Malaysia Raih Tempat Ke-3 Destinasi Paling Popular Untuk Tahun Baru Cina
Para pelancong Malaysia juga gemar menerokai pelbagai destinasi luar negara, dengan Thailand, Indonesia, Jepun, Taiwan dan Korea Selatan menjadi pilihan utama.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Hari ini (23 Januari 2024), platform pelancongan digital, Agoda mengumumkan Malaysia sebagai salah satu daripada tiga destinasi paling popular untuk meraikan sambutan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tiba.
Berdasarkan data tempahan Agoda, Malaysia menduduki tempat ketiga selepas Jepun dan Thailand.

Pelancong Tertinggi Di Malaysia Adalah Dari Singapura, Brunei, China, Indonesia & Korea Selatan
Data tempahan Agoda menunjukkan jumlah ketibaan pelancong tertinggi ke Malaysia adalah dari Singapura, Brunei, China, Indonesia, dan Korea Selatan. Ini juga menandakan kembalinya China sebagai pasaran sumber lima teratas buat kali pertama sejak 2019. Lima destinasi yang paling popular dikunjungi di Malaysia adalah Kuala Lumpur yang menjadi pilihan kegemaran pelancong antarabangsa, diikuti oleh Johor Bahru, Kota Kinabalu, Melaka dan Pulau Pinang.
Walaupun Tahun Baru Cina disambut secara rasmi pada hari Sabtu 10 Februari 2024, cuti perayaan ini dilanjutkan menjadi hujung minggu yang panjang di banyak pasaran di seluruh Asia dan sambutan sepanjang minggu untuk China, Jepun (Cuti Musim Bunga) dan Vietnam (Tet). Percutian ini secara tradisinya merupakan salah satu musim kemuncak perjalanan bagi pelancong dari negara China.

Buat pertama kali sejak 2019, China kembali berdaya-saing, menduduki tempat ketiga secara keseluruhan sebagai sumber pelancong, termasuk mendapat tempat dalam senarai lima teratas untuk jumlah ketibaan pelancong tertinggi ke Malaysia, Indonesia, Filipina, Korea Selatan, Thailand dan Vietnam.
Destinasi Antarabangsa Yang Jadi Pilihan Pelancong Malaysia: Hat Yai, Bangkok & Krabi, Thailand
Para pelancong Malaysia juga gemar menerokai pelbagai destinasi luar negara, dengan Thailand, Indonesia, Jepun, Taiwan dan Korea Selatan menjadi pilihan utama. Antara destinasi antarabangsa yang menjadi pilihan pelancong Malaysia ialah tiga destinasi serangkai di Thailand – Hat Yai, Bangkok, dan Krabi di kedudukan tiga teratas.

Bali dan Seoul mengekori rapat dalam senarai destinasi pilihan tersebut.
Musim perayaan Tahun Baru Cina adalah tempoh yang penting untuk perjalanan, dan tahun ini tidak berbeza. Sejak 2019, hotel dan juga pihak berkuasa pelancongan telah mempelbagaikan daya tarikan ke destinasi masing-masing dengan menyediakan perjalanan tanpa visa dan insentif-insentif lain. Usaha ini telah menjadikan mereka kurang bergantung kepada satu pasaran sahaja dan lebih menarik kepada pelancong baru. Namun begitu, pengusaha industri pelancongan sudah pastinya tidak sabar untuk mengalu-alukan ketibaan lebih ramai lagi pelancong dari negara China tahun ini.
Enric Casals, Naib Presiden Bersekutu Asia Tenggara di Agoda
Dari segi serantau, trend ini mencerminkan sentimen yang serupa. Pelancong yang paling ramai keluar negara berasal dari pasaran seperti Korea Selatan, Singapura, China, Hong Kong, dan Jepun.
Pasaran yang paling banyak dikunjungi oleh pelancong antarabangsa adalah Jepun, Thailand, Malaysia, Indonesia, dan Vietnam, yang terkenal dengan pelbagai tarikan kebudayaan dan liburan. Bandar-bandar seperti Bangkok, Tokyo, Seoul, dan Osaka terus menjadi tumpuan pelancong dengan pelbagai tarikan di bandar dan budaya yang kaya di rantau ini.
NOTA: Penarafan adalah berdasarkan tempahan yang dibuat di Agoda dalam tempoh 1 hingga 15 Januari, untuk daftar masuk pada 9 atau 10 Februari 2024 dan penginapan minimum dua malam.
Platform Agoda yang menawarkan lebih 3.9 juta tempat penginapan, penerbangan, dan aktiviti pelancongan merupakan platform paling ideal untuk memenuhi pelbagai keperluan percutian dan memberikan perjalanan yang lancar bagi menyambut Tahun Baru Cina, sama ada di dalam atau luar Malaysia.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.