Now Reading
“Nikah Di Thailand”- Kakak Ipar Dedah Marissa Dania & Aslam Sudah Bernikah

“Nikah Di Thailand”- Kakak Ipar Dedah Marissa Dania & Aslam Sudah Bernikah

Menurut laporan itu Marissa dan Aslam telah bernikah pada 27 Disember lalu di Songkhla, Thailand sewaktu isteri Aslam, Misya Mazlan berada di Mekah mengerjakan ibadah umrah.

Sebelum ini, tular mengenai kisah influencer yang juga anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania Hakim yang didakwa menganggu rumah tangga seorang wanita pada September 2023.

Wanita atau namanya Misya Mazlan mendakwa hubungan anak pelakon berkenaan bersama suaminya yang dikenali sebagai Aslam telah memusnahkan perkahwinan yang dibina selama tiga tahun.

Walau bagaimanapun, Misya dan Aslam telah rujuk semula sekitar Oktober tahun sama.

Pun begitu semalam (7 Februari) timbul desas desus yang mendakwa Marissa dan Aslam telah berkahwin di Songkhla, Thailand.

Baca artikel berkaitan: “Jumpa Minta Maaf ?” – Abby Abadi Buka Mulut Selepas Anak Didakwa Runtuhkan Rumah Tangga Orang Lain

Kakak ipar sahkan Marissa dan Aslam dah kahwin

Terbaharu, kakak ipar kepada Aslam mengesahkan pasangan itu telah berkahwin pada Disember lalu.

Menurut laporan Berita Harian memetik OhBulan! Kakak ipar Aslam yang dikenali sebagai Nadiah Mazlan telah memaklumkan perkara tersebut secara ringkas.

“Ya betul (Marissa dan Aslam) nikah di Thailand. Cerita sama macam apa yang dihebahkan,” ujarnya ringkas.


Sudah berkahwin pada 27 Disember tahun lalu

Memetik laporan mStar pula, pasangan berkenaan telah bernikah pada 27 Disember 2023 sewaktu Misya Mazlan sedang mengerjakan umrah di Makkah.

Kata sumber yang memberitahu portal itu, anak perempuan Norman dan Abby telah mengajak lelaki terbabit menghalalkan hubungan mereka sebaik Aslam rujuk semula dengan isterinya pada Oktober lepas.

“Mereka bernikah pada 27 Disember ketika Misya berada di Makkah. Sehari selepas Misya pulang, Aslam ada bertemu dengannya.

“Aslam juga sudah memberitahu Misya, dia dan Marissa mahu berkahwin. Marissa yang mengajak mereka berkahwin selepas Aslam rujuk semula dengan Misya pada Oktober tahun lalu,” jelasnya.


Abby dan Norman telah berjumpa keluarga Aslam, perkahwinan belum didaftar di Malaysia.

Menurutnya, ibu dan bapa kepada Marissa telah berjumpa dengan keluarga lelaki berkenaan membincangkan berhubung perkahwinan terbabit.

Walau bagaimanapun, pernikahan tersebut tidak dipersetujui oleh Abby serta Norman selain meminta mereka berpisah.

“Ada perjumpaan keluarga selepas dapat tahu mereka bernikah di Thailand. Keluarga Marissa tidak bersetuju dengan pernikahan itu dan minta mereka berpisah.

“Bagaimanapun Aslam dan Marissa tidak dapat terima cadangan itu dan enggan berpisah seperti diminta.”

Difahamkan perkahwinan pasangan itu belum lagi didaftarkan secara sah di Malaysia, lapor mStar.

“Misya dan Marissa kini bermadu. Hubungan Aslam dengan isteri pertama juga tidak seperti sebelum kehadiran orang ketiga,” ujarnya.

Namun sehingga saat ini tiada sebarang maklum balas daripada Marissa, Aslam termasuk Abby dan Norman.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd