Now Reading
[Video] Pak Mat Western Raih Pujian Tun M Gara-gara Sos Daging Yang Sedap!

[Video] Pak Mat Western Raih Pujian Tun M Gara-gara Sos Daging Yang Sedap!

Tun Dr. Mahathir berkata sos Pak Mat Western mempunyai rasa yang secukupnya berbanding kedai western lain, bahkan boleh dimakan bersama roti.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Jenama Pak Mat Western yang menawarkan pelbagai produk seperti daging kambing perap dan bebola daging dilihat semakin terkenal di kalangan masyarakat di Malaysia.

Syarikat tempatan tersebut telah menampilkan ramai individu ternama sebagai ‘talent’ bagi mempromosikan produk keluaran mereka.

Seperti sebelum ini, Bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin juga telah bekerjasama dengan syarikat itu dengan melakonkan watak sebagai seorang penghantar makanan produk tersebut di sekitar kawasan kampung.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Jadi Rider Pulak..” – Lakonan KJ Dalam Iklan Promosi Pak Mat Western Bikin Ramai Kagum


Tun Dr Mahathir Reviu Produk Daging Perap Pak Mat Western

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman TikTok (@pakmatwestern) menunjukkan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama isteri, Tun Dr. Siti Hasmah sedang menjamu selera daging perap daripada Pak Mat Western.

Tun M kemudian telah memberi sedikit reviu tentang masakan daging yang dirasainya kepada seorang lelaki dipercayai salah salah seorang kakitangan Pak Mat Western.

“Lebih daripada okay. Sebab sos dia tu ada rasa. Banyak preparation makanan kedai western tiada rasa,” ujar beliau.

Tambah Tun M, masyarakat yang tinggal di Asia akan lebih menggemari sesuatu masakan sekiranya ia mempunyai rasa mencukupi.

“Jangan kata itu sahaja, saya cicah sos dengan roti pun sedap,” tambah Tun M.


Tun M Puji Pak Mat Western Kerana Sediakan Banyak Peluang Pekerjaan

Selepas beliau menitipkan beberapa reviu positif terhadap produk itu, Tun M kemudian mengucapkan tahniah kepada kakitangan syarikat berkenaan kerana telah menceburi bidang perniagaan yang mempunyai pelbagai rintangan.

Bukan itu sahaja, ucapan tersebut juga diberikan kerana lelaki itu telah menghadapi cabaran yang besar bagi mengembangkan perniagaan sedia ada bagi membantu orang ramai di luar sana.

“Kita perlu bersedekah. Kita perlu menolong orang lain. 10,000 ribu orang (usahawan) dapat peluang pekerjaan,” jelas beliau.

Sikap pengusaha Pak Mat Western yang menawarkan banyak peluang pekerjaan disifatkan sebagai satu langkah baik bagi menjaga kebajikan rakyat tempatan.

“Kita jangan fikir diri sendiri sahaja. Bukan sahaja kita, malah orang lain pun boleh untung,” ujar beliau lagi.

@pakmatwestern Kata-kata hikmah #tunmahathir #keluarsekejap ♬ original sound – pakmatwesterncafe

Reaksi Netizen Lihat Tun M Reviu Produk Pak Mat Western

Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, terdapat netizen yang terharu melihat Tun M kerana memberikan kata-kata semangat dan dorongan kepada pengusaha muda Pak Mat Western.

“Nasihat dan pandangan yang amat menusuk kalbu. Kekalkan integriti dan prinsip, semoga dimurahkan rezeki Pak Mat Western,” kata seorang pengguna TikTok.

Ada juga warganet dilihat berminat untuk mencuba produk keluaran jenama makanan itu sekali lagi selepas individu ternama seperti Tun M telah memberi reviu yang positif terhadap juadah itu.

“Fuh, reviu Tun M memang padu. Teringin nak makan lagi Pak Mat Western,” ujar seorang netizen.

Pelanggan Pak Mat Western pula dalam masa sama telah bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh Tun M tentang kesedapan sos yang ditawarkan oleh jenama makanan tersebut.

“Betul cakap Tun tu. Rata-rata kalau pergi kedai western food memang sos dia tak ada rasa sangat. Yang Pak Mat Western ni sedap betul,” jelas seorang individu.

Sumber: TikTok (@pakmatwestern)

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd