Now Reading
[Video] Lakonan Jebat Jayden ‘Ngorat’ Anak Perempuan Puteri Sarah Cuit Hati Netizen

[Video] Lakonan Jebat Jayden ‘Ngorat’ Anak Perempuan Puteri Sarah Cuit Hati Netizen

Selain Jebat Jayden dan Sumayyah, ibu mereka iaitu pelakon wanita Puteri Sarah dan Noor Nabila juga turut serta dalam iklan mempromosikan produk Pak Mat Western itu.

jebat jayden mengorat anak puteri sarah

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila sebut Pak Mat Western, mesti semua orang akan teringat dengan produk jualan mereka yang terkenal iaitu kambing perap.

Produk tempatan ini mendapat perhatian ramai selepas dilihat banyak melakukan iklan melibatkan individu berpengaruh dan popular seperti Khairy Jamaluddin (KJ), Tun Dr Mahathir, Syukri Yahaya, Sharnaaz Ahmad dan ramai lagi.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pak Mat Western Raih Pujian Tun M Gara-gara Sos Daging Yang Sedap!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Jadi Rider Pulak..” – Lakonan KJ Dalam Iklan Promosi Pak Mat Western Bikin Ramai Kagum

Selain itu, anak Sharnaaz iaitu Jebat Jayden juga tampil dalam iklan mempromosikan Pak Mat Western.


Jebat Jayden Berlakon ‘Mengorat’ Anak Perempuan Puteri Sarah Di Iklan Pak Mat Western

Menerusi hantaran video dimuat naik di laman Facebook Pak Mat Western, Jebat dilihat sebagai watak utama dalam iklan tersebut yang cuba mengambil hati anak perempuan kepada pelakon wanita Puteri Sarah yang dikenali sebagai Sumayyah.

Dalam iklan tersebut, Jebat cuba mengeluarkan kata-kata manis untuk mengorat Sumayyah.

“Nak tengok masa depan awak tak?”, tanya Jebat kepada Sumayyah sambil membawa gadis kecil itu ke dalam rumah dan bermain permainan mesin basuh.

Ayat manis Jebat pun boleh tahan ya. Agak-agak dari mana lah dia belajar ya.

Sumber: Facebook Pak Mat Western

Selain itu, Jebat juga meminta ibunya, Noor Nabila untuk memasakkan daging perap kepada Sumayyah yang digelarnya sebagai ‘bakal bini’.

Noor Nabila bersama Puteri Sarah sempat berbual tentang hidangan daging perapan produk Pak Mat Western sebelum mereka menjamu selera bersama-sama.

Semasa sedang menikmati hidangan, abang kepada Sumayyah bergurau dengan meminta Jebat sebuah kereta mewah jenis Lamborghini jika ingin bersama adiknya.

Respon Jebat pula boleh tahan menghiburkan ya.

“Easy, celah gigi,” kata Jebat.

Jebat juga sempat memberikan setangkai bunga ros kepada Sumayyah sebelum gadis kecil itu dilihat tersipu malu dan mengucapkan terima kasih.


Ramai Netizen Geli Hati Tengok Gelagat Jebat Berlakon Dalam Iklan Pak Mat Western

Ruangan komen video tersebut dipenuhi dengan pelbagai reaksi dari netizen yang rata-ratanya terhibur dan geli hati melihat lakonan Jebat bersama Sumayyah.

Malah, penulis sendiri pun tak kering gusi dan tersengih ketika menonton video tersebut dari awal sehingga akhir.

Ramai netizen yang berpendapat lakonan Jebat itu diwarisi oleh bakat bapanya iaitu Sharnaaz Ahmad yang juga merupakan seorang pelakon.

“Amboi Jebat, perangai pak hang juga hang ikut eh,” kata netizen.

Boleh tahan berbakat juga ya Jebat berlakon. Mana tahu boleh ikut jejak langkah ayahnya bila sudah besar nanti.

Dalam pada itu netizen turut memuji cara team Pak Mat Western dalam mengiklankan daging perapan jualan mereka sehingga berjaya dikenali ramai.

Sumber: Facebook

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd