepas perjalanan 18 jam ke Bangkok, akhirnya Firdaus tiba di stesen dan pekerja di sana memang sangat membantu dan ramah dengannya.
Sampai sudah ke Station Bangkok selepas 18 jam dalam train dari Hat Yai.
— Firdaus Ibrahim (@zafidos) September 17, 2022
Sebelum sampai staff dah suruh standby depan lift.
Train berhenti je terus dorg prepare lift utk aku turun. Staff sgt friendly dan helpful. pic.twitter.com/Zq6cBvfoRD
Firdaus sempat juga membuat beberapa tinjauan di Stesen Kereta Api Bangkok seperti suasananya dan kemudahan yang disediakan.
Bangkok Railway Station.
— Firdaus Ibrahim (@zafidos) September 17, 2022
Reka bentuk agak classic.
Tak berapa crowded.
Tingkat atas ada mcm food court.
Juga connection dgn MRT station di bawah tanah.
Tak susah nak mencari. Me as a wheelchair user rasa friendly, so kalau org normal mungkin lagi mudah. pic.twitter.com/NMQiUfjTng
Yang paling menjadi keutamaan bagi Firdaus adalah tandas untuk golongan OKU sepertinya.
Yang bagusnya di sini, tandas OKU dikunci tetapi mereka sediakan butang untuk memanggil pekerja membuka kunci tersebut.
Jadi tandas tersebut tidak digunakan sewenang-wenangnya oleh orang biasa.
Kalau tempat umum macam ni aku akan test toilet OKU dulu.
— Firdaus Ibrahim (@zafidos) September 17, 2022
Mcm unik juga la cara dia ni, dia kunci tetap kunci, kalau nk guna press je button, nnt ada org dtg buka. Jadi org normal takleh guna sewenangnya.
Toilet besar, pintu masuk luas. Juga disediakan sinki dan cermin. pic.twitter.com/SZ98YYosPH
Tambah Firdaus lagi, pergerakannya ketika di Bangkok bergantung kepada Google Maps.
Tidak dinafikan, caranya itu agak mencabar kerana dia dibina dengan mentaliti yang berbeza.
Malah, pemuda ini juga memberi nasihat untuk menggunakan perkhidmatan seperti Grab, teksi atau tuk-tuk untuk bergerak ke suatu destinasi dengan lebih mudah.
Semua movement aku bergantung dgn Google Maps.
— Firdaus Ibrahim (@zafidos) September 17, 2022
Aku wheel je kemana pun, setakat ni belum guna apa2 pengangkutan. but i advice korg naik la transport Grab taxi tuk-tuk byk je.
Sbb its fucking challenging for real, jgn ikut cara aku. I build in different mentality. pic.twitter.com/oiJ4jXYCf9
Setakat hari ini memang tak guna Taxi ke Tuk-tuk ke Grab ke haha
— Firdaus Ibrahim (@zafidos) September 18, 2022
Sebab renyah nk kena lipat buka wheelchair bawka masuk dalam kereta. pic.twitter.com/qXlXcjqCAF
Sesetengah lif di stesen pengangkutan awam seperti MRT dan BTS juga disediakan tetapi tidak semua yang boleh berfungsi dengan baik.
Lif untuk OKU juga disediakan dan boleh digunakan dengan baik.
— Firdaus Ibrahim (@zafidos) September 18, 2022
Zaman skg ni takleh bgtau disediakan je, kena bagitau sekali boleh di gunakan dgn baik ke tidak.
Sbb kebanyakan lif disediakan,tapi gunanya takleh. Herhhh pic.twitter.com/uleeiWpPMQ
Sekitar BTS dan MRT.
— Firdaus Ibrahim (@zafidos) September 18, 2022
Aku naik kedua-duanya sbb nk merasa. pic.twitter.com/ypO6qnFjZA
Sebenarnya panjang lagi perjalanan yang nak dikongsikan oleh Firdaus. Kalau anda nak tahu lebih banyak lagi pengalamannya di Bangkok, boleh lihat di highlight story di laman Instagram miliknya (@mohafirdaus).
BACA JUGA: Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Melancong Ke 4 Buah Negeri Di India Dengan Kereta Api
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.