Now Reading
[Video] Pak Mat Western Ambil Tyzo Untuk Marketing, Lakonan Bekas Penyampai Radio Ini Tarik Perhatian

[Video] Pak Mat Western Ambil Tyzo Untuk Marketing, Lakonan Bekas Penyampai Radio Ini Tarik Perhatian

Video iklan promosi Pak Mat Western itu menunjukkan lakonan Tyzo seakan-akan terbawa dengan perwatakannya sebagai seorang bekas penyampai radio sebelum ini.

pak mat western tyzo

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Selain dikenali dengan produk jualan kambing perap, Pak Mat Western juga popular dengan teknik pemasaran mereka yang mengambil individu sensasi dalam perbualan hangat masyarakat.

Terdahulu, Pak Mat Western menampilkan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dikenali sebagai Fahd dalam iklan promosi selepas video lelaki kacak itu meraih perhatian ramai di media sosial.

Bukan itu sahaja, ramai juga artis dan juga individu berpengaruh di Malaysia yang pernah menjadi ‘talent’ mereka seperti Puteri Sarah, Khairy Jamaludin (KJ), Tun Mahathir dan ramai lagi.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Jadi Rider Pulak..” – Lakonan KJ Dalam Iklan Promosi Pak Mat Western Bikin Ramai Kagum

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Iklan Promosi Pak Mat Western Tampilkan Graduan Kacak Curi Perhatian Ramai

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pak Mat Western Raih Pujian Tun M Gara-gara Sos Daging Yang Sedap!


Tyzo Pula Muncul Dalam Iklan Promosi Pak Mat Western

Tidak terlepas mengikuti trend terkini, Pak Mat Western menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@pakmatwestern) telah menunjukkan iklan promosi terbaharu melibatkan bekas penyampai radio Sinar FM iaitu Tyzo Xander.

Dalam video berdurasi 4 minit 11 saat itu, lakonan Tyzo dilihat seperti terbawa-bawa dengan perwatakannya sebagai penyampai radio.

Iklan promosi itu menampilkan watak Tyzo yang cuba untuk melakukan pelbagai tugas di Pak Mat Western termasuklah penjaga kaunter dan penghantar bungkusan makanan.

Selepas pelbagai usaha dilakukan, Tyzo dilihat tidak berjaya ditawarkan pekerjaan di Pak Mat Western dan ‘majikannya’ terpaksa memecatnya.

Namun kata-kata dari ‘majikannya’ di akhir video telah memberi maksud yang sangat mendalam.

“Mungkin tempat awak bukan di sini, tetapi di hati para pendengar,” katanya.

Video berkenaan telah mendapat perhatian ramai sehingga meraih 597,700 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@pakmatwestern/video/7326856687275478279?lang=en

Netizen Syahdu Dengar Kata-kata Di Akhir Video

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh netizen selepas melihat Tyzo sebagai penampilan khas dalam video iklan promosi Pak Mat Western itu.

Sesetengah netizen memuji kepantasan team Pak Mat Western yang mengikuti trend terkini dengan membawa Tyzo sebagai ‘talent’ mereka.

“Lajunya Pak Mat buat kerja,” kata netizen.

Pada masa yang sama, netizen juga meluahkan rasa tersentuh selepas mendengar kata ucapan yang diberikan kepada Tyzo kerana ia seolah-olah menepati situasi terkini yang berlaku kepada dirinya.

Netizen turut meluahkan rasa rindu untuk mendengar celoteh Tyzo di radio seperti sebelum ini.

“Rindunya nak dengar Tyzo di radio,” ujar netizen.

Sumber: TikTok

Apa Yang Berlaku Kepada Tyzo?

Pada 12 Januari lalu, tular tentang isu syarikat stesen radio tempatan iaitu Suria FM yang mengumumkan tentang keputusan mereka untuk memberhentikan khidmat penyampai radio Tyzo Xander.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid  atau lebih dikenali sebagai DJ Lin.

Sumber: Sinar Harian

Selepas berita mengejutkan itu, Tyzo membuat permohonan maaf kepada seluruh pendengar segmen Suria Petang kerana tidak dapat lagi berkhidmat sebagai penyampai radio di Suria FM meskipun masih bercadang untuk bekerja di sana.

Walau bagaimanapun, dia menganggap perkara itu sebagai ‘harga yang perlu dibayar’ atas kemenangannya dalam satu anugerah pada tahun lalu.

Baca Artikel Berkaitan: Tiada Kaitan Dengan DJ Lin, Adakah Ini Punca Kontrak Tyzo Ditamatkan Suria FM?

Baca Artikel Berkaitan: Tyzo Xander Hampir Cecah 60-an? Kini Usia Sebenar Bekas Penyampai Radio Suria FM Pula Jadi Bualan Ramai


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd