Now Reading
[Video] Gandingan Norman Hakim & Marissa Dania Dalam Iklan Pak Mat Western Bikin Netizen Sebak

[Video] Gandingan Norman Hakim & Marissa Dania Dalam Iklan Pak Mat Western Bikin Netizen Sebak

Iklan Pak Mat Western kali ini mula bertukar sebak ketika pelakon Norman Hakim memeluk anaknya, Marissa Dania semasa saling menyapa di pintu rumah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kalau cakap bab iklan produk, Pak Mat Western adalah salah satu syarikat dengan teknik pemasaran yang unik dengan cara mengambil individu sensasi dalam perbualan hangat masyarakat.

Bukan orang-orang biasa ya yang mereka ambil. Contohnya seperti Khairy Jamaluddin (KJ), Tun Dr Mahathir, Tyzo dan sebagainya.

Selain itu, pernah juga mereka menampilkan beberapa orang influencer dalam iklan promosi untuk meraih perhatian ramai di media sosial.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lakonan Jebat Jayden ‘Ngorat’ Anak Perempuan Puteri Sarah Cuit Hati Netizen

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pak Mat Western Ambil Tyzo Untuk Marketing, Lakonan Bekas Penyampai Radio Ini Tarik Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Jadi Rider Pulak..” – Lakonan KJ Dalam Iklan Promosi Pak Mat Western Bikin Ramai Kagum


Norman Hakim Dan Marissa Dalam Iklan Pak Mat Western Undang Rasa Sebak

Pelakon terkenal, Norman Hakim juga tidak turut ketinggalan diambil sebagai model untuk mempromosikan produk kambing perap oleh syarikat berkenaan.

Menerusi video dimuat naik di laman Instagram @pakmatwesterncafe, pelakon ini bersama anak perempuannya iaitu Marissa Dania dilihat berpelukan ketika saling menyapa di pintu masuk.

Namun babak itu mula mengundang momen sebak selepas melihat tangisan Norman ketika memeluk Marissa di pintu rumah.

Sumber: Instagram @pakmatwesterncafe

Sambil memanggil gelaran ‘Adik’ kepada puterinya, Norman dilihat menunjukkan video kompilasi gambar tulisan Marissa ketika kecil.

Kalau korang baca salah satu tulisan itu, agak sebak jugalah.

Adik selalu doa supaya dosa papa bagi dekat adik, pahala adik bagi dekat papa sebab adik sayang papa.

Tulis Marissa dalam video berkenaan.
Sumber: Instagram @pakmatwesterncafe

Selepas menonton video yang ditunjukkan oleh bapanya, Marissa duduk bersalaman dan meminta maaf kepada Norman sambil pelakon lelaki itu kelihatan cuba menahan sebak.

Papa tak ada apa yang nak dimaafkan. Semua papa dah maafkan.

Norman Hakim.

Tidak lama selepas itu, bermulah iklan mempromosikan produk kambing perap oleh Pak Mat Western apabila seorang wanita dilihat menghantar barangan tersebut ke rumah.

Marissa dan Norman kemudiannya memasak kambing perap dari Pak Mat Western dan menikmati hidangan tersebut bersama-sama.


Netizen Beri Pelbagai Reaksi Selepas Tonton Video Iklan Pak Mat Western 

Menjengah ke ruangan komen video tersebut, pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen selepas menonton video iklan kambing perap itu.

Sesetengah netizen termasuk penulis sendiri memang tidak dapat menahan air mata selepas melihat Norman menangis ketika berpelukan dengan anak perempuannya.

“Kalau bab mak ayah ni memang ni tak boleh tahan” luah netizen.

Mereka juga berpendapat tangisan Norman itu seolah-olah boleh dirasai kesedihan selepas dia cuba untuk menahan sebak.

“Tangisan Norman tu boleh rasa sampai ke tulang. Tak kisahlah artis ke tak,” kata netizen.

Pada masa sama, ada pula netizen yang tertanya-tanya sama ada tangisan itu memang ‘real’ atau hanya lakonan semata-mata.

Sumber: Instagram

Konflik Keluarga Antara Norman Hakim Dan Marissa Dania

Terdahulu, tular berita tentang Marissa Dania yang telah bernikah pada 27 Disember lalu di Songkhla, Thailand bersama seorang lelaki dikenali sebagai Aslam.

Isu yang berlaku melibatkan anak kepada pasangan Abby Abadi dan Norman Hakim ini lebih mengeruhkan keadaan selepas isteri kepada Aslam iaitu Misya Mazlan mendakwa Marissa penyebab kepada keruntuhan rumah tangganya yang dibina selama tiga tahun.

Sumber: Instagram

Isu ini menyebabkan akaun Instagram milik Abby dan Norman ‘turut diserang’ oleh netizen yang mahukan kepastian dengan apa yang berlaku.

Baca Artikel Berkaitan: “Ya Betul”- Kakak Ipar Sahkan Aslam & Marissa Dania Sudah Berkahwin Di Thailand

Baca Artikel Berkaitan: “Ada Benar, Ada Yang Tidak Benar” – Marissa Akhirnya Buka Mulut Selepas Digelar ‘Penyondol’


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd